circuit oo circuit

siapa mahir dalam agenda membuat circuit sampai jadi? FK tidak. Jadi sudahkan anda membantu FK.

Sudah tiga hari FK berkampung di lab untuk membuat circuit tetapi sampai sekarang tidak jadi-jadi lagi. Bila difikir2 circuit yang FK nak buat ni tidaklah secomplicated cam project orang lain tetapi malangnya circuit itu tidak jadi2.

FK hampir putus asa. Circuit itu perlu siap esok juga. Wajib siap esok juga kerana lepas balik cuti akan terus di evaluate. Bila circuit tak jadi-jadi ni FK rasa seperti telah menghampakan group etp FK.

Owh yer. FK buat circuit heat sensor untuk menggerakkan kipas 12V. Pada sesiapa yang pandai tu tolonglah yer bantu FK. Masa makin suntuk. Tetapi hati sudah tidak berada disini. Meronta-ronta untuk pulang raya.

Itu saja. Bila FK tulis blog, FK rasa FK dapat lari dari masalah walaupon kejap. FK suka. Ok. Jumpa lagi.

Buhbye..

menanti subuh 24 september 2008

wow. hari baru kembali lagi. Semoga hari ini akan lebih baik dari semalam. Dan apa jua yang FK dan anda semua buat diberkati tuhan.

so sementara nak menanti subuh ni, FK nak update la blog FK ni supaya hari ini lebih baik dari semalam. Kalau semalam FK boleh update sampai 8 kali, mengapa tidak hari ini? Betul tak..

Sekarang ni, kalau ada alert yang FK ada email je kat gtalk ni terus nak bukak email sebab nak check manalah tau ada company yang berminat nak offer intern kt FK. Tetapi setiap kali FK bukak mail, semuanya hampa belaka.

Kebanyakkannya bukanlah email yang penting pon. And most of it ialah dari kawan2 yang ajak FK masuk WAYN. What the hell is WAYN itu? FK sangat tidak puas hati jika dapat email macam tu. Sangat annoying ok.

Berbalik kepada cerita FK tadi, hurm begitulah perasaan orang yang tak dapat intern lagi. Sering tertunggu-tunggu reply dari potential company. Still berharap dan berharap.

Apapon hopefully FK akan dapat placement for internship soon.

Dan hari ini FK berazam untuk menyudahkan circuit etp FK yang tak jadi2 lama dah. Puas FK belek2 dan betulkan setiap hari tak jadi2 gak. I know my etp group dah very upset with me. Sorry guys I have tried my best. Jangan marah k, nanti cepat tua.

Okla, selamat bersahur dan selamat menjalani ibadah puasa. Assalamualaikum.
Buhbye.

ucapan raya~

tabir syawal bakal tiba kurang seminggu lagi. Dan bagi memeriahkan blog FK ni dengan suasana raya, dalam post ini FK akan sertakan ucapan2 raya dari kawan-kawan FK. Tapi apa kata kita mulakan dengan ucapan dari FK dulu.


"saya firdaus kamaruzaman dan keluarga mengucapkan hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang mengenali diri ini terutama kepada geng2 kain pelikat, geng2 pegi lecture, geng2 convo, geng2 smapk, dan juga geng2 yang ada kaitan dalam hidup FK ini. Semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada anda semua dan jangan lupa duit raya untuk FK =P"

So, sekarang mari kita baca ucapan dari teman2 FK pula;

Jafni mengucapkan..
"selamat hari raya buat teman2 especially all UTPians,semoga ceria di lebaran yg bakal kunjung tiba nnt =p"

Hakim & Syakila mengucapkan.. (hak ekslusif buat FK-Zone untuk menyiarkan nama couple yang baru mengaku ini)
"ramadhan menghilang,syawal menjelma,tiba masanya berhari raya,bermaaf-maafan bersama keluarga,eratkan ukhwah sesama kita...selamat hari raya eid-ul-fitr..maaf zahir batin.."

Nana mengucapkan...
"Pat, selamat puasa pnuh :p and kte nak minta maaf byk2 kalo kte ade buat salah dkt pat tanpa disedari.. :) n lastly selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.."

Keen mengucapkan..
"SaLam AidiLfiTri SaYa UcapKAn BUat KenGkWn d UTP espeCiallyNye PaT, SeMoGA CerIa2 SlaLU d Pagi RAye..MAaF ZahiR & BAtin ku pinTa dr UJung Rambut Hingga Ujung KAki.."

Ren yang agak mental mengucapkan...
"saye buatt uchapan raye..unt0k ketua makanan, pat,, bsamer pnolong nye...hanis...juge...makananianz2...bopiq,amir,amad,sadiq n bahariah...dan jugeee convorian2 laenn!! ari suke suke adelah ari raye..make slamat ari raye..ehheeee=B"

Uya mengucapkan..
"nak ucap celamat hali laya kepada cemua pengyou n bdak2 ee july05 hahahahhaha...nak mintak ampun gak n jgn main mercun sampai putus jari ye hahahahahha. siler la dtg beraya di rumah n bawak duit raya tuk dibagi kepada aku hahahah"

Bopiq mengucapkan..
"salam,selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat,esp kpd comm. fnb convo '08,semoga bergembira di hari raya yang akan tiba ni,saya ingin mengambil peluang ini utk memohon setulus kemaafan drp korang semua ats segala salah silap yg sy lakukn kat korg semua selma kt bkrja brsma,semoga lebaran ini menjadi titik tolak untuk kita semua mnjd insan yg baru ìnsyaAllah :) "

Bo mengucapkan..
"sye mngucpkn slamat ari rye maap zahir batin kpd smue bdk utp n sesiape yg mngenali dri ini.. kpd bdk convo..mntk maap kalo terkasar bhse time wt door to door atau time convo n kpd smue MNMianz..gua syg lu smua..."

KA mengucapkan...
"sempena hari lebaran yg kian menjelang tiba, sy KA dgn ini ingin memohon kemaafan kpd semue member2 yg ensem-ensem(gewe) & chantek-chantek(giwi) dr hujung idung smpi hujung sluar atas segala ketelanjuran tutur kata mahupun perbuatan same ade sedar atau tidak.

Jemput la dtg ke rumah klo nk berjumpa dgn bapak mertua & mak mertua di ;

2771, Lorong Aman,
Taman Kg Paya
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan

Semoga Hari Raya kali ini memberi seribu pengertian~"

Ayam mengucapkan...
"sy mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan2, awek2, ex2, maaf zahir dan batin.halalkan makan dan minum. semoga berbahagia di hari yang mulia ini."

wah, byk betul ucapan raya dari teman2 FK ni. kalau ada sesiapa lagi yang nak wat ucapan. Just leave it dekat ruangan komen. FK akan baca.

Okla. selamat malam. Buhbye..

sambungan sentap~

ini sambungan post sentap tadi sebab FK lupa bab ni.

FK baru je basuh kereta semalam dengan harapan bila balik raya nanti kereta akan bersinar-sinar dan semua orang akan pandang tak berkelip.

Tetapi malangnya tadi bila FK pegi kat kete FK, geramnye hati ini bila nampak ada taik burung yang sangat besar melekat ditingkap kete. Alahai FK baru je basuh tau.

Okla. Tu je.
Adios

surat buat rektor

Rektor,
Universiti Teknologi PETRONAS

(dengan harapan rektor membaca blog FK ni)

Aduan tentang servis di bilik pos

Disini saya ingin membuat aduan tentang servis yang diberikan oleh staff di bilik pos yang terdapat di bawah Kompleks Chancellor.

2- Saya sedang menunggu dokumen penting yang di pos oleh bapa saya yang dialamatkan kepada saya di Universiti Teknologi Petronas. Seperti mana yang semua sedia maklum, semua surat menyurat boleh dituntut terus di bilik pos.

3- Malangnya, surat yang telah dipos pada jumaat atau sabtu lepas masih belum diterima. Tetapi saya yakin surat tersebut telah sampai di sini kerana telah dipos menggunakan pos express. Saya telah datang untuk memeriksa surat saya beberapa kali semalam, 22 september 2008 tetapi menurut list nama yang dikeluarkan tiada surat untuk saya.

4- Dengan optimisnya saya datang lagi pada hari ini, 23 september 2008 pukul 11.15 pagi namun list nama itu tidak dikemaskini lagi dan yang lebih malang tiada staff bertugas yang menjaga bilik tersebut. Kemudian saya datang lagi jam 11.45pagi dengan harapan list nama tersebut telah dikemas kini dan ada staff yang menjaganya unuk saya menanyakan jika terdapat surat saya yang baru sampai. Tetapi harapan itu berkecai apabila masih tiada staff yang bertugas. Pada masa itu seorang posmen datang untuk menghantar surat tetapi malang staff tiada lalu dia meletakkan sahaja surat itu diatas kaunter.

5- Saya datang kembali pkl 2.30 petang hari yang sama. Lega rasanya kerana terdapat staff yang menjaga. Saya menanyakan jika terdapat surat saya. Tetapi dengan endah tidak endah beliau menjawab, 'tengok list, tengok list' walaupon list yang diatas kaunter itu list semalam. Lalu saya bertanya, surat baru sudah ada atau tidak. Tanpa memeriksa dia menjawab surat belum sampai lagi. Bagaimana surat belum sampai lagi kerana pagi tadi saya ada bersama posmen yang meghantar surat dan semasa saya sampai pkl 2.30 tadi saya lihat ada sahaja posmen yang baru keluar.

6- Saya berharap staff itu dapat memeriksa dahulu surat yang sampai manalah tahu ada terselit surat yang saya tunggu-tunggu. Saya bukannya menunggu kad raya dari teman-teman, saya menunggu dokumen penting dari bapa saya.

7- Saya dapati selain tiada staff yang mejaga kaunter pada waktu pejabat dan layanan yang kurang mesra, list nama pelajar yang mempunyai surat juga tidak dikemaskini setiap hari. Seperti yang sedia maklum, setiap surat amat penting bagi setiap individu. Oleh itu, amatlah perlu list nama itu dikemaskini setiap hari kerana kita tahu staff yang menjaganya tidak mahu memeriksa surat yang baru tibal.

8- Oleh itu saya amat berharap pihak tuan dapat memantau perkhidmatan bilik pos ini walaupon ianya tidak memainkan peranan secara langsung dengan pelajar tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap individu mengikut kepentingan masing-masing.

9- Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
Mohammad Firdaus Bin Kamaruzaman
Electrical & Electronics Engineering
Universiti Teknologi PETRONAS

update lagik~

haha.. FK update lagi.. gila dah nak update blog.. nak lupakan segala masalah.. kiranya cam nak lari dari masalah ialah dengan mengupdate blog..

FK ada menanyakan soalan survey kepada orang2 yang ada dalam list gtalk FK.

Soalannya;
Apakah juadah berbuka puasa yang paling anda gemari?

dan FK terima bermacam2 jawapan.

dari jawapan semiskin2 alam iaitu megi kari (ini jawapan pino)

dan jawapan bajet anak dato' iaitu meat ball piza hut ngan bolognese (ini jawapan syah)

dan jawapan orang yang FK rasa perut dia sangat besar iaitu kueh, nasi lemak, nasi kerabu, manga madu, air kelapa, soya, kurma, roti john, dan juga kfc (ini ialah perut Peroz)

dan juga ini;
nasi kerabu (ayam)
murtabak, tepung pelita, soya (zopak)
juadah yang FREE (amin mnm)
roti john (b0)
kurma (ismal) islamic sangat jawapan
ayam goreng dan ikan keli bakar (istiazah)
kuih muih (ren) diet ker

Tapi bagi FK, juadah yang paling FK suka puasa tahun ini ialah kek batik air tangan mino. sungguh lazat. yang FK paling teringin nak makan dan sampai sekarang tak dapat lagi ialah bubur chacha jagung. argh sedapnya..

ok ini saja update kali ni.
buhbai..

sentap

hye. untuk kesekian kalinya FK mengupdate blog hari ni.. gigih tul 3 post dalam satu hari. mungkin sebab dah ada orang komen post FK pagi tadi. apa pon komen la lagi dan lagi dan lagi..

ni FK nak luahkan perasaan marah FK ni. dengan gigihnya FK ponteng kelas (ke terponteng) sebab nak pegi amik surat kat bawah chancellor complex tu kan. penting gak ar surat tu sebab ayah FK dah call banyak kali tanya dah dapat lom surat tu.

FK pegi semalam tapi surat tu takde lagi. So dengan harapan tadi adalah. Bila pegi tadi tak ada orang pun jaga pejabat surat tu. Kata waktu operasi dari pkl 10-12 tapi tiga kali FK pegi dalam range waktu tu tak ada orang jaga pon. Sentapla. Apa guna dibayar gaji kalau takde orang jaga.

dan juga FK sangat pening yang circuit etp FK ni tak jadi2. dah la dalam mood malas dan nak balik ni kena siapkan by minggu ni. Sian teamate FK dah tunggu lama. FK ni dah la tak pandai so it takes longer time than orang lain yang dapat figure out masalahnya dalam sekelip mata je.

arghhh. nak balik. nak balik. boleh ke kita just lari dari masalah rather than menyelesaikannya? Sesungguhnya keje fnb convofair adalah beribu-ribu kali lebih senang dari buat circuit tu walaupon circuit tu senang je.

jemput datang~

tadi lupa nak tulis.

raya ni datangla rumah FK.

ini alamatnye;
6, jalan mutiara 1, taman mutiara, batu kikir, negeri sembilan

datang je. FK alu-alukan kedatangan anda semua.

kalau anda yang tak tahu jalan, dari seremban tu ikut je signboard untuk ke kuala pilah dan anda akan lalu Bukit Putus. Dan bila dah sampai je Kuala Pilah tu, just give me a call. FK jemput.

owh ye. bagi rumah yang dekat2 tu. FK teringin sangat nak serang rumah korang raya ni. Boleh kan..

Okla. buhbai..

menanti subuh 23 september 2008

Good morning dan selamat bersahur. Dalam FK menanti waktu solat subuh, sambil menonton filem hindustan, Mujhse Doste Karoge. Ye, menonton filem hindustan adalah kegilaan terbaru FK. Semua ini bermula gara-gara FK menonton Khabie Kushie Khabie Gham dan FK mula tertarik dengan lagu2 serta gerak tari pelakon menari semasa menyanyi. Sungguh asyik.

Gitu. Nak semayang subuh pon tetap tengok hindustan. Hikhik..

Ramadhan tinggal seminggu saja lagi. Ini bermakna aidilfitri bakal menjelang tiba. Selain sibuk menguruskan persiapan raya, jangan pula sehigga terlupa memperbanyak ibadah dihujung2 bulan yang mulia ini. Kalau boleh mari kita rebut malam lailatulqadar itu.

Ramadhan tahun ini FK sambut dengan sederhana. FK tidak rasa kemeriahannya. Entahla, apa yang kurangnya ramadhan kali ini.

Begitu juga keterujaan untuk berhari raya itu tetap ada tetapi perasaan itu makin berkurang saban tahun. Memang benar, hari raya adalah utuk kanak-kanak. Bagi FK, hari raya sama saja seperti hari2 yang lain tetapi ditambah solat hari raya di pagi hari. Selain itu, sama saja. Mungkin aidilfitri tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna buat FK.

Hey guys, jangan lupa tinggalkan komen anda setelah membaca. I need your comment as a motivation for me to keep writing. Komen itu ibarat semangat untuk FK menulis. Sudah lama FK tidak dapat komen2 yang menarik. Mungkin FK-ZONE makin kurang pembacanya. Apapon, komen apa saja, sebarang kritikan dan cadangan FK terima dengan besar hati.

Akhir kalam, semoga hari anda dipenuhi kegembiraan dan keberkatan. Adios dan selamat berpuasa.

p/s: sangat excited untuk berbuka puasa dengan komiti convofair petang ini.

bosan sampai nak nanges...

Betul.

FK sangat bosan dari jumaat malam semalam sampaila hari ni..

sangat bosan..

tak tau nak wat apa..

dah plan nak bukak puasa kat luar, tapi last2 minute tak jadi..

ni sume sebab reza jadi master planner, time ajak macam beribu je yang nak ikut, tapi bila betul2 2,3 orang je..

last2 cancel.. sentap.

tadi malam. sangat bosan. teringin pegi jalan2 ipoh. shopping2. tapi takde sape nak ajak. sume tak available

pastu mula teringat kat kucai. my besterest friend.. kalau dengan dia tak yah plan2. tak yah buat appoinment berminggu2. tak yah pujuk beria. bila terfikir ajak je terus on. anytime.

Related Posts with Thumbnails