Eiyyy.. Gelilah

Malaysia ni adalah sebuah negara yang kotor. Serba serbi kotor. Longkang kotor, sungai kotor, tandas awam kotor, tepi tepi jalan kotor, otak kotor, politik kotor. Semua la kotor. Tambah tambah lepas pasar malam ke, konsert ke, majlis ke, bersepah sampah sarap.

Dah la kat Malaysia ni kiri kanan jalan semak samun tak ingat dunia. Ni kan nak tambah dengan sampah sarap yang menjijikkan.

Takyah la tengok jauh jauh. Dalam UTP sendiri, sebuah institusi pendidikan tinggi yang semua ahlinya ada otak dan bijak pandai.

Cuba korang jalan kat susur gajah yang menuruni bukit ke Poket D tu, tengok dalam longkang tu, penuh sampah sarap. Dengan cawan viconya la, kertas la. Pastu tengok tiang tiang tu. Berselirat poster poster. Tiang tu pon dah jadi hitam. Buruk. Mencacatkan pemandangan.

Tu baru satu, cuba masuk tandas pulak. Kadang kadang ada je sisa sisa yang tersadai tak dibersihkan betul masuk lubang jamban tu. Pastu tambah lagi dengan habuk habuk rokok yang dihisap semasa melepaskan hajat. Bukan apa, pandai guna pandai la bersihkan.

Pastu, kat kawasan batu batu bawah blok tu, merata rata ada sampah. Tisu la, air kotak la. Tin la. Macam macam. Semua gara gara buang sampah keluar tingkap.

Bukan kita tak tahu benda tu salah, tapi kadang kadang kita saja reka alasan untuk menutup perbuatan kita tu.

"Bukan selalu pon aku buang sampah merata rata.."

ataupon

"alah, kalau aku tak buang sampah ni, mak cik clearner ni makan gaji buta la.. aku tak nak dia makan duit haram.."

Aku cakap ni bukan apa. Bukan aku tak penah buang tisu keluar tingkap. Bukan aku tak penah buang sampah sarap atas jalan raya je bila kemas kereta. Pernah.

Tapi marilah kita sama sama, start dari sekarang, kita jaga kebersihan alam sekitar kita. Kalau kita tak jaga, sapa lagi. Gelilah hidup bergelumang dengan sampah sarap. Lagipon kita semua dah tahu akibatnya mencemarkan alam sekitar, tapi saje je bersikap ignorant.







Jadi, MARILAH KITA MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR KITA.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails