ABP-BH 2007


FK baru sahaja menonton anugerah bintang popular 2007 dan kebanyakkan keputusannya seperti boleh dijangkakan serta majlis yang stereotype setiap tahun. Kadang muncul juga perasaan bosan apabila menontonnya.

Tapi yang bestnya, Fara Fauzana berjaya mengekalkan trofi pengacara wanita popular dan berjaya merampas trofi penyampai radio wanita popular dari juara bertahan Linda Onn. Fara adalah selebriti pujaan dan yang paling FK minat. Huahua.

Kemenangan Faizal Ismail sebagai peyampai radio popular buat julung-julung kalinya membuktikan yang HOT FM adalah radio no1 di Malaysia. Huahua. Era dah jatuh takhta.

Seperti jangkaan Mawi sekali lagi menjadi Bintang Paling Popular buat kali ke3 berturut-turut dan mengekalkan trofi penyanyi lelaki popular.

Dan Datin Seri Siti Nurhaliza masih lagi membawa pulang trofi penyanyi wanita popular. Entah mengapa sejak Siti berimej bertudung, dia kelihatan seperti makcik-makcik di usia muda dan seperti sudah tidak tahu berfesyan. Kenapa Siti? You look fat and old. Wardina, please help this makcik.

x.o.x.o.
FK~

Related Posts with Thumbnails