selamat pagi cinta, los dan faun serta pisau cukur~



FK teringin sangat tengok ketiga-tiga movie ni sebab..
  1. teringin sangat tengok fazura dalam selamat pagi cinta.. dah lama dia tak belakon dalam movie lepas gol dan gincu serta kayangan.. plus dia ni macam perempuan melayu terakhir kan.. sangat lawa.
  2. dalam movie los dan faun yang akan ditayangkan pada 4disember ni, FK tak sabar-sabar nak tengok ida nerina memegang watak sebagai serina mesterina seorang dumb blond yang sangat kelakar.. plus sememangnya filem aflin shauki memang kelakar kan..
  3. dan dalam filem pisau cukur yang maybe akan ditayangkan next year.. arahan bernard chauly (camni kot ejaannya) pengarah gol dan gincu dulu.. dan yang paling best, nas-t berlakon walaupon dia memegang watak pembantu sahaja.. tak sabar-sabar nak tengok movie ni.. dan fazura juga berlakon dalam filem ni.. bestnye..

debaran menanti saat untuk menjadi seorang intern~


sekarang pukl 12.57am, 27 november 2008. maknanya lebih kurang lagi 4 hari lagi FK akan bergelar seorang intern.

hurm.. tapi FK still tak buat apa2 preparation untuk intern. Just tau akan tinggal kat rumah sedara kat cheras tapi tak tahu dengan lebih spesifik nama tempatnya. tengokla ahad ni baru nak pegi dan nak usha tempat keje FK tu.

owh ye.. dan FK still tak beli baju kerja lagi.. takde duitla.. yang ada pon duit scolar yang baru masuk tu. mak ngan ayah buat tak tau je, segan pulak nak bagi tau.. maybe diorang pon takde duit tapi kan baru dapat gaji.. hurm.. esok nak selongkar almari nak cari baju kemeja yang ada walaupon rasanya ada satu, dua je..

sesungguhnya FK sangat nervous memikirkan saat nak intern ni sebab semuanya baru.. FK kena jalani hidup yang baru.. and I hate to start a new life.. dan kena bangun awal setiap hari dan tak boleh ponteng keje.. nasib baik FK masuk keje pukul 9am.. so takyah la bgn awal sangat..

okla.. nak tido dulu.. dan tak sabar nak nantikan apa yang hari esok ada untuk ditawarkan kepada FK.. hurm, walaupon setiap hari duk melangok je tengok af kat astro yang ntah kali ke berapa ntah ulangnya..


FK di tag oleh ismal dan sesungguhnya membuat tag adalah sesuatu perkara yang memalaskan~


Peraturan:

1-Peraturan ditulis di awal Tag.

2-Setiap pemain menjawap jawapan peribadi mereka.

3-Akhir sekali,tag 5 orang dan pos nama mereka,pergi ke laman blog mereka dan tinggalkan komen yang memberitahu mereka sudah di'tag' dan ajak mereka bermain dan baca blog anda.

Apa yang kamu lakukan sekitar jam 10.17 semalam?
- FK sekarang berada dirumah. dek kebosanan yang membelenggu diri, FK membuka komputer lalu melayari internet dan tergerak hati pula untuk mengemaskini blog.

Selain itu,apa yang kamu lakukan sekarang?
- menyanyi.. FK gemar menyanyi.

Adakah kamu akan bangun 7.00 pagi esok?
- owh tidak!! seperti hari2 sebelumnya paling awal FK bangun pon pkl 10 pagi..

Who's the funniest person you know?
- Minie Monie. Lagaknya apabila bercerita sangat menggelikan hati di samping pergerakan tubuh yang mencuit hati..

Are you afraid to grow up?
- Yes. Ingin sentiasa berumur 20-an.

What was your worst subject in school?
-English. FK sangat tidak pandai dalam mata pelajaran ini terutamanya grammar.

Kalau anda minum 14 mug bir,apa yang akan terjadi?
- pengsan.

Tidur dengan pintu terbuka atau tertutup?
- tertutup. tidak sanggup diintai peminat misteri..

Bila kali terakhir kamu buat perkara yang kamu rasa salah?
- erm tidak ingat la..

Apa yang sedang kamu pakai sekarang?
- seluar pendek hitam dan tshirt pink.. sudah mahu tidur..

What are you listening to right now?
- bunyi mak FK menyuruh adik FK mencabut uban sambil adik FK memberi alasan.

Whats your favorite number?
- 9. i like.

How is the weather right now?
- FK berada didalam rumah dan tidak berniat untuk menjenguk ke luar. Rasanya malam yang nyaman kalau tidak pon hujan rintik.

Who was the last person you talked to on the phone?
- Chary yang menanyakan bila FK akan ke KL sambil mengajak FK berjalan-jalan. tidak sabar untuk menjadi bad boy~
Merokok?
- Tidak. Pernah cuba beberapa kali tetapi FK memilih untuk tidak merokok sebab FK tak reti..

Eye Color?
- Hazel.

Bulan kesukaan?
- Bulan 8.. Tak sabar nak celebrate birthday..

Apakah movie terbaru yang kamu tonton?
- Madagascar 2. i like it.

Hari kesukaan?
- hari jumaat. tak sabar2 nak weekend.

Jika kamu boleh cakap sesuatu pada seseorang,apa yang kamu akan cakap?
- will you marry me?

Pelukan atau ciuman?
- FK suka di peluk.. tetapi suka mencium..

Berkawan lagi dengan rakan-rakan di sekolah lama?
- tidak. sudah terputus hubungan.

Left-handed atau right-handed?
- right handed..

Mahu tidur dengan berapa bantal?
- 2.. satu untuk kepala satu untuk dipeluk atau ditendang apabila terjaga ditengah malam sebab kepanasan..

Tidur dengan seseorang atau bersendirian?
- bergantung.. kebiasaannya suka tidur bersendirian sebab tak suka sempit.. tapi kalau dengan yang dicintai FK rela..

Apa yang kejutkan kau pagi tadi?
- rasa penat sebab tidur lama..

Boleh teruskan hidup dengan tidak merokok?
-bolehla..

Pernah kawan baik kamu buat onar di belakang kamu?
- tidak.

Memilih untuk memberi nombor telefon?
- sesiapa sahaja kerana telefon bimbitku susah sangat nak berbunyi sebab orang jarang nak call mahupon sms..

Mana lebih suka: McDonalds atau Burger King?
- Baru sekali pegi Burger King. So, pilihan FK McD..

Mahu pergi ke Greece atau Hawaii?
- Hawaii.

Hari jadi yang menarik tahun ini?
- Sangat menarik.. di sambut dua kali oleh teman2..

Saya tag:

Minnie Monie.
Ady Haq.
Kari. (tak sabar nak tunggu blog dia launch 1dis ni)
Ixati.
Lela walaupon blog dia blog friendster.

mirror mirror on the wall, who is the cutest guy in the world~


FK baru je terbaca satu kisah ni.. tentang rumah seribu cermin..

kisahnya begini..

di sebuah perkampungan terpencil terdapat sebuah rumah yang ada seribu cermin. lalu datang seekor anjing yang ceria dan selalu tersenyum ke rumah tersebut. setibanya di sana, ia melompat-lompat menaiki tangga ke pintu rumah itu. Ia kemudian melihat ke dalam dengan telinganya yang tegak dan ekor yang terkodek-kodek.

anjing itu terkejut mendapati dirinya merenung seribu ekor anjing lain yang riang dengan kodekan ekor yang sama. Ia senyum dan senyumannya dibalas dengan seribu senyuman yang mesra dan menyenangkan.

kemudian ia pun pulang dengan hati yang gembira dan berjanji akan datang lagi ke rumah itu.

menyusul kemudian seekor anjing yang lain ke rumah itu, tetapi anjing ini tidak seriang dan semesra anjing tadi. Ia menaiki tangga sambil merendahkan kepalanya ketika melalui pintu.

apabila melihat seribu anjing yang tidak mesra merenungnya, ia menderam dan ketakutan bila melihat seribu anjing tadi kembali menderam kepadanya. Lalu ia meninggalkan rumah itu sambil berkata, "rumah ini teruk, saya tidak mahu kembali lagi ke sini."

so kesimpulannya, kita yang membentuk orang disekeliling kita. kalau kita layan mereka dengan baik lalu mereka akan melayan kita dengan baik.

psst: sesungguhnya semua wajah di dunia adalah cermin~

bertemu dan perpisahan adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa~


rasanya ini adalah post terakhir buat sem ni sebelum FK pergi intern. dan sudah pasti peluang untuk mengupdate blog dengan lebih kerap semakin sukar dicapai.


lalu dalam blog ni, FK nak mengucapkan salam perpisahan buat semua rakan-rakan FK walaupon selepas ini kita akan berpisah buat sementara waktu. tetapi jika ada jodoh maka kita akan bertemu juga.

buat

geng kain pelikat; Lela. Chairy. Mael. Minie Monie.

geng 6 sekawan; Suri. Kari. Maya. Zulwan. Halim.

kawan-kawan; Razak. Jinggo. Sapu. Cintan. Perozie. Nanna. Pulla. Nic. Tqa. dan lain2

warga convofair08; Kamalia. Boh. Rene. Askar. Zaheed. Amal. Sadique. Hans. Bopiece. Bahari. Emer. Ady Haq. Pah. Sherry Pah. dan lain2

etpmateku; Angkhian. Toy. Paan. Senul. Serul.

dan juga kepada semua orang yang FK sayang juga to my all secret admire. owh ye, juga kepada semua yang telah menjadi pencuci mata FK. (ayat berani mati)

sesungguhnya FK akan amat merindui kalian dan terima kasih kepada semua yang menjadi pelengkap hidup FK ni. sesungguhnya kalian membawa watak yang penting dalam menjayakan cerita hidup FK selama ini. Keep In Touch K.

psst: dapat tak cari nama korang yang disamarkan tu?

FK seorang yang sensitif

percaya tak? FK seorang yang sensitif. pastinya itu satu sudut lain bagi diri FK.

owh tapi tidaklah sesensitif MAEL yang pasti menitiskan air mata menonton setiap movie ataupon seperti CHAIRY yang menangis teresak2 menonton cerita korea tentang nasib keluarga.

tapi FK sensitif juga.

FK rasa sebak sampai menitiskan air mata apabila menonton american ido 7 episod penyikiran untuk ke final apabila tersiar kisah Archuleta dan Cook pulang ke kampung dengan begitu ramai orang yang bersorak untuknya. Bagaimana mereka menjadi kebanggaan penduduk setempat. Itu satu kisah kejayaan. FK mudah sebak melihat kejayaan seseorang.

tetapi agak susah menitiskan air mata apabila menonton cerita sedih seperti 1 litre of tears. FK terpaksa meneran utk mengalirkan air mata.

tapi ikut masa kot

bila FK rasa sunyi FK akan rasa sedih yang amat sangat juga

sebab itu FK sudah mula bersedih untuk berpisah dengan teman2 lagi seminggu saat kami sudah hendak pegi intern.

FK takut kehilangan dan kesunyian dan kerinduan yang bakal tiba.

madagascar


dalam-dalam exam fever ni, FK sempat jugak menonton Madagascar 2.. Tapi bukan kat panggung, tapi kat bilik je.

Tengah2 syok menonton cerita ni, tetiba FK dapat melihat persamaan antara geng kain pelikat dengan geng2 madagascar ni.

Dari segi fizikal ye persamaan ni,

Gloria si badak tu tentulah paling cocok dengan Mino.

Melman si zirafah tu paling sesuai untuk Hilal.

Marty si kuda belang tu punya punggung yang montok macam Ismal.

dan tentulah FK jadi Alex The Lion The King of New York.

Tapi takde watak untuk kucai plak sebab geng madagascar tu 4orang je. Owh ye, kalau dia nak jadi Moto-Moto si Badak yang cuba tackle Gloria boleh gak.

apa pon bagi sesiapa yang belom tengok cite ni, cepat2 pegi tengok. besssttt!!!

psst: FK sedih bila pikir lagi seminggu nak berpisah dengan kawan2..

AURORA

1. Put your music player on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title and the singer (in bracket) down no matter how silly it sounds!
_____________________________________

1. If someone says "Is this ok?" you say?
Break The Ice (Britney Spears)

2. What would best describe your personality?
What About Now (Chris Daughtry)

3. What do you like in a guy/girl?
Molek (Elyana)

4. How do you feel today?
It's Not My Time (3 Doors Down)

5. What is your life's purpose?
Jawapanmu (Misha Omar)

6. What is your motto?
Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)

7. What do your friends think of you?
One Step At a Time (Jordin Sparks)

8. What do you think of your parents?
Pari Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)

9. What do you think of your best friend?
Bye Bye (Mariah Carey)

10. What do you think of the person you like?
Apa Mahumu (Maximus)

11. What is your life story?
Tak Bisa Memiliki (Dygta)

12. What do you want to be when you grow up?
Di Bius Cinta (Melly & Yusry)

13. What do you think when you see the person you like?
Lucky (Jason Mraz & Colbie Cailat)


14. What do your parents think of you?
Terima Kasih Cinta (Afghan)

15. What will you dance to at your wedding?
Dugaannya (Hujan)

16. What will they play at your funeral?
Cinta Ku Terakhir (Duta)

17. What is your favorite hobby/interest?
Mantera Beradu (M.Nasir & Malique)

18. What is your biggest fear?
Rasa Cinta (Faradhiya)

19. What song will be the title when you repost this?
Aurora (Estranged)

Saya Tag: Mino sebab dia dah lama tak update blog..

FK tidak hipokrit

Sejak akhir2 ini FK sering terima komen dari orang2 yang tidak berani menonjolkan diri dengan hanya berselindung disebalik tanpa nama dan mereka ini sering memberi komen yang menyakitkan hati.

Mereka ini memngomen seperti FK ini sangat jahat dan sudah terpesong dari ajaran islam. Asyik2 nak mengaitkan FK dengan dakwah. Adakah kerana FK tidak menulis tentang dakwah FK sudah di cop terpesong dan mengetepikan agama dan FK tidak berdakwah? (anda pasti tahu apa yang FK maksudkan)

dan orang yang menulis tentang dakwah itu sahaja orang yang baik dan tidak terpesong? bagaimana pula dengan orang yang menulis blog tentang dakwah islamiahnya tetapi berpewatakan seperti gay apabila mengusap2 lelaki, memeluk2 lelaki, membelai2 lelaki dan menyanyangi lelaki (pendek kata perlakuanya sangat memualkan..) tetapi berselindung dengan alasan sahabat sesama islam atau menyanyangi saudara seislam? bukankan dia hanya mengambil kesempatan atas kesucian islam itu sendiri..

di sini FK hanya nak menyatakan jangan nak menilai seseorang melalui blog yang ditulisnya sahaja kerana kita bebas menulis apa yang kita suka dan dalam hal ini FK tidak hipokrit. FK menjadi diri FK. lebih baik kita menjadi diri sendiri dan orang mengenali peribadi kita dari berselindung disebalik tabir kebaikan tetapi kita sebenarnya buka begitu.

owh ye. satu lagi, kita bebas hendak menulis apa sahaja di dalam blog dan tiada paksaan dari sesiapa.

psst: mungkin FK akan membuka blog yang menulis tentang kerohanian apabila sudah penuh ilmu didada.. FK tidak mahu membawa ajaran sesat.

amanah

sudahkah anda melunaskan amanah yang diberikan?

FK bukanlah orang yang terbaik untuk menasihatkan orang tetapi selagi hidup apa salahnya kita saling berpesan-pesan.

FK pasti kita semua tahu maksud amanah. Tidak perlu FK nak ceritakan lagi. tetapi berapa ramai diantara kita yang menitikberatkan soal amanah.

antara contoh2 amanah yang berkait rapat dengan kita ialah apabila kita menyertai sesuatu event dan kita menerima amanah tersebut, kita perlu melaksanakan amanah yang diberikan sehingga selesai bukan separuh-separuh.

ataupun jika kita bertanding dalam pilihanraya kampus dan kita menang. sudah pasti kita memikul amanah dari pengundi2 kita. lalu kita perlu melaksanakan amanah itu dengan sepenuh hati.

jadi apa pula akibatnya jika kita tidak melaksanakan amanah yang diberikan?

rasullullah saw pernah bersabda yang bermaksud;

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, istri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumah tangga suaminya serta anak-anaknya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.”

(HR Muttafaq ‘alaih, dalam Lu’lu wal Marjan hadits no. 1199)

di sini FK nak memberikan satu analogi supaya kita lebih faham maksud sebenar post FK kali ini.

katakanlah anda telah dilantik menjadi committee untuk hrm convofair, tidak kisahla head ke, assistant head ke atau committee biasa saja.

dan tugas2 hrm selain menguruskan sumber manusia sewaktu event berlangsung, hrm juga menguruskan famili day untuk mengeratkan silaturrahim antara committee dan tidak lupa untuk mengadakan majlis penghargaan yang sudah tentunya diadakan selepas event sebenar berlangsung.

dan dalam kebanyakkan event2, committee akan bertungkus lumus sebelum dan semasa event itu berlangsung untuk memastikan kelancaran event itu, tetapi bagaimana pula selepas event, sudah pasti ramai yang malas nak melakukan tugas kerana menyangka semuanya telah berakhir.

didalam kes hrm ini, adakah tugas mereka teah berakhir? sudah tentu tidak kerana mereka perlu menguruskan appreciation day seperti yang tertulis dalam portfolio mereka walaupon event sebenar telah berlangsung.

dan jika mereka tidak melakukannya, maka mereka tidak memenuhi amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

lebih malang lagi apabila ada pihak lain yang terpaksa menguruskan majlis penghargaan itu walaupon mereka mungkin berkata tiada arahan dari pihak atasan. tetapi mereka perlu ingat, itu adalah amanah untuk mereka. mereka perlu ingat itu.

dan bagaimana pula jika mereka memberi alasan tidak tahu? apa kejadahnya tidak tahu sedangkan sudah comfirm majlis itu akan diadakan. dan tidak seorang pon ahli hrm ini yang ingin membantu pihak yang terpaksa menguruskan.

dan bayangkan jika ada antara ahli hrm ini yang bertanding pula untuk pilihan raya kampus dan menang pula.

wah berani2 nya dia. amanah yang sedia ada sudah tidak tertangung, inikan pula nak memikul amanah yang lebih besar. mungkin baginya dia sudah banyak pahala untuk dibazir2kan begitu sahaja.

sudahla amanah2 yang diberikan sebelum ini dilaksanakan bagai melepaskan batuk ditangga.

bagi FK, ahli hrm itu tidak layak untuk hadir ke majlis appreciation itu. itu hanya pendapat FK.

kesimpulannya, ramai diantara kita yang tidak sedar yang kita belum lagi melunaskan amanah lama sebelum memikul amanah yang baru pula.

renung2kan dan selamat beramal.

The Amazing Race Asia 3

Go Tania & Ida!

The Amazing Race Asia Season 3 telah sampai ke episod ke-8 dan hanya tinggal empat team yang masih berlumba.. dan dalam empat team tu, team favorite FK masih beraksi.. yeayy go ida go tania..

walaupon mereka telah berada dikedudukan terakhir pada dua leg berturut2, namun mereka masih kental berlumba.. nasib menyebelahi mereka kerana kedua2 leg itu ialah non-elimination leg..

apa yang FK suka pasal mereka ni ialah mereka berlumba dengan sangat enjoy dan santai.. dan mereka sangat funny.. i love them soo much and hopping the win the race..

tapi sayangnya, satu lagi team yang FK minat iaitu Henry & Bernie telah tersingkir di dalam episod yang terbaru ni. dulu FK menjangkakan team ni akan menjuarai race ni.. namun mereka dah tersingkir..

so, FK akan tetap menyokong ida & tania..

Related Posts with Thumbnails