Malaysian Talent

Tadi aku ada menonton American Idol Season 9, top 24. Pastu aku terfikir, kenapa kat sana bakat diorang tu tak putus putus, malah makin lama makin sedap.

Tapi kat malaysia ni, pertanding menyanyi tu season 1,2 je yang sedap. Season2 lepas tu dah tak sedap dah. Bakat pon dah tak ada. Ada tu, lepas 1,2 season dah tak ada. Kenapa?

Salah satu sebab yang paling obvious dan ramai yang akan jawab ialah population disana adalah berjuta juta kali dari kat Malaysia ni. Ok, itu betul dan aku tak akan menyangkal fakta tu.

Tapi ada dua lagi sebab yang dapat aku pikir buat masa sekarang.

Pertama, sistem pendidikan di America yang memberi peluang kepada mereka sejak kanak kanak lagi nak menceburi bidang muzik atau apa bidang sekali pon yang mereka minat. Sejak tu ramai antara mereka sejak kecil dah boleh main alat muzik, ramai yang boleh buat lagu dan menulis lirik.

Tapi kat Malaysia ni ada pendidikan muzik, tapi tiada penekanan dan kadang kadang diambil sambil lewa sahaja. Sekadar duduk menyanyi2 dan meniup2 apa-benda-alah-yang-macam-seruling tu. Ntah aku dah lupa. Ok, recorder nama dia.

Sebab tu, kalau ada audition kat Malaysia ni boleh nampak taraf taraf karoke je sebab yang datang tu bila rasa nyanyi kat karoke tu sedap sikit dah datang audition, kawan kawan pon cakap sedap kan. Bukan sebab bakat dan kecintaan yang sebenar terhadap muzik.

Jadi kalau kita rombak sedikit sistem pendidikan kita yang memberi pelajar memilih pengkhususan sejak dari kecil maka akan terhasillah penyanyi2 yang berbakat, lagu lagu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, serta filem filem yang syok sendiri.

Owh ye, sebut pasal filem syok sendiri. haritu aku menonton filem cicakman2: planet hitam yang bukan main kru bangga bangga terhadap pencapaian cgi mereka. Tapi bila aku tengok, rasa nak menangis, ketawa, dan malu pon ada bila aku tengok teknik teknik cgi yang dibanggakan tu. Serupa kartun dah aku tengok.

Dan ia berbalik semula pada pendidikan. Jika ilmu tentang teknik teknik perfileman ni dah dipelajari sejak dari kecik, maka filem filem yang dihasilkan pon akan berkualiti.

ok. Sebab kedua ialah family support di America yang sangat tinggi. Kalau pergi audition tu beratur family ikut walaupon kadang kadang nampak sangat peserta tu tak ada bakat. Tapi bila keluar menangis nagis lepas diuji bakat tu, family mereka sangatlah supportive.

tak macam kat malaysia ni. Ibu bapa semua nak anak anak jadi doktor, arkitek, engineer. Semua kerjaya yang hebat hebat. jadi, kalau anak tu ada keinginan untuk menjadi pelukis contohnya akan adalah ayat ayat seperti "kau ingat lukisan tu boleh bagi kau makan?"

itu semua dah terbukti sejak zaman filem p.ramlee lagi. contohnya dalam filem kassim selamat. punyalah mak dara tanya siapa kassim selamat tu, doktor ke, majistret ke, lawyer ke. Tapi bila diberitahu yang kassim selamat tu hanya ahli muzik, terus dia tak suka.


jadi, kalau malaysia dapat ubah dalam 2 aspek ni gerenti bukan sahaja bidang hiburan kita akan maju, silap silap orang lain yang nak tumpang roket kita pegi angkasa.

1 comments:

Isumaru 25 Februari 2010 pada 3:32 PG  

'jadi cikgu tak payah dapat 8A pun boleh jadi cikgu'

cmne la anak murid nak maju kalau cikgu2 pun rejek?

Related Posts with Thumbnails