teka yang mana FK?










so dah jumpa yang mana FK?

kawan kawan sekolah~

fara fauzana kantoi~


*post ini ditulis pada khamis, 29jan pukul 8.45pm

latar masa: sekitar 8.30pagi rabu 28 january 2009
latar tempat: di dalam kereta dalam perjalanan nak ke pejabat

Fara: anda masih bersama kami dalam Hotfm AM Krew yang dihangatkan oleh xpax. dan kepada anda yang baru pulang ke ibu kota frequency kami disini ialah 103.3fm

FK: (dalam hati) erk, fara dah tersilap 103.3fm tu frequency untuk era..

Faizal: Frequency kami di ibu kota ialah 97.6fm dan teruskan mendengar lagu-lagu hangat selepas ini tapi sebelum itu inilah dia hotfm sandwich yang menawarkan RM 7,100..

Fara Fauzana terus mendiamkan diri dan pendengar terus disajikan dengan panggilan pemanggil untuk hotfm sandwich.

FK: (dalam hati) hai fara, tu la lama sangat cuti sampai frequency hotfm pon boleh tersilap..

henset hilang~

henset FK hilang.. again.. untuk kali ke3 sejak FK start guna henset 4tahun lalu.. so kepada kawan-kawan FK, tolong email nombor telefon korang kat emel FK di ketupatmadu@gmail.com
thanks friends~

ajl 23~



anda tonton ajl 23 malam tadi? so, apa komen anda?
FK tonton. dirumah saja.

Ramalan FK.
Juara lagu: Sampai Syurga, Faizal Tahir
Balada: Sampai Syurga, Faizal Tahir
Pop Rock: Aku Stacy, Stacy
Etnik Kreatif: Doa Dalam Lagu, Zahid dan Heliza
Best Performance: Sampai Syurga or Aku Stacy or Kalis Rindu
Best Vocal: Faizal Tahir or Stacy
Best Make-up: Meet Uncle Hussin

Keputusan Sebenar.
Juara Lagu: Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussin
Balada: Sampai Syurga, Faizal Tahir
Pop Rock: Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussin
Etnik Kreatif: Farawahida
Best performance: Sampai Syurga, Faizal Tahir
Best Vocal: Sampai Syurga, Faizal Tahir

Pendapat FK.
FK berpuas hati dengan semua keputusan juri kecuali lagu Farawahida yang FK rasa tak sedap langsung. Ntah apa-apa ntah. Camne lah boleh menang.

Tapi overall, FK rasa ajl kali ini adalah ajl yang terbaik sebab semua performance sangat best ditambah pula dengan lighting dan pentas yang sangat cantik.
Apa pula komen anda? Tinggalkan diruang komen. Terima kasih.

hot.fm lebih hangat daripada biasa konon~



*post ini ditulis pada 11.30malam, 6 january

ikhwan: hai anda bersama ikhwan yeba yeba dan juga anne weehuu dalam hotfm zone yang dihangatkan oleh bla bla bla..

anne: ye.. dan kepada sesiapa yang nak berdedikasi sambil mendengar lagu pilihan anda sila telefon kami di bla bla bla..

FK: (dalam hati..) erm, nak call la lagi pon boleh pilih lagu..

cubaan pertama... gagal

cubaan kedua... gagal

FK: (dalam hati..) tunggu jap lagi la.. dengar lagu lu..

cubaan ketiga.. gagal

cubaan keempat..

anne: hello.. siapa disana?

FK: Hello.. Hello.. FK ni..

anne: kali pertama ke FK call ni.. rasanya 1st time..

FK: erm ye kot.. (dalam hati.. haha, padahal dah banyak kali dah call.. ni 1st time guna nama FK..

ikhwan: dari mana FK?

FK: dari bandar tun razak

ikhwan: bandar tun razak kat mana?

FK: kat taman mulia..

ikhwan: ooo dekat la dengan rumah saya

FK: rumah ikhwan kat mana..

anne: mana boleh bagi tau..

ikhwan: kat flat seri sabah..

anne: ok, FK nak dengar lagu apa nih..

FK: colabr8..

ikhwan: colabr8 tak bisa berhenti ye..

anne: jap ye, ikhwan nak letak dalam list lagu.. ikhwan letak jap ikhwan..

anne: ok FK.. jap lagi awak nak borak apa ni.. kita borak pasal hotfm twisties bingit boleh? kita nak bagi promotion sket..

FK: oo.. boleh2..

ikhwan: so, awak mengikuti gak la pasal hotfm twisties bingit ni..

FK: erm taklah.. saya tak tahu pon..

anne: FK, jap lagi kami akan call awak balik yer.. ala, karang awak cite la pasal group moderate. kita nak wat promotion sket.. apa no phone awak ye..

FK: 019-...

anne: jap ek.. ikhwan, tulis jap ikhwan..

FK: 019-526****

ikhwan: ok, jap lagi kami call balik yer.. 019-526**** kan..

FK: betul2.. moderate yer..

anne: aah, moderate.. jap lagi cakap pasal group ni.. ok bye..

lalu FK pon menunggu la untuk dihubungi semula sambil mendengar hotfm dan henset tersedia disebelah..

tiba-tiba..

ikhwan: ye.. teruskan hangat bersama kami dan ditalian sekarang kita ada syam dari bla bla bla..

anne: hello syam, bla bla bla..

syam: bla bla bla. moderate.. bla bla bla.. moderate..

FK: (dalam hati..) eh, ni mcam topik aku je..

ikhwan: dengarkan ini lagi hangat dari colabr8, tak bisa berhenti...

FK: fuck!ni lagu yang aku pilih tadi.. puas je aku tunggu.. tak boleh jadi ni.. kena call ni..

cubaan pertama..

anne: hello, siapa tuh?

FK: (dalam hati..) eh senang je dapat ni..

FK: hello.. saya ni FK tadi..

ikhwan: oo FK.. tadi kami try call awal tapi tak dapat..

FK: kata nak call takde pon.. sampai lagu yang saya pilih ni dah kuar pon..

ikhwan: 019-526**** ni kan no awak.. tadi call tak dapat..

FK: (dalam hati...) ah alasan je tuh...

anne: tapi kan pat awak dapat dengar kan lagu yang awak pilih...

FK: ah, tapi suara saya tak kuar radio.. saya nak suara saya kuar radio.. saya nak pilih lagu lain...

ikhwan: okla, kita pilih lagu lain.. awak nak dengar lagu apa?

FK: erm, crush.

anne: david archuleta ye.. ala, lagi ni kami akan pasang lagu ni..

FK: so lagu lain la ye.. erm.. erm.. ha.. ku tunggu jandamu..

ikhwan: irwansyah ye..

FK.. aah... ni saya nak tanya ni..

anne: apa yang awak nak tanya tadi..

FK: yang karaoke ajl tu bila..

ikhwan: owh. ahad pkl 4petang di pintu masuk stadium putra bukit jalil.. awak nak nyanyi ke..

FK: aah

anne: eh! awak nak nyanyi betul2 ke ni?? (nada terperanjat)

FK: aah boleh gak..

ikhwan: awak nak nyanyi lagu apa?

FK: coba

ikhwan: ok nyanyi..

FK: coba kau dengar.. coba kau lihat.. bla bla bla..

anne: wah.. bape bintang nak bagi ni..

ikhwan: 2setengah bintang je la..

FK: ha??? 2setengah je.. (dalam hati..) bagai nak rak aku nyanyi 2setengah je??

ikhwan: okla tu?? awak nak hadiah tak??

FK: nak

ikhwan: sampaikan dedikasi anda..

FK: buat kucai, ismal, hilal, mino, ren, bo, kamal, ka, syah dan ayam dengan ucapan.. aku dibius cinta..

anne: wah.. over..

ikhwan: ok bye..

ganggang diletakkan..

tak lama kemudian.. KA sms..

KA: shit pat..

FK reply: sentap aku tadi.. 1st aku call tak nak rakam.. 2nd aku call senang je plak nak dpat.. baru nak tersipu2 ngan aku..

KA reply: 2 stengah bintang. aku rasa suara kau lagi sesuai jadi DJ dari ikhwan hotfm

FK reply: sesuai ke suara aku.. (dah start kembang dah..)

KA reply: try ar audition jadi DJ

FK reply: haha.. tersipu aku..

KA reply: better ar dari ikhwan..

FK kembang je..

sekian~

tribute to kak aty~


*siapa kak aty? like who care.. sesapa ntah..

i care..

dia SV FK masa intern ni..

tapi ini semua bakal berakhir..

sebab dia akan berhenti kerja di CT Mind sebab nak meneruskan cita-citanya sebagai seorang lecturer..


*ha..bagusla tuh.. SV tak ada.. boleh relex..

kepala hotak kau.. FK banyak bergantung kat dia..
dia baik.. kalau nak tanya better tanya dia..

selalunya kalau bos FK bagi kerja, dia just suruh pastu pandai-pandaila FK nak buat..
tapi dengan kak aty, kalau suruh tu siap terangkan complete.. sebab tu kalau bos FK bg keje kalau tak paham FK tanya kak aty je..


*macam tu la hidup.. bertemu dan berpisah tu satu adat..

hurm, macam mana la FK nak hadapi hidup kat CT Mind masa dia tak ada nanti.. kalau dia cuti sehari pon FK dah rasa sengsara, ni kan pulak dia tak ada selamanya..

dan mesti kitorang rindu kuih-muih mak kak aty yang kak aty bawak tiap-tiap hari..


*alah, baru kenal sebulan lebih dah nak over!

walaupon baru kenal sebulan lebih, kitorang dah jadi macam satu famili, kitorang borak2 tiap2 hari, lunch sama2, tazkirah, baca quran, gelak2.. kena marah sama2..

actually masa kak aty bagi tau kitorang yang bulan ni last dia kat sini, semua muka terperanjat.. tak sangka.. rasa tak best.. FK pasti ni jadi satu tamparan hebat buat Cik Nasib, bos kitorang sebab kak aty boleh dikatakan tulang belakang kat sini..

personally, FK rasa kalau orang lain yang berhenti FK tak akan rasa sedih sangat macam ni..


*so, tak nak buat ucapan ke?

buat kak aty, walaupon FK tahu kak aty tak baca blog ni, namun FK galakkan kak aty untuk teruskan cita-cita kak aty sebab kak aty dah ada peluang yang lebih cerah daripada kat CT Mind.. dan jangan lupakan kitorang, rajin2 datang walaupon FK ni intern saje, and i wish u all the best~


sob..sob..

jatuh cinta lagi~


jatuh cinta lagi..
..lagi lagu ku jatuh cinta
harus bagaimana..
..ku ingin memikirkannya

aku dibius cinta..
..cintamu yang tak ada tandingnya
namun mungkin tak bisa..
..entah ku tak tahu

ku benar benar cinta..
..ku benar benar sayang
tak terjawab bila hati bertanya..
..kemana kau hilang

rasa cinta..
..kini mula membakar
ternyata keliru dan tak menentu..

haih~

mari kita tengok gambar~

gambar ni sesuai untuk letak kat front page surat khabar..

nabil..

gambar skodeng..

gambar poyo..

nice pic..

gambar couple..

bye2.. enjoys~~

bisness internet


*post ini ditulis pada 5 january, 10.19pm..

again, i'm listening to benar-benar by adam.. ntahla.. lagu ini menjadi pilihan FK untuk dipasang di mp3 atau laptop.. owh ye! FK suka gak lagu dibius cinta from yusry dan melly.. maybe FK suka suara adam dan yusry menyanyikan lagu balada.. lebih cocok FK rasa..

anyway, sekarang ni FK dah dapat idea untuk mengisi masa-masa lapang FK dengan perkara yang berfaedah.. yes! FK nak memulakan bisness internet.. ala menjual barang kat internet, bukan nak dijadikan sumber pendapatan pon tapi sekadar suka-suka nak mencuba..

idea ni datang masa officemate FK bercadang nak beli souvenir masa dia tunang nanti.. so, dia pon search je kat internet.. lalu jumpa la satu blog ni yang jual souvenir majlis2 kahwin dan tunang.. so dari situla timbul idea FK nak jual barang guna internet..

tapi masalahnya, FK tak ada idea lagi nak jual apa dan... FK ni bukanlah ada jari yang kreatif nak buat kraf.. so tengah pikirla nak buat apa ni..

ada orang jual clothes guna internet..
ada pula yang buat kad yang cantik dan dijual kat internet..
souvenir pon belambak..

hurm.. masih tak ada idea.. fine!! ada la beberapa yang terlintas difikiran..

pertama, FK bercadang nak jual topi yang dihias handmade.. maksudnya FK beli la topi kosong yang tak ada hiasan, pastu nanti FK la yang cantikkan..

kedua, since mak FK ni rajin memasak dan juga buat kek.. sedap lagi ok.. so, FK nak promosikan kek2 mak FK yang sedap tu.. ala, mak FK selalu buat kek coklat ngan kek buah yang sedap.. tapi bila pikir-pikir balik tak sesuai la pulak nak jual makanan guna internet..

ketiga, FK nak jual accessori lelaki dan wanita.. macam kasut ke, handbag ke, perhiasan ke.. tapi ni perlu banyak modal dan juga kena tau la mana nak dapat barang-barang yang cantik dan lawa camni.. tapi since FK ni sangat gilakan kasut.. FK fokus jual kasut lelaki dan perempuan je la.. tak pon handbag.. ala, pompuan memang gilakan handbag kan~

ntahla.. tengah pikir idea yang sesuai je ni lagi.. takpon idea ni akan terkubur macam tu je lepas FK dah tak pikir pasal ni lagi..haha.. ntahla..

Related Posts with Thumbnails