Cuti Cuti Malaysia - Gua Tempurung



Hai kawan-kawan. Dalam segmen Cuti Cuti Malaysia kali ini FK nak mambawa anda semua ke sebuah tempat menarik yang ada di negeri perak ini. Welcome to Gua Tempurung, Perak.

Terletak kira-kira 2kmdari Plaza Tol Gopeng bagi anda yang datang dari Lebuhraya Utara Selatan dan kira-kira 45minit perjalanan dari UTP. Gua Tempurung adalah lokasi terbaik bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak kerana disini ada ada disediakan perkhidmatan meredah hutan aka jungle trekking. Anda akan dapat rasai sendiri cabaran yang ada di sini.


Bagi anda yang tak larat nak jugle trekking bolehla anda berjalan masuk ke dalam gua ini sambil melihat keindahan stalagmit dan stalaktit serta keindahan kelawar yang berterbangan disini sana. Jangan bimbang runway telah disediakan untuk anda meredah gua ini.

Apa yang menariknya tentang Gua Tempurung ialah gua ini mempunyai lima kubah siling yang menyerupai tempurung kelapa dimana setiap kubah mempunyai keindahan stalagmit dan stalaktit serta suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar yang berbeza. Unik bukan.

So, apa tunggu lagi datang la ke mari dan rasailah keterujaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jom jalan-jalan. Segala-galanya ada di Malaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails