Adakah Aku Rasis? (Am I Racist?)

Aku bukannya tak suka cina dengan india. Tak, bukan itu rasis yang aku maksudkan.

Aku hanya menyampah dengan orang yang terlalu kuat semangat kenegerian mereka. Well, i am sure you all know which state that i mean.

Hurm, kalau tak tahu tu tanya kawan kawan aku. Rasanya semua dah tahu.

Mereka ni suka berpuak puak. Tinggal dan duduk ramai ramai bersama puak mereka sahaja. Bercakap bahasa mereka. Pergi mana mana memang tak boleh nak tinggal bahasa tu, walau dengan siapa pon mereka bercakap tetap akan keluar bahasa tu.

Rimas ok bila pegi main hall ada orang bercakap bahasa negeri tu. Pegi kafe dengar lagi. Pegi kelas dengar lagi. Pegi kedai makan kat luar pon dengar lagi.

Agaknya kalau dicampak seorang diri ke America pon tetap cakap macam tu dengan mat salleh tu. Silap2 jumpa pulak geng2 mereka.

Tapi,

Aku rasa meluat, menyampah, rasa nak muntah dengan orang yang bukan negeri tu nak cakap gak bahasa negeri tu sampai tertulis tulis dalam blog. M.E.N.Y.A.M.P.A.H ok.

Kenapa kena cakap bahasa tu dengan mereka tu macam bahasa mereka tu bahasa kebangsaan. Tak boleh cakap bahasa melayu ke?

Agung sangat ke bahasa negeri mereka tu, sampai budak tu nak jugak cakap dalam bahasa tu walaupon lawak.

Kesimpulannya, bercakaplah dalam bahasa kebangsaan kita dan sedarlah diri tu ye.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails