Salam. Apo kaba semuo? Lamo acik tak update blog, yo tak? Maklumla acik ni lelaki bekerjayo. Mano sompek nak berblog bona. Maapla yo! P/s: acik solo lagi yo. Ok publish!
Yong Tau Foo Terbaeekkkk
Penah rasa Yong Tau Foo kat R&R Seremban Arah Utara? Sedap wooo. Kalau lalu situ mesti nak berhenti, dah lah orang nak beli tu beratur panjang. Dengan kat R&R Seremban tu umak aih punya lah ramai manusia, meja semua penuh. Walaupun begitu tetap ku gagahi jugak. Nak makan Yong Tau Foo punya pasal.
Anda boleh memilih pelbagai jenis kuih Yong Tau Foo dan meminta disediakan sama ada Yong Tau Foo Sup atau Yong Tau Foo kering. Dua dua terbaik.
Ahhh, tolong!! Saya nak Yong Tau Foo tapi susah nak pegi sebab kat R&R Seremban arah Utara. Takkan semata mata pegi Seremban, keluar tol lalu masuk balik highway dan singgah di R&R Seremban Arah Utara semata mata nak makan Yong Tau Foo kan.
Jadi ku pendam sahaja mengidam ku ini. Sekian.
p/s: Ahad depan nak singgah lagi lah.
Soalan Maut
Soalan maut mana yang paling anda takut?
Soalan #1
Ni dah kawin ke belum ni? (Situasi: Anda dan aweks anda sedang berdating didalam kereta di taman tasik di waktu malam, dengan tiba tiba sekumpulan lelaki berkopiah mengetuk ngetuk cermin kereta anda)
Soalan #2
Sakit apa? (Situasi: Anda berada didepan doktor disebuah klinik dihari berkerja kerana anda ingin mendapatkan mc)
Soalan #3
Firdaus, where are you? (Situasi: Tetiba mendapat panggilan dari bos anda di office hour)
Soalan #4
Takde ke kawan ngan mana mana perempuan? (Situasi: soalan ditanyakan oleh mak anda, ayah anda, mak cik anda, jiran anda)
Saya paling takut soalan #4. Boleh buat ketidakselesaan. Dan jawapan yang paling baik adalah senyaaaaaaaaaaaaap!
Pernahkah anda menghadapi situasi berikut?
Situasi #1
Anda sedang lepak lepak dengan beberapa rakan perempuan di sebuah kedai makan. Lalu anda tergerak ingin mengecall mak anda. Sedang dalam perbualan telefon itu mak anda tetiba senyap kerana terdengar suara perempuan disebelah anda, dan dengan pantasnya mak anda bertanya "suara siapa tu?"
Situasi #2
Anda sedang dalam perjalanan balik kampung bersama mak cik anda, sedang syok syok dia bercerita tentang cousin anda dengan tak semena-mena anda menjadi topik bualan, "sekarang takde kawan ngan sesiapa ke? Cari la satu, dah boleh sangat dah tu.."
Situasi #3
(Sambungan Situasi #2) Mak cik anda yang syok bercerita tu tetiba terberitahu, "oh, hari tu ayah ada jugak tanya tanya dengan Kak Long, kat ofis tu Firdaus ada tak berkawan dengan sape sape.."
Situasi #4
Anda memberitahu emak anda yang anda bakal menghadiri majlis perkahwinan rakan anda hujung bulan ni, lalu dia bertanya dekat mana, dengan siapa, kawan masa belajar ke lalu tersampai ke satu saranan, "ha Firdaus carilah kawan masa belajar kat UTP dulu.."
Perghhhh maut bukan?
p/s: sebenarnya soalan paling maut adalah, "ma rabbuka?"
Mak Mak Jangan Main La, Brother!
Penah dengar ayat tu? FK yakin anda pernah dengar, tapi mesti tak tau dari mana kan. Ye lah, sekarang musim Avangers, movie movie melayu mana nak ada orang tengok.
Tu la dialog dari filem Chow Kit. Anda dah pergi menonton? FK sudah, hari pertama tayangan lagi. Pergilah tonton, tak rugi punya.
Sebuah filem yang mengisarkan kehidupan masyarakat di Chow Kit. Kisah tentang kanak kanak yang tidak bersekolah, seorang ibu yang melacur untuk mencari rezeki, seorang budak lelaki yang menjaga adiknya dengan penuh tanggungjawab walaupun hanya berumahkan kotak dibawah jambatan dan berayahkan penagih dadah, seorang anak yang sanggup buat apa saja untuk mencari wang perubatan ibunya, kisah sahabat yang melacurkan dirinya untuk mengelakkan sahabatnya dari dirogol.
Sebuah filem yang membuka mata.
Membuka mata bahawa tidaklah maju negara kita ini jika masih ada lagi masyarakat sebegini. Masyarakat yang hidup dalam kedaifan, tidak berumah.
Saya sudah, anda bila lagi?
Hai, Apa Khabar Kawan Kawan!
Lama betul FK tak update kat sini kan. Mintak maaf sangat sangatla ye kerana buat anda semua tertunggu tunggu. Macam macam sangat yang berlaku dalam hidup FK lately. So nanti akan datang FK akan cerita satu persatu.
Well, buat masa ni FK just nak wish you all semua HAPPY NEW YEAR 2011. Semoga tahun ni akan jadi tahun yang tebaik buat kita semua.
Oklah. Sekian dulu. Bye
Cari Ketenangan - Achik & Nana
Tu saja. Tq.
Karangan Jenis Careka
Kalau kat sekolah tu, tak akan punyalah aku pilih nak buat karangan jenis careka, asyik asyik pilih karangan fakta. Sebab setiap perenggan tu kena ada satu fakta, huraian, pastu bagi contoh. Senang.
Kang kalau aku buat cerita kang mesti kejap kejap lepas tu buat tu, lepas tu buat ni, tetiba dah habis sebab takde benda nak buat dah. Mesti karangan aku jadi pendek. Sebab aku sangatlah tidak reti nak describe suasana, benda, conversation, nak buat jadi menarik. Pakcik tak reti ok.
Jadi hari ni aku nak mencabar diri aku untuk membuat karangan jenis careka. Mana tau boleh masuk buku antologi kan. Wah.
Ketuk ketuk ketuk.. Ring ring ring.. Telefon bimbit nokia model 5200 berwarna merah putih yang diletakkan di sebelah bantal berbunyi. Lalu seorang lelaki yang berusia lebih kurang 23 tahun mencapai telefon bimbit itu. Dengan mata yang terpisat pisat dia melihat di skrin telefon bimbit itu. "Alah, dah pukul 6.45 pagi ke? Kena bangun ni, kata orang pagi pagi begini ilmu cepat masuk, " getus hati lelaki itu. Lalu dia bangun dan menuju ke bilik air untuk membuat apa yang patut.
Sekembalinya dia dari bilik air, terus dia membuka nota nota ringkas yang telah dibuatnya semalam untuk menghafal fakta fakta penting sebelum dia menduduki peperiksaan "Industrial Automation & Control System" pada pukul sembilan pagi nanti. Habis semua fakta fakta tentang fieldbus, DCS, PLC, capacitance level measurent dihafalnya. Bukan setakat itu, kertas ujian 1 dan 2 juga hampir lunyai dibeleknya. Mana tahu terkeluar semasa menjawab peperiksaan nanti, tidaklah kertas jawapan yang dihantarnya kosong saja nanti.
Sedar tak sedar, jam pon dah menunjukkan pukul 7.45 pagi. Terus dicapainya telefon bimbitnya itu yang terletak diatas rak buku sebelah meja belajarnya. Kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada rakan sekuliahnya, Fadzhli. "Li, nak gerak pukul berapa ni? Kereta kau kat mana?" Selang beberapa saat selepas itu, Fadzhli sudah membalas pesanan ringkas lelaki itu. "Pat, kol 830 kita gerak ya, kereta aku kat tepi jalan sebelah kafe."
Tepat pada masa yang dijanjikan, Pat menuju ke tempat meletak kenderaan seperti yang telah diarahkan. Kelihatan Fadzhli, seorang lelaki berbaju panas berwarna putih yang agak berisi badannya sedang memanaskan enjin kereta. Sambil menunggu teman wanita Fadzhli Atiqah bersama rakannya Faizatul, Pat menanyakan soalan yang disimpannya sejak semalam, "Fadzhli, nak cari flow yang mengunakan rumus Q sama dengan CEA darab punca kuasa dua darab differential pressure bahagi rho tu kan kena tahu inner dan outter diameterkan. Jadi beta sama dengan outer bahagi inner ke inner bahagi outer?" Lalu jawab Fadzhli, "owh, outer bahagi inner."
Sesampainya Atiqah dan Faizatul, Fadzhli terus memecut ke Dewan Chanselori yang menjadi dewan peperiksaan mereka pada hari ini. Sementara menunggu kebenaran untuk memasukki dewan peperiksaan, Fadzhli dan Pat berbual bual untuk menghilangkan nervous sambil sambil mengulangkaji pelajaran. Tetiba tiba, Pat tidak jadi nervous kerana dia teringat kata kata Simon Cowell, juri American Idol yang menyatakan the only reason you should feel nervous is when you are useless. Pat bukan seorang yang useless.
Kemudian Fadzhli menanyakan satu soalan untuk menguji daya ingatan Pat, "what is the principle operation of an electromagnetic flowmeter?" Dengan yakinnya Pat menjawab, "the principle operation of an electromagnetic flowmeter is based on Faraday's Law. An emf of electric potential is induced when a moving conductor with high velocity cuts through the magnetic potential of the magnetic flux. In this case, the liquid flows through the meter is the conductor." Ayatnya serupa macam ayat dalam lecture note sebab Pat memang dah menghafalnya sejak dari semalam.
Dan masa yang ditunggu mereka telah tiba. Saat untuk memasuki dewan peperiksaan. Sebelum masuk, mereka mengucapkan good luck kepada satu sama lain.
Tengok. Penat ok nak buat karangan jenis careka. Tu baru buat karangan dari pukul 6.45 pagi sampai pukul 9 pagi. Kalau lebih tak tau bape panjang lagi aku nak kena mengarang. Jadi, camne dengan percubaan aku untuk menulis karangan cakera? Btw, karangan ni hanya boleh dipaham oleh budak budak yang amik IACS sahaja. Haha.
Okla sudah malam. Jadi aku mau tido dulu. Bye.
Labels: Ringan Ringan
Cik Masa, Catwalk Pelahan Pelahan Ye, Jangan Laju Laju
Tinggal beberapa hari je lagi yang tinggal untuk kami menghabiskan masa bersama. Sekarang ni je la masa yang ada untuk jumpa kawan hari hari, makan sama sama, tidur sama sama, borak sama sama, belajar sama sama, pegi mapley sama sama, main boling sama sama, ngumpat sama sama, cuci mata sama sama, mandi sama sama, cium mulut sama sama tak lupa juga lancap sama sama. Eh, dua benda last tu orang lain yang buat bukan aku.
Eh, KA mesti suka aku cakap pasal lancap lancap ni sebab dia aritu beria suruh aku update blog macam entri kondom aritu. Suko amekla ati.
Astaghfirullahalazim. Istighfar FK, istighfar. Lagha je semua semua ni.
Ok sambung semula. Lepas ni mesti dah tak dapat nak gomol gomol dengan kawan kawan. Sebab lepas ni nak jumpa pon bukan senang, semua lebih tumpu pada kerjaya, dan juga keluarga. Aku dah rasa dah dulu masa intern, susah amek la nak jumpa kawan kawan. Dah bersepah sepah kat mana mana ntah. Kalau nak jumpa pon kena buat appointment dua bulan sebelum lah. Benci.
Jadi kawan kawan, lepas ni marilah kita menghabiskan masa bersama sama sebelum masing masing membawa hala tuju sendiri. Tambah tambah bagi yang dah dapat kerja tu kan, tak reti reti nak pujuk hati kawan kawan yang belum dapat lagi ni. Tak gitu KA, Wanzul dan juga Tiqah. Eh Ayam dah dapat kerja belum? Dia tu memang suka senyap senyap je. Bukan boleh caya sangat.
Oklah. Hilal tidur la. Dah malam.
Lagenda Budak Setan
Oh lupa pulak. Yang penting.. Yang penting ada Fazura. I like. Oh Fazura...
Labels: Entertainment , Movie
Inilah Cinta - Akim
Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta
Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta
Ulang Chorus
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta