bertemu dan perpisahan adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa~


rasanya ini adalah post terakhir buat sem ni sebelum FK pergi intern. dan sudah pasti peluang untuk mengupdate blog dengan lebih kerap semakin sukar dicapai.


lalu dalam blog ni, FK nak mengucapkan salam perpisahan buat semua rakan-rakan FK walaupon selepas ini kita akan berpisah buat sementara waktu. tetapi jika ada jodoh maka kita akan bertemu juga.

buat

geng kain pelikat; Lela. Chairy. Mael. Minie Monie.

geng 6 sekawan; Suri. Kari. Maya. Zulwan. Halim.

kawan-kawan; Razak. Jinggo. Sapu. Cintan. Perozie. Nanna. Pulla. Nic. Tqa. dan lain2

warga convofair08; Kamalia. Boh. Rene. Askar. Zaheed. Amal. Sadique. Hans. Bopiece. Bahari. Emer. Ady Haq. Pah. Sherry Pah. dan lain2

etpmateku; Angkhian. Toy. Paan. Senul. Serul.

dan juga kepada semua orang yang FK sayang juga to my all secret admire. owh ye, juga kepada semua yang telah menjadi pencuci mata FK. (ayat berani mati)

sesungguhnya FK akan amat merindui kalian dan terima kasih kepada semua yang menjadi pelengkap hidup FK ni. sesungguhnya kalian membawa watak yang penting dalam menjayakan cerita hidup FK selama ini. Keep In Touch K.

psst: dapat tak cari nama korang yang disamarkan tu?

FK seorang yang sensitif

percaya tak? FK seorang yang sensitif. pastinya itu satu sudut lain bagi diri FK.

owh tapi tidaklah sesensitif MAEL yang pasti menitiskan air mata menonton setiap movie ataupon seperti CHAIRY yang menangis teresak2 menonton cerita korea tentang nasib keluarga.

tapi FK sensitif juga.

FK rasa sebak sampai menitiskan air mata apabila menonton american ido 7 episod penyikiran untuk ke final apabila tersiar kisah Archuleta dan Cook pulang ke kampung dengan begitu ramai orang yang bersorak untuknya. Bagaimana mereka menjadi kebanggaan penduduk setempat. Itu satu kisah kejayaan. FK mudah sebak melihat kejayaan seseorang.

tetapi agak susah menitiskan air mata apabila menonton cerita sedih seperti 1 litre of tears. FK terpaksa meneran utk mengalirkan air mata.

tapi ikut masa kot

bila FK rasa sunyi FK akan rasa sedih yang amat sangat juga

sebab itu FK sudah mula bersedih untuk berpisah dengan teman2 lagi seminggu saat kami sudah hendak pegi intern.

FK takut kehilangan dan kesunyian dan kerinduan yang bakal tiba.

madagascar


dalam-dalam exam fever ni, FK sempat jugak menonton Madagascar 2.. Tapi bukan kat panggung, tapi kat bilik je.

Tengah2 syok menonton cerita ni, tetiba FK dapat melihat persamaan antara geng kain pelikat dengan geng2 madagascar ni.

Dari segi fizikal ye persamaan ni,

Gloria si badak tu tentulah paling cocok dengan Mino.

Melman si zirafah tu paling sesuai untuk Hilal.

Marty si kuda belang tu punya punggung yang montok macam Ismal.

dan tentulah FK jadi Alex The Lion The King of New York.

Tapi takde watak untuk kucai plak sebab geng madagascar tu 4orang je. Owh ye, kalau dia nak jadi Moto-Moto si Badak yang cuba tackle Gloria boleh gak.

apa pon bagi sesiapa yang belom tengok cite ni, cepat2 pegi tengok. besssttt!!!

psst: FK sedih bila pikir lagi seminggu nak berpisah dengan kawan2..

AURORA

1. Put your music player on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title and the singer (in bracket) down no matter how silly it sounds!
_____________________________________

1. If someone says "Is this ok?" you say?
Break The Ice (Britney Spears)

2. What would best describe your personality?
What About Now (Chris Daughtry)

3. What do you like in a guy/girl?
Molek (Elyana)

4. How do you feel today?
It's Not My Time (3 Doors Down)

5. What is your life's purpose?
Jawapanmu (Misha Omar)

6. What is your motto?
Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)

7. What do your friends think of you?
One Step At a Time (Jordin Sparks)

8. What do you think of your parents?
Pari Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)

9. What do you think of your best friend?
Bye Bye (Mariah Carey)

10. What do you think of the person you like?
Apa Mahumu (Maximus)

11. What is your life story?
Tak Bisa Memiliki (Dygta)

12. What do you want to be when you grow up?
Di Bius Cinta (Melly & Yusry)

13. What do you think when you see the person you like?
Lucky (Jason Mraz & Colbie Cailat)


14. What do your parents think of you?
Terima Kasih Cinta (Afghan)

15. What will you dance to at your wedding?
Dugaannya (Hujan)

16. What will they play at your funeral?
Cinta Ku Terakhir (Duta)

17. What is your favorite hobby/interest?
Mantera Beradu (M.Nasir & Malique)

18. What is your biggest fear?
Rasa Cinta (Faradhiya)

19. What song will be the title when you repost this?
Aurora (Estranged)

Saya Tag: Mino sebab dia dah lama tak update blog..

FK tidak hipokrit

Sejak akhir2 ini FK sering terima komen dari orang2 yang tidak berani menonjolkan diri dengan hanya berselindung disebalik tanpa nama dan mereka ini sering memberi komen yang menyakitkan hati.

Mereka ini memngomen seperti FK ini sangat jahat dan sudah terpesong dari ajaran islam. Asyik2 nak mengaitkan FK dengan dakwah. Adakah kerana FK tidak menulis tentang dakwah FK sudah di cop terpesong dan mengetepikan agama dan FK tidak berdakwah? (anda pasti tahu apa yang FK maksudkan)

dan orang yang menulis tentang dakwah itu sahaja orang yang baik dan tidak terpesong? bagaimana pula dengan orang yang menulis blog tentang dakwah islamiahnya tetapi berpewatakan seperti gay apabila mengusap2 lelaki, memeluk2 lelaki, membelai2 lelaki dan menyanyangi lelaki (pendek kata perlakuanya sangat memualkan..) tetapi berselindung dengan alasan sahabat sesama islam atau menyanyangi saudara seislam? bukankan dia hanya mengambil kesempatan atas kesucian islam itu sendiri..

di sini FK hanya nak menyatakan jangan nak menilai seseorang melalui blog yang ditulisnya sahaja kerana kita bebas menulis apa yang kita suka dan dalam hal ini FK tidak hipokrit. FK menjadi diri FK. lebih baik kita menjadi diri sendiri dan orang mengenali peribadi kita dari berselindung disebalik tabir kebaikan tetapi kita sebenarnya buka begitu.

owh ye. satu lagi, kita bebas hendak menulis apa sahaja di dalam blog dan tiada paksaan dari sesiapa.

psst: mungkin FK akan membuka blog yang menulis tentang kerohanian apabila sudah penuh ilmu didada.. FK tidak mahu membawa ajaran sesat.

amanah

sudahkah anda melunaskan amanah yang diberikan?

FK bukanlah orang yang terbaik untuk menasihatkan orang tetapi selagi hidup apa salahnya kita saling berpesan-pesan.

FK pasti kita semua tahu maksud amanah. Tidak perlu FK nak ceritakan lagi. tetapi berapa ramai diantara kita yang menitikberatkan soal amanah.

antara contoh2 amanah yang berkait rapat dengan kita ialah apabila kita menyertai sesuatu event dan kita menerima amanah tersebut, kita perlu melaksanakan amanah yang diberikan sehingga selesai bukan separuh-separuh.

ataupun jika kita bertanding dalam pilihanraya kampus dan kita menang. sudah pasti kita memikul amanah dari pengundi2 kita. lalu kita perlu melaksanakan amanah itu dengan sepenuh hati.

jadi apa pula akibatnya jika kita tidak melaksanakan amanah yang diberikan?

rasullullah saw pernah bersabda yang bermaksud;

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, istri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumah tangga suaminya serta anak-anaknya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.”

(HR Muttafaq ‘alaih, dalam Lu’lu wal Marjan hadits no. 1199)

di sini FK nak memberikan satu analogi supaya kita lebih faham maksud sebenar post FK kali ini.

katakanlah anda telah dilantik menjadi committee untuk hrm convofair, tidak kisahla head ke, assistant head ke atau committee biasa saja.

dan tugas2 hrm selain menguruskan sumber manusia sewaktu event berlangsung, hrm juga menguruskan famili day untuk mengeratkan silaturrahim antara committee dan tidak lupa untuk mengadakan majlis penghargaan yang sudah tentunya diadakan selepas event sebenar berlangsung.

dan dalam kebanyakkan event2, committee akan bertungkus lumus sebelum dan semasa event itu berlangsung untuk memastikan kelancaran event itu, tetapi bagaimana pula selepas event, sudah pasti ramai yang malas nak melakukan tugas kerana menyangka semuanya telah berakhir.

didalam kes hrm ini, adakah tugas mereka teah berakhir? sudah tentu tidak kerana mereka perlu menguruskan appreciation day seperti yang tertulis dalam portfolio mereka walaupon event sebenar telah berlangsung.

dan jika mereka tidak melakukannya, maka mereka tidak memenuhi amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

lebih malang lagi apabila ada pihak lain yang terpaksa menguruskan majlis penghargaan itu walaupon mereka mungkin berkata tiada arahan dari pihak atasan. tetapi mereka perlu ingat, itu adalah amanah untuk mereka. mereka perlu ingat itu.

dan bagaimana pula jika mereka memberi alasan tidak tahu? apa kejadahnya tidak tahu sedangkan sudah comfirm majlis itu akan diadakan. dan tidak seorang pon ahli hrm ini yang ingin membantu pihak yang terpaksa menguruskan.

dan bayangkan jika ada antara ahli hrm ini yang bertanding pula untuk pilihan raya kampus dan menang pula.

wah berani2 nya dia. amanah yang sedia ada sudah tidak tertangung, inikan pula nak memikul amanah yang lebih besar. mungkin baginya dia sudah banyak pahala untuk dibazir2kan begitu sahaja.

sudahla amanah2 yang diberikan sebelum ini dilaksanakan bagai melepaskan batuk ditangga.

bagi FK, ahli hrm itu tidak layak untuk hadir ke majlis appreciation itu. itu hanya pendapat FK.

kesimpulannya, ramai diantara kita yang tidak sedar yang kita belum lagi melunaskan amanah lama sebelum memikul amanah yang baru pula.

renung2kan dan selamat beramal.

The Amazing Race Asia 3

Go Tania & Ida!

The Amazing Race Asia Season 3 telah sampai ke episod ke-8 dan hanya tinggal empat team yang masih berlumba.. dan dalam empat team tu, team favorite FK masih beraksi.. yeayy go ida go tania..

walaupon mereka telah berada dikedudukan terakhir pada dua leg berturut2, namun mereka masih kental berlumba.. nasib menyebelahi mereka kerana kedua2 leg itu ialah non-elimination leg..

apa yang FK suka pasal mereka ni ialah mereka berlumba dengan sangat enjoy dan santai.. dan mereka sangat funny.. i love them soo much and hopping the win the race..

tapi sayangnya, satu lagi team yang FK minat iaitu Henry & Bernie telah tersingkir di dalam episod yang terbaru ni. dulu FK menjangkakan team ni akan menjuarai race ni.. namun mereka dah tersingkir..

so, FK akan tetap menyokong ida & tania..

aina batrisyia


FK ada adik. nama dia aina batrisyia. tapi kami panggil dia tisya. umur dia 2tahun 9bulan. dia adik bongsu FK. dia ni sangat manja dan suka memerintah. kena ikut apa yang dia suruh. kalau tak mula la nak menangis2, merengek2.. NABILA sangat kan.. ala nabila cerita mutiara hati tu.. walaupon nakal tapi anak pintar.. FK sayang dia. hehe.. apa pon jumla kita tengok gambar2 dia.. cumel tak??
















menjadi hangat!

kali ni FK bersiaran dari rumah FK, Batu Kikir Negeri Sembilan. Yesss, Batu Kikir ada internet ok.. laju lagi.. FK balik rumah menziarah keluarga, ala balik hujung minggu saja.. ahad nanti balikla ke UTP..

hurm, blog FK ni menjadi hangat seketika sejak beberapa hari lalu. sejak FK tulis pasal pilihan raya kampus hari tu.. ada yang sudi meninggalkan komen yang pedas dan bunyinya seperti FK ni sangat jahat dan seperti tergolong dikalangan orang2 yang sesat.. nauzubillah.. mintak dijauhkan.. dan dengan komen itu ia telah menimbulkan perang komen antara FK serta rakan2 FK dan juga pengomen tegar yang mahu identitinya dirahsiakan..

apa pon FK dah malas nak layan dan dia pon nampaknya dah sunyi sejak semalam.. bagus juga, kurang dosa FK. Ye la, emo juga dibuatnya..

new topik.

tadi FK balik naik bas sebab nak jimat duit.. setelah sampai di KL, FK bergegas ke klcc sebab nak jumpa my x-rumate aka kb.. sampai klcc pon dah pkl 12.55, so FK dan kucai pegi la masjid klcc tu nak semayang jumaat.. sebab dah lambat kami terpaksa semayang di taman klcc tu bertemankan beratus2 lagi jemaah yang lain yang tak dapat semayang kat dalam masjid sebab dah penuhh.. satu pengalaman baru bagi FK semayang outdoor.. ingat sukan je ke ada outdoor indoor..

owh ye, nak ditekankan disini yang FK PERGI SOLAT JUMAAT DI MASJID KLCC. ye! FK SOLAT!!!

pastu lepas semayang, kami pegi makan di Burger King, Kucai belanja setelah dipaw oleh FK. ni pon kali pertama FK makan di Burger King. Kira jakun jugakla.. owh ye, lupa nak bg tau ini ialah kali kedua FK pegi KLCC.. siankan.. lagaknya macam rusa masuk kampung.

bila dah time kucai nak masuk office tu, FK pon meneruskan perjalanan pulang ke rumah..

tapi, yang FK pelik tu, kenapa semua tambang bas yang FK naik semuanya dah naik harga. FK belek2 tiket rupanya ada 30% surcharge.. apa tu surcharge? FK pon tak tahu dan baru nak mengkaji ni. tapi bagi FK, 30% surcharge ni membebankan pengguna dan lagi pon harga minyak sekarangkan dah turun, takkan nak ada surcharge lagi..

nantila, bila FK dah paham betul2 apa itu surcharge, FK akan menulis dalam blog FK ni..

semoga bertemu di lain hari.. bye bye..

sambungan vote!

owh yer tertinggal lak point yang ni tadi..

dan antara sebab kenapa FK malas nak vote sebab kebanyakkan calon-calon yang bertanding tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi. Sebahagian calon-calon yang bertanding penah bekerja dengan FK dan mereka ini sangat lembab dan menyusahkan. So, camne mereka ni nak memimpin seramai 6000 orang student kalau jadi committee untuk sesuatu event pon sangat lembab dan menyusahkan orang.

owh ye. barangkali FK lupa. kebanyakkan calon yang bertanding hanya pandai cakap tapi tak pandai buat. kalau cakap tu siap keluar hadis dan juga ayat2 quran, tapi perlaksanaannya tepuk dada tanya selera. sape makan cili dia terasa pedasnya.

okla. dah puas. selamat tido.

Related Posts with Thumbnails