Datuk Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular 2009

Datuk Siti menang lagi anugerah bintang paling popular. Membawa pulang barang kemas dari habib bernilai RM150000 serta kereta bernilai RM130000. So bertambah lagi security guard kat rumah dia.

Well formulanya mudah, kalau tiada artis lain yang menyerlah tahun tu anugerah tu jadi milik Datuk Siti. Plus dah boleh jangka dah sebab banyak kali kamera fokus dekat dia dengan Datuk K sepanjang majlis berlangsung.

Ramalan aku hari tu ada 5 yang tak mengena. Artis lelaki dan wanita dimenangi oleh Black dan juga Yuna manakala pelakon filem lelaki dan wanita dimenangi oleh Que Haidar serta Liyana Jasmay. Serta penyanyi lelaki popular dimenangi oleh Aizat.

Tapi yang paling best sekali kemenangan drama nur kasih melalui pelakon utamanya yang mana pelakon tv lelaki dan wanita popular dimenangi oleh Remy Ishak dan juga Tiz Zaqyah. Tahniah.

Persembahan malam ni biasa biasa je sebab kebanyakkan mereka nyanyi lagu sendiri, jadi kejutan dan excitement tu kurang. Tapi persembahan yang paling menarik serta tidak bosan bagi aku ialah persembahan berkumpulan Akim, Hafiz, Dafi, Aril, Marsha, Ainul Aishah, Diana Danielle serta sorang lagi pompuan yang menyanyikan lagu KRU dan juga Feminin. Kalau Akim, Hafiz, Aril dengan Dafi buat boy band mesti gempak aku rasa.

Persembahan Dayang dan Alyah sebagai tribute untuk Datuk Khadijah Ibrahim tidak kurang hebatnya. Alunan serta lontaran vokal Dayang begitu mantap sekali.

Raja Azura serta Sharifah Shahira begitu mantap sekali sebagai pengacara. Suasana menjadi tidak bosan serta menghiburkan. Busana yang dikenakan mereka juga sangat cantik.

Pendek kata, Anugerah Bintang Popular kali ini berlangsung dengan jayanya. Tetapi kalau ada komen untuk penambahbaikan untuk tahun hadapan ialah persembahan artis perlu divariasikan dan elakkan menyanyi lagu sendiri untuk menambahkan elemen kejutan dan keterujaan.

Sekain.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails