Impian Aku

Korang ada impian?

Bukan impian nak jadi kaya kemudian nak bantu keluarga dan nak bawak mak ayah pegi haji, atau pon impian nak kahwin dengan puteri raja, atau pon nak mendaki gunung kinabalu. bukan juga nak jadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya.

bukan. bukan. bukan. bukan itu impian yang aku maksudkan. itu semua cliche. uh, juga bukan drama impian di tv9 itu.

impian aku, aku nak masuk Survivor, reality game yang sangat popular di US itu. Sejak dari season 1 aku dah jatuh cinta pada rancangan ni. so rasa nak masuk je kalau ada buat versi asia ke kan. teringin nak buat2 pakatan, blind side orang, stepback, undi keluar atau diundi keluar. teringin buat benda benda jahat atas alasan game plan. uh best best best.

tak pon aku nak masuk amazing race. nantila next season aku apply amazing race asia. dapat main game race dan juga melancong seluruh dunia. try benda benda yang tak mungkin akan aku try. uh, menarik.

so dah paham apa maksud impian aku tu?

jadi apa pulak impian korang?

Selamat Hari Jadi, Ayah

Esok, 8 March, hari jadi ayah. Seingat aku, belum pernah aku mengucapkan selamat hari jadi pada ayah. Apatah lagi menyambutnya.


Bukan sebab aku tak sayang. Juga bukan sebab aku tak ingat. Cuma hubungan aku dan ayah tak rapat. Aku hanya bercakap dengan ayah apabila perlu sahaja. Sepatah ayah bertanya sepatah aku menjawab. Berpatah patah ayah bertanya, hanya beberapa patah aku menjawab.

Jadi mungkin sebab itu sukar untuk aku melafazkan ucapan itu. Terlalu malu mungkin. Aku pon hairan, adik beradik aku semuanya masa kecil ok je dengan ayah, bila dah besar rasa segan segan nak bercakap dengan ayah.

Untuk permulaan, walaupon hanya dalam blog, ingin aku mengucapkan,

SELAMAT HARI JADI, AYAH. ABANG SAYANG AYAH.

Jadi semperna hari jadi ayah yang ke-48, aku nak menulis 8 benda yang aku nak tulis tentang ayah.

  1. Dalam ic, ayah lahir pada 8 March 1962. Tapi kata ayah, ayah lahir lagi awal sebab masa tu atuk lambat daftarkan kelahiran ayah. Tarikh yang sebenarnya tak pernah pula aku tanya.
  2. Ayah anak ketiga dari empat adik beradik. Anak lelaki pertama. Jadi semua panggil ayah, Atan. Aku ingat mungkin sebab nama ayah panjang sangat, Kamaruzaman. Tapi emak kata, nama Atan tu sebab ayah yang paling manja sekali.
  3. Ayah aku ialah seorang cikgu. Dia masuk maktab perguruan lambat sebab mula mula ayah tak cukup layak untuk apply. Tapi ada satu tahun tu, kelayakan untuk guru lelaki dilonggarkan sebab kekurangan guru lelaki. Masa ayah masuk maktab tu aku baru umur 1 tahun.
  4. Masa darjah 1, aku sekolah dengan ayah di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Ayah tak ajar kelas aku, tapi ada satu hari tu, ayah jadi guru ganti kelas aku. Macam biasa dalam kelas aku panggil dia ayahla kan. Tapi dia marah, dia suruh panggil cikgu. haha. Owh ya. Jadi anak cikgu kat sekolah sangat popular ok. Rasa kacak je. Semua pelajar dan cikgu kenal. Pak guard, makcik kantin sume kenal la.
  5. Masa duduk KL, disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan masa tu gaji ayah dengan mak berapa je kan, ayah pernah bawak teksi sebagai kerja sampingan. Selalu lepas sekolah aku dengan adik aku ikut ayah bawak teksi. So selalu malam malam baru balik rumah.
  6. Lepas tu ayah berhenti bawak teksi sebab agaknya bahaya bawak aku ngan adik aku. Lagipon kalau tak bawak tetap kena bayar sewa teksi kan. Ayah beli van jual beras pulak. So selalu la kitorang pegi sekolah duduk atas longgokan beras berkampit kampit.
  7. Dalam akhir tahun 1998 kitorang pindah kampung. Masa aku form 1 agaknya ayah buat bisness PA system ngan karoke untuk majlis kawin. Dengan sewa kereta jugak. Bisness PA system tu untuk beberapa tahun je kot lepas tu ayah berenti. Maybe sebab penat dan tak untung sangat kot. Lagipon dia sorang je. Kalau ada event baru upah orang. Gigih kan ayah aku.
  8. Sekarang ayah aku sekolah kat sekolah yang ada orang asli. Anak murid aku ada yang dah tua tua tetap jadi anak murid ayah aku. Isteri tok batin pon student ayah aku ya.


Itulah ayah aku. Walaupon dia tak sesempurna macam ayah orang lain, dia tetap ayah aku. Dan aku sayang ayah aku.

Ability Test

Pukul 9 pagi karang aku ada Ability Test untuk Petronas. Ini Ability Test second session untuk budak budak yang nama tercicir dan yang tak berapa nak pandai cam aku nih.

Lantaklah session ke berapa pon kan. Yang penting aku tak nak mengalah. Aku nak buat betul betul.

Trial test pon dah buat. Fuhhh, soalan dia bagi aku tak ada la susah, cuma kena fokus dan baca betul betul, bila dah faham baru boleh jawab. Tapi faktor masa tu memberi tekanan yang sangat tinggi. Hopefully aku tak tertekan nanti.

Jadi bagi sesiapa yang nak cuba buat ability test ni, boleh pegi ke www.shl.com

Lastly, Good Luck All.

Update: Soalan ability test yang sebenar lagi berganda ganda lagi susah dari trial test yang aku buat tu. Dia punya languange level lagi tinggi.

Tolonglah Jangan Dera Kanak Kanak

Tolonglah jangan dera kanak kanak. Kenapa ada orang yang sampai hati nak dera kanak kanak. Seronok ke dengar budak budak tu nangis melolong lolong kesakitan. Ke rasa puas dapat pukul kanak kanak.

Tolonggggla jangan dera kanak kanak.

Kalau tak suka kanak kanak ke marah dengan budak tu, lari jauh jauh. Jangan dekat. Kalau tak suka kanak kanak, jangan ngada ngada nak dekat dengan budak tu. jangan.

Arghhh, tolonglah ada kesedaran sikit.

Aku Sakit Gigi

Dah dua hari aku rasa sakit gigi. Tapi bukan constantly sakit. Kejap rasa sakit kejap tak rasa apa apa. Tu pon sakit sikit je.

So tadi aku pegi la klinik kesihatan Tronoh sebab hari ni klinik pergigian buka. Take note, klinik pergigian ni buka sebulan sekali je ye. Jadi pukul 8pagi aku dah sampai sebab takut ramai.

Tulis bukak pukul 8.30pagi, tapi pukul 9.oopagi baru doktor ngan nurse tu sampai. Pitamla, pegi minum dulu ke. Pastu bila diorang open registration counter je terus semua orang letak kad pengenalan ramai ramai. Hayo, dah tak ikut giliran dah sebab kad pengenalan tu dah berterabur. Ikut nasib la sape kena panggil dulu.

Tunggu diorang setup setup dulu pukul 9.45pagi baru orang pertama kena panggil. Sentapla klinik kerajaan di slow gila.

Masa tunggu tu aku tengokla ada makcik melayu ni cakap tamil dengan auntie india ni. Fasih ya. Sangat fasih. Pastu dengar dia cakap melayu, gaya dia cakap serupa gaya orang india cakap melayu. Ayo, makcik ni bahasa ibunda dia bahasa tamil ke. Letop.

Pastu aku nampak kurang dari 10minit, 6orang berturut turut keluar dari bilik doktor tu dengan gaya baru lepas cabut gigi. Tau tak gaya baru lepas cabut gigi. Maksudnya semua keluar gigit kapas. Bedebar jap aku, doktor ni main cabut ke semua gigi. Ada masalah je cabut kan.

Tunggu punya tunggu tibalah giliran aku nak jumpa doktor. Aku cakapla gigi geraham belah kiri bawah aku rasa sakit, tapi aku tak sure yang mana. Doktor tu check la gigi aku dengan pantas.

Pastu dia cakap gigi geraham awak yang hujung ni ada lubang sikit, pastu goyang sikit. Cabut eh. Lagipon gigi tu bukan guna sangat, kalau gosok gigi pon tak sampai sangat.

Pitam pitam pitam. Memang feveret dia cabut cabut gigi ni, walaupon goyang sikit dengan belubang sikit. Tapi aku tak bagi, perlu ke bagi senang2 je cabut gigi. Aku muda lagi kot.

Pastu dia check kat satu satu gigi, dia tanya ni ke yang sakit? Tapi semua aku cakap tak. Aku cakap aku sakit sikit je tu pon kadang kadang. Bukan sentiasa sakit.

Dia tanya masa makan sakit ke? Aku cakap tak. Dia tanya lagi masa baru bangun tido sakit ke? Ha, tu memang rasa sakit.

Pastu dia bagi tau la tu bukan sebab sakit gigi tapi sebab stress. Lalu aku bangun, mengucapkan terima kasih dan blah.

Aku pon blur kejap. Tertanya tanya pada diri sendiri. Aku stress ke. Hari hari tengok movie, main tenet, kepala otak pon jarang jarang guna pon stress jugak ke. Susah ni.

So apa lagi aku nak buat tak nak bagi stress. haha. I need a vacation kot. Matila. Tu lagi stress sebab takde duit.






Aku stress ke? Sesapa tolong jawab? Btw, first time jumpa doktor yang suka cabut gigi.

Carta Carutan Terhebat

Let say, anda tengah marah dan geram dengan seorang perempuan yang sangat kurang ajar, apakah carutan yang akan keluar dari mulut atau fikiran anda?

Sila abaikan fikiran fikiran seperti tak baiknya nak hina orang macam tu, atau bagila dia peluang sekali lagi, atau tak gentleman langsung nak maki pompuan. Just bayangkan perempuan ni sangat kurang ajar. Susah susah bayangkan dia goda laki korang.

Jadi apakah carutan dan makian terhebat dalam abad ini?

Sundal punya pompuan, kau ingat kau cantik sangat?

ataupon

Hey bitch, asal perangai kau macam babi sangat ha?

ataupon

Diala kan yang menjaja p**i kat mapley ameth aritu kan. Tak sangka, mapley pon dia layan.Desperate la tuh.

ataupon

Loser gila budak ni, drive pon tak lepas.

ataupon

Tengok tengok, t***k dia unevenla..

ataupon

Sayangnyalah belajar je universiti tapi perangai tahap pelacur.

So, mana satu carutan yang anda suka? Renung renungkan dan selamat beramal. Lepas ni kita buat Carta Carutan Terhebat Untuk Lelaki pulak eh. Jangan bimbang, aku adil.

No offence ya! Sekadar suka suka.

American Idol 9 Top 10 Girls

Semalam kita telah mencartakan performance Top 10 guys musim ini. Apa kata kita tengok kedudukan perserta wanita pilihan FK-Zone untuk minggu ni.

  1. Crystal Bowersox - walaupon sakit sakit tetap beri persembahan terbaik. Like her.
  2. Paige Miles - walaupon judges ada yang tak suka persembahan dia tapi aku suka sangat.
  3. Siobhan Magnus - walaupon tak blonde tapi tetap nampak dumb but still talented.
  4. Lilly Scott
  5. Katelyn Epperly
  6. Didi Benami - suara sedap tapi asyik salah pilih lagu je.
  7. Katie Stevens
  8. Michelle Delamor (akan dieliminated kot minggu ni)
  9. Lacey Brown (akan dieliminated kot minggu ni)
  10. Haeley Vaughn - walaupon tak sedap still nak dia stay

So, siapa pilihan anda untuk dieliminated?

Adoi Sakitnya Gigi

Aku tengah sakit gigi sekarang ni. Belubang agaknya. Rasa sakit, rimas, rimas.

Tadi pegi Klinik Kesihatan Tronoh, tengok2 klinik gigi bukak jumaat je. Yang kat Batu Gajah pulak bukak selasa aje. Nak pegi klinik swasta, tak mampu. Mahal ya.

Pitam jap. Kurang sangat doktor gigi kat Malaysia ni. Kesian pesakit pesakit kat luar bandar, doktor kena share share, sakit gigi tahan je la.

Jadi kepada sape sape yang tengah amik dentistry tu cepat cepat la habes belajar. Jadi doktor gigi kat luar bandar ni. Kan Amar Amirah kan. Takyah susah susah cari pesakit nak buat bahan uji kaji macam kat Indonesia tu kan.

So sape ada tips nak meredakan sakit gigi sementara nak tunggu klinik bukak esok ni?

Someone, Please Help Me!

Aku nak letak banner sebagai header blog aku ni agar berwajah baru. Tapi bila aku upload banner tu dekat Layout > Page Element > Edit Header tapi sejak semalam aku try, tak kuar kuar jugak banner tu.

Kenapa ek?

Atau korang ada cara yang lain macam edit HTML dia ke. Sesiapa kalau tahu please tinggalkan komen. Sebab aku pon tak reti pasal HTML ni.

Please ya!


Btw, ni la dia banner yang aku nak jadikan header blog ni. Lawa tak?

Mari Belajar Bahasa Melayu

Penyataan pertama:
Sekarang musim panas menggila.

Penyataan kedua:
Aku menghidap eczema.

Perkaitan:
Dan

Kesimpulan:
Aku sangat tersiksa.

Huraian:
Sekarang musim panas menggila dan aku menghidap eczema. Jadi aku sangat tersiksa.

Huraian lanjut:
Seorang penghidap eczema tidak sesuai dalam keadaan yang panas. Kerana apabila panas, akan berpeluh, apabila berpeluh badan jadi gatal. Apabila badan gatal, garu. Apabila garu, luka. Apabila luka, pedih bila mandi. Benci. Noktah.

Sekian.

psst: siksa ke seksa?

Related Posts with Thumbnails