Anugerah Segala Blog (ASB)


Hai apa khabar semua. Maaf kerana sekarang ni FK jarang mengupdate blog. Bukan apa rasanya makin sukar untuk memikirkan idea kreatif untuk ditulis buat tatapan semua. Bagi FK setiap apa yang dicoretkan itu sedikit sebanyak dapat memberi faedah kepada khalayak.


Dengan tidak disangka-sangka blog FK ni yang tidak sampai setahun jagung pon telah dicalonkan dalam Anugerah Segala Blog (sila layari http://lelakiini.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut) Terima kasih kepada pihak penganjur yang FK sendiri tidak kenal dan hairan bagaimana blog FK ni boleh tersenarai. Anyway terima kasih kerana memberi ruang kepada FK untuk menjadi sebahagian daripada blogger ipt (anugerah ini adalah pertandingan antara ipt)


Oleh itu, FK memerlukan respons daripada anda pembaca-pembaca blog FK ni untuk memberi idea segar bagaimana FK dapat memeriahkan dan mengilmiahkan setiap post dalam blog FK ini. Dengan harapan FK-ZONE berjaya mengungguli malam anugerah itu nanti.


p/s: FK dah mula menempah pakaian untu malam anugerah itu nanti.

malang pak kaduk

Semalam FK rasa nasib FK macam pak kaduk pulak. Walaupon FK dah tak berapa ingat kisah pak kaduk ni pasal apa, tapi guna ja la nama dia cam sesuai pulak..
Malam tadi dalam pukul 1lebih dah dekat nak pukul 2pagi, FK, KA, dan wanzul bercadangla nak pegi Sithick. Sesampai je kat kereta FK, tetiba nak start tak boleh. Memang tujuan FK nak keluar ni selain nak makan, FK nak isi minyak kereta yang dah seminggu tak isi. So, sah-sahla tak boleh start sebab dah abes minyak.
Jadi, KA ngan wanzul pun pinjamlah kereta Oner untuk pegi membeli minyak. Special thanks to Oner sebab bagi pinjam kereta dia. Lepas ni FK jadi KB la ngan Oner. Haha.
Sampai je kat stesen minyak, FK pon bayar la Rm2 untuk beli minyak masuk dalam botol. Tengah nak isi tu tetiba minyak tu terpercik plak kat KA. Haha. Abes muka dan mulutnya masuk minyak. Baju pon kena la sikit.
Dah beli tu, kami isi la minyak kereta FK. Dan kami keluarla untuk mengisi minyak kereta seterusnya meneruskan misi kami untuk makan di Sithick.
Ni semua akibat dari consequences management. Gara-gara tak ada duit nak isi minyak FK pulun bawak kereta gi ESU la, gi semayang jumaat. Argh, lepas ni selagi tak dapat duit FK pegi memana jalan kaki je la. Huhu. Kesian.
p/s: baki akaun terkini FK ialah RM25.23

Cuti Cuti Malaysia - Kuala Pilah


dalam segmen cuti cuti malaysia kali ini FK nak membawa anda semua pulang ke kampung halaman FK. Selamat datang ke Kuala Pilah. Kuala Pilah ialah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatihnya. Disini juga terletak Istana Seri Menanti iaitu tempat bersemanyamnya Yang Dipertuan Besar N9..
Jika dari Seremban, anda perlu melalui Bukit Putus sebelum sampai ke daerah ini. Bagi anda yag tidak biasa melaluinya, pastinya ia sedikit sebanyak menguji skill pemanduan anda kerana jalan yang bengkang-bangkok serta ada gaung disebalahnya. Tapi bagi FK, alah bisa tegal biasa.
Jika anda terasa letih setelah memandu di Bukit Putus, anda boleh saja merehatkan minda di Hutan Lipur Ulu Bendul, sebuah tempat perkelahan yang popular disini. Terletak di kaki Gunung Angsi, pelbagai aktiviti lasak dapat dilakukan disini.
bagi penduduk tempatan, terdapat satu tempat yang menjual cendol paling best di Malaysia ni iaitu gerai cendol yang terletak di Perhentian Bas Kuala Pilah. Rugi kalau anda kesini tidak mencuba cendol ni. Di pekan Kuala Pilah juga ada satu juadah yang tak boleh ditinggalkan iaitu rojaknya. Pergi saja ke pasar, pasti anda akan bertemu dengan kedai jual rojak yang best. huha..
Ha, apa anda tunggu lagi. Bersiaplah dan teruskan perjalanan anda kesini. Jom jalan jalan. Cuti Cuti Malaysia. Segala-galanya ada di sini.

ugly me

i think im ugly..
fat..
short..
when i look at my photo album, i never look good in pic..
plus my personality is not interesting..
im no good in neither learning nor sports..
my social life is sucks..
im always think i have a good voice but actually its not..
im not inspiring peope..
so whats the point im here..
bullshit..

ABP-BH 2007


FK baru sahaja menonton anugerah bintang popular 2007 dan kebanyakkan keputusannya seperti boleh dijangkakan serta majlis yang stereotype setiap tahun. Kadang muncul juga perasaan bosan apabila menontonnya.

Tapi yang bestnya, Fara Fauzana berjaya mengekalkan trofi pengacara wanita popular dan berjaya merampas trofi penyampai radio wanita popular dari juara bertahan Linda Onn. Fara adalah selebriti pujaan dan yang paling FK minat. Huahua.

Kemenangan Faizal Ismail sebagai peyampai radio popular buat julung-julung kalinya membuktikan yang HOT FM adalah radio no1 di Malaysia. Huahua. Era dah jatuh takhta.

Seperti jangkaan Mawi sekali lagi menjadi Bintang Paling Popular buat kali ke3 berturut-turut dan mengekalkan trofi penyanyi lelaki popular.

Dan Datin Seri Siti Nurhaliza masih lagi membawa pulang trofi penyanyi wanita popular. Entah mengapa sejak Siti berimej bertudung, dia kelihatan seperti makcik-makcik di usia muda dan seperti sudah tidak tahu berfesyan. Kenapa Siti? You look fat and old. Wardina, please help this makcik.

x.o.x.o.
FK~

my empty life

Bosan.Kosong.Hambar. Tiga perkataan yang sesuai untuk FK sekarang ni. Fk dah tak nak jadi FK. FK nak jadi orang lain yang hidupnya lebih best dan penuh warna-warni.


1- FK tiada minat dalam hidup. So memang FK tiada perkara yang menyeronokan untuk FK buat.


2-FK tidak bersukan. Kalau FK bersukan maka bolehla hilangkan bosan pergi bersukan atau berbual tentang sukan.


3-FK tidak punya ramai kawan. Balik-balik FK akan jumpa muka yang sama setiap hari dan apabila kawan-kawan FK semua busy maka FK keseorangan. Plus, kalau ramai kawan maka hidup akan lebih ceria.


4-Internet yang lembab. Kalau laju bolehla surf internet dan update blog. Tapi kekadang ada internet pon FK tak tahu nak buat apa. So how?


5-FK malas belajar. FK rasa sangat malas nak belajar. Rasa nak relax dan enjoy je setiap masa. Kalau FK rajin belajar maybe FK akan mengisi masa-masa terluang FK dengan study. Takpon membaca bahan bacaan ilmiah.


6-FK tak ada duit. Kalau FK banyak duit dah lama FK pergi jalan-jalan. Melancong. Satu hari nanti kalau FK banyak duit FK nak melancong jauh-jauh. Nak membawa diri. Maybe nak mulakan hidup baru tanpa ada orang yang kenal FK.


Tu je la yang FK nak cakap. Dan maafla kepada pembaca sekalian. Sejak akhir-akhir ni internet lembab yang amat. So, FK tak dapat nak letak gambar.

kegemaran saya

Hai. Ketemu lagi. Kali ini FK nak cerita tentang makanan dan minuman kegemaran FK. Semua orang dah tau yang negara kita ni memang syurga makanan la. Semua ada. Tambah-tambah bulan ramadhan. So, lets check out apa yang FK suka makan. Hehe.


1- Sate: ni benda yang paling FK suka makan. Kalau ada tu tak berenti renti makan sampaila sate tu habis. Tak bagi chance punya kat orang lain.Hehe. Lagi best sate tu kena la lengkap dengan kuah kacang yang masyuukk dan juga ada nasi impit serta timun dan bawang. Huhu. Bilala nak dapat scolar ni. Nak sate!


2- Mee Goreng Mamak: Actually FK ni bukanla penggemar restoran mamak sebab famili FK pon tak makan mamak. Adik FK kata sebab jijik. Huhu. Tapi bagi FK mee goreng mamak yang paling sedap ialah kat Sithick. Memang specialize dia mee dan megi kot. Hehe. Kalau ada masa try la. Bessst.



3- Burger Daging Special: Bila cite pasal bab ni FK teringin sangat nak makan burger daging special. Yang jual kat gerai-gerai burger tepi jalan tu. Tak nak yang jual kat restoran mahupon kat kafe. Tak asli. Tambah lagi best kalau ada black pepper. Fuh masyukk. Pilihan FK ialah gerai burger depan pasaraya aktif kat Kuala Pilah. Memang bestla.


4- Durian: Ni memang buah yang paling FK suka. Pada sesetengah orang, durian ni busuk tapi FK rasa best je. Maybe sebab kat kampung FK ada pokok durian banyaaaaaaaak. So memang selalula makan durian ni bila tiba musimnya.


5- Milo Ais: Ni ialah minuman kegemaran FK. Tak tahu kenapa, tapi sejak kecil kalau makan luar je FK mesti order air ni, agaknya dah sebati kot dengan tekak FK. huhu.


6- Sundae Cone: Ni aiskrim yang memang FK gian. Rasa nak makan banyak je. Kalau pegi tempat yang ada McD tu wajib beli sundae cone. Syokla. Dahla seringgit je best plak tu. Arghh, nak sundae.

JAMBU

Hai kawan-kawan. walaupun FK ada kelas pukul 8pagi karang tetapi FK tetap gigih nak update blog FK yang tercinta ni. Topik kita hari ini ialah JAMBU. FK akan mengupas definisi jambu yang terlintas di kepala otak FK ni.
1. Jambu: sejenis buah
Jambu ialah sejenis buah tempatan yang mudah didapati di Malaysia ni. Terdapat 2jenis buah jambu iaitu jambu batu (guava) dan jambu air (water apple). Buah jambu boleh dimakan begitu saja dan ada juga yag dibuat air seperti air pink guava yag dijual di cafe v3 dengan harga 50sen satu. Cubalah sendiri dan anda akan tahu nikmatnya.
Contoh ayat
: Bang, rojak tu tak nak jambu ek.
: Kat kampung aku ada tanam pokok jambu.
Jambu air aka water apple

Jambu batu aka guava

2. Jambu: adik angkat atau abang/kakak angkat
Jambu ini ialah sejenis amalan. Amalan berjambu ini biasanya dilakukan atau diamalkan disekolah-sekolah berasrama dan ada juga yang terbawa-bawa ke universiti. Amalan berjambu ini boleh dikatakan sebagai berkongsi kasih sayang apabila berjauhan dengan keluarga. Saling ambil berat katanya. Namun tidak semua yang gemarkan amalan berjambu ini tetapi bagi sesiapa yang gemarkannya pastu mempunyai ramai jambu.

contoh ayat
: Eh, R(bukan nama sebenar) tu bukan ke jambu si K(juga bukan nama sebenar).
: Aku tolong jambu aku jual selimut ni, kau nak tak?
: Owh, dia bawak kete savvy jambu dia tu.

3. Jambu: bentuk muka
Jambu ini menunjukkan bentuk muka seseorang yang masih tidak matang dan tidak mempunyai bentuk muka yang maskulin. Contoh artis yang mempunyai muka yang jambu ialah dafi. Perkataan ini lebih sesuai digunakan untuk lelaki.

contoh ayat
: Alahai, jambu gila muka mamat ni.
: Takyah ar kau nak buat muka jambu camtu.

Dadi antara penyanyi yang bermuka jambu.

Contoh orang sebenar yang bermuka jambu.


Itu saja maksud perkataan jambu yang terlintas difikiran FK. Kalau ada masa lagi bolehla kita belajar perkataan-perkataan yang lain lagi.

Demi keluarga dan masa depan

Salam semua. Sudah lama kiranya FK tak update blog FK ni. Biasalah masalah internet di utp ni menghalang FK dari mengupdate.

Topik kali ini ialah demi keluarga dan masa depan. Sejak akhir-akhir ini FK terfikir yang selama ini FK tidak membawa faedah kepada orang sekeliling FK, kepada keluarga FK terutamanya. Sebagai seorang anak sulung dalam keluarga FK sepatutnya menjadi contoh dan role model kepada adik-adik FK sebaliknya tidak apabila FK gagal mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran.

Terharu apabila Tisha, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun menanyakan 'abang ada duit?' Tisha pon tahu yang abangnya tidak ada duit disebabkan consequence management oleh ESU. Malu.

Now I realize that I am not serious like what DMA said when I beg for his recommendation. He said, you think petronas is giving you money for charity? Arghh, bilala nak dapat scolar balik ni.

Demi keluarga dan masa depan, FK harus berubah. Dapat ke? I'll try.


Duyung? Tertekannya..

FK baru saja menonton filem Duyung di pawagan tadi. Tertekannya FK bila mendapati cerita itu sangatlah bosan dan ntah apa-apa dan tiada motif. Benci. Sia-sia saja kami menunggu 4jam untuk menonton filem ni. Kami sampai di JJ pada pkl 5ptg dan terus ke pawagam untuk membeli tiket. Lalu kami dapati filem ini ditayangkan pada pkl 9.30malam. Dengan gigihnya kami menunggu walaupun dah separuh mati tunggu tak tau nak buat apa.

Sewaktu filem ini mula-mula dipromosikan FK memang tidak berminat langsung nak menonton sebab posternya yang buruk. Tetapi pada cuti yang lepas FK ada menonton muzik video mendua,hampir ke situ iaitu lagu tema untuk filem ini. Tidak dinafikan keindahan video klip itu sedikit sebanyak memupuk minat FK untuk menonton filem ni. Tetapi hasilnya..HAMPEH.


Apa yang FK tidak suka tentang filem ini? Banyak. Terutamanya jalan ceritanya yang tiada motif serta lawak stereotype Apek yang sudah biasa dan tidak menjadi serta lakonanan yang tergedik-gedik sebahagian daripada pelakonya. Sudahla begitu, muzik latarnya yang menjengkelkan memburukkan mood penonton. Promotion untuk DiGi yang ada gaya-gaya desperate kerana menjadikan perkataan Fu-yoh menjadi dialog utama Monyet Jimmy yang bergigi kuning lakonanan Yasin. Aduhai Yasin, sudah tiada job lain ke sampai kena melakonkan watak monyet bodoh itu. Ending cerita itu juga dirosakkan dengan promosi DiGi apabila tetiba muncul tiga orang gadis DiGi. Argh.


Nasib baik keindahan alam serta kecantikan semula jadi Maya Karin memujuk hati ini untuk terus menonton filem ini. Dari 5bintang FK bagi 1bintang untuk filem ini. Kepada sesiapa yang belum tengok, FK nasihatkan supaya jangan terfikir pon nak tengok.

Related Posts with Thumbnails