this is my territory


hurm, semakin ramai manusia kat utp ni. makin lama makin ramai. hati pun makin panas. rasa macam orang datang rumah pastu suka suka nak geledah bilik.

sejak nak cari parking pon susah FK datang, kemudian beransur ansur kurang kereta. sampai nak parking depan bilik pon boleh, catwalk bogel dalam rumah senang, nyanyi kuat kuat sampai satu block dengar pon takpe

dan sekarang, kereta beransur ansur banyak. rumah pon dah ada orang. toilet kena share. parking dah tak dapat dah depan bilik. lama lama nanti susah nak cari parking.

haih. rasa macam kawasan Fk diceroboh. hak FK dicabuli.

benci.

psst: ni la akibatnya bila dah lama sangat duduk sorang sorang

bye bye intern, hello final year


semalam adalah hari terakhir FK sebagai seorang intern kat Makhostia.. walaupon hanya 8minggu FK intern kat sini tapi Fk seronok sangat.

tapi apa yang FK nak ceritakan ialah.. hari terakhir intern, kena baling dengan telur dan juga tepung. cis, bedebah! hanyir gila telur tu wei..

FK dah dapat agak dah yang diorang ni nak baling telur, so FK sejak pagi dah stay je dalam office sebab kat office takleh baling telur nanti busuk, bos marah. FK tak keluar dan pegi plant pon. Siap bawak baju spare lagi.

punyalah gigih diorang ni nak suruh FK keluar ni. Memula panggil sorang, pastu sorang lagi datang panggil, pastu datang sorang lagi. namun, FK tetap berkeras.

pastu siap buat announcement guna PA system suruh FK pegi control room. nak pegi control room comfirmla kena keluar kan. FK buat tak tahu je. pastu siap call lagi panggil datang control room. haih, gigih betul. FK tetap tak nak pergi. Dah tau dah apa habuan dia.

last2, ramai2 datang tarik FK. kalau dah ramai tu comfirm la kena seret keluar. keluar je pintu tu, tap! satu telur pecah atas kepala FK. cis berjaya juga misi diorang ni. pastu satu lagi telur hinggap dibelakang FK. kat baju tu yang tak tahan tu. maka, bercampur baurlah tepung dan telur yang hanyir itu.

tapi apa pon tetap enjoy.. for fun sekali sekala.. lain kali turn diorang plak kan..

malam pula dinner dengan kojek dan faiz. lepas dinner, pergi main go-kart di setiawan. best! lain kali patut ajak kawan kawan datang main ni. FK first time, so comfirmla jauh ketinggalan.

so pagi karang FK akan balik bercuti di batu kikir. mana lagi. jadi, mungkin FK tak akan update lama. so jangan nangis rindukan FK pula ye.

psst: utp dah start banyak kereta. parking pon dan banyak kereta. hati FK panas je. sebab rasa macam territory FK kena ceroboh. kena buat signboard untuk tempah satu parking khas untuk FK ni..

Jangan Nakal - Alif OIAM


huh.. dah 2 entri FK tiru style ismal tulis tajuk.. takpela.. sekali sekala.. nak juga rating naik bila orang google lagu terbaru dari alif ni..

sampai sampai rumah je hari sabtu hari tu, FK pergi ke Tisya, adik FK tu. Kemudian berlakula dialog ini..

Tisya: Bad, Tisya nak kahwin dengan Akim.

FK: Ha. Akim mana? (sambil memikir mikir kemungkinan Tisya ada kawan baru)

Tisya: Ala, Akim la..

Mak FK: Akim AF tu.

FK: -pitam-

amboi, adik FK ni baru umur 3 tahun dah pikir nak kahwin. Dengan artist pulak tuh.

beberapa jam kemudian berlaku pula adegan ini..

radio: aku bosan dengan sikapmu aku rasa buang masa.. kau selalu mendustakan cintaku..

FK: eh Tisya, lagu Akim la..

Tisya: (tersipu sipu malu..)

FK: -pitam lagi-

adegan terakhir..

FK: Tisya, kenapa Tisya nak kahwin dengan Akim..

Tisya: Ye la, Akim baik.

FK: -nasib tak pitam-

Jadi kepada Akim ataupon peminat peminat Akim yang sedang membaca post ini sila sampaikan kepada Akim salam sayang dari Tisya..

FK: ok2, Tisya akil baligh je terus kahwinkan dia dengan Akim.. lol! sian adik FK..

Aku Mahu Pulang - Amuk


Okay okay. good news.. setelah 5 minggu 5 hari 5 jam 53 minit dan 15 saat FK tak balik ke my home sweet home yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.. maka dengan rasminya pada pukul 1.46 pagi nanti FK akan menaiki keretapi Ekspress Langkawi Kelas Superior Coach Q1 dan Seat 8D ke Sentral Kuala Lumpur dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Seremban menaiki komuter dan kemudian menaiki bas ke batu kikir..

Ah, bahagianya.. saat yang dinanti nanti.. walaupon kedengaran sedikit gigih kerana terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan juga terpaksa pulang ke UTP pada hari ahad dengan menaiki keretapi Ekspress Langkawi Kelas Ekonomi Coach R1 dan Seat 9D dari Sentral Kuala Lumpur ke Batu Gajah.. hurm, takpe takpe.. FK gigih..

Di kesempatan ini FK nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Terima kasih dunia.. lihatlah!

passt: teringat masa pergi beli tiket semalam di batu gajah, mamat ni boleh sendawa plak kat dalam kaunter tiket yang berhawa dingin tu.. perghhh bau durian.. euwww..

My Ugly Friend


Tajuk ini tidak menggambarkan apa sebenarnya yang FK ingin sampaikan. Tapi gambar diatas bertajuk seperti itu. Kesimpulannya, gambar dan tajuk tidak memberi gambaran tepat tentang apa yang FK ingin sampaikan.

Orang kata, kawan semasa senang mudah dicari tetapi kawan semasa susah sangat susah nak cari. Betulkan?

Some people dah prove to me that they dont deserve to be my friend. Senang kata ni kawan semasa senang je la ni.

Tapi hari ni someone has prove to me that dia ni kawan semasa susah dan senang. Dan FK sangat gembira.

Jadi apa lagi, mari kita mengadakan parti buih yang liar sambil pakai seksi-seksi. Jom!

psst: thank you sebab sudi jadikan FK your ugly friend..

what you give you get back


selamat pagi semua.. bersua lagi kita dalam segmen pagi bersama FK tentunya di saluran blog pilihan ramai FK-Zone. di harapkan hari anda dimulakan dengan penuh ceria dan gembira.. (sila baca dalam nada malaysia hari ini)

okay okay.. cukup cukup mood gedik.. FK gedik bertempat ok!

disebabkan kucai dah ok, bolehlah FK merevealkan the thruth..

actually kucai, FK memang sengaja berpakat dengan yang lain untuk mengutuk dan mengeji kau di facebook kau.. pastu delete.. sebab kitorang tau kau akan dapat email notification dan bila kau nak tengok tetiba dah delete.. tentu kau sentap..

alah macam yang selalu kau buat tu.. komen kat facebook orang pastu kau delete.. conceptnya sama.. what you give you get back, honey!

kalau kita boleh rogol anak orang, jangan terkejut kalau ada orang rogol anak kita.

kalau kita suka curi barang orang, jangan marah bila orang curi barang kita.

kalau kita kutuk orang, jangan terasa bila ada orang kutuk kita.

kalau kita tidur dengan bini orang, jangan sentap bila orang tidur dengan bini kita.

kalau FK cium Fazura, jangan jeles bila Fazura kiss dan peluk FK balik.

okay.. anda semua dah paham?

psst: pagi ni dah mula dengan motivasi pagi.. jap lagi nak buat apa ya!

ya ampun!!


ehem ehem.. mood serius.. diharap semua pembaca dapat membaca dengan nada yang serius kerana FK memang serius dan bukan main main.. kerana FK ingin membuat satu kenyataan maaf secara terbuka..

Saya, Firdaus Kamaruzaman atau dengan nama glamor FK, tunduk setunduk tunduknya serta membuang ego ke tepi dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada AHMAD KHUSYAIRY kerana telah bekomplot bersama 3 lagi ahli geng kain pelikat dan mengetuai mereka dalam membuat kenyataan yang pada pandangan AHMAD KHUSYAIRY adalah memalukan dan menjatuhkan reputasinya yang telah dibuat di laman facebook AHMAD KHUSYAIRY sekitar pukul 11.00 malam 23 jun lalu.

Sesungguhnya tindakan saya yang sungguh tidak bermoral dan tidak patut dicontohi oleh mana mana pihak itu adalah tiada niat untuk menjatuhkan air muka AHMAD KHUSYAIRY tetapi hanyalah sekadar suka suka di saat kebosanan.

Dengan ini, saya berjanji keadaan sebegini tidak akan berlaku lagi dimasa yang akan datang dan diharapkan permohonan maaf saya ini diterima oleh AHMAD KHUSYAIRY dengan ikhlas dan tiada dendam di hati. Sesungguhnya tidak baik kita berdendam sesama manusia bagi mengekalkan awet muda.

Terima Kasih.

psst: ok.. anda semua dah boleh tukar ke mood yang anda inginkan.

hurm.. lamanya tak balik rumah!

okay okay.. berhenti merusuh semua.. harap anda semua dapat bertenang.. FK bukan sengaja tak mahu update blog ni.. tapi seminggu yang lepas FK sangat sibuk.. paham paham sajalah, artist ada saja photoshoot dan juga show.. tapi nak merungut pon tak guna, ini kan jalan yang FK pilih..

ops cukup cukup. jangan muntah disini.. FK hanya terperasan sekejap.. hehe

actually kira kira dah 5minggu FK tak balik rumah. kira lama lah tu.. ye la, masa free nak balik pilah weekend je yang ada, hurm so penat je la nak travel jauh2, ditambah pula dengan keadaan kewangan yang tak mengizinkan. kira lama la tuh FK tak balik kalau nak dibandingkan masa duk KL dulu, balik seminggu sekali tak pun dua minggu sekali.

semalam FK call la rumah pastu cakap dengan adik manja FK, tisya.. borak punya borak tetiba tisya tanya..

"bad, bila nak balik? tisya rindu la.."

tisya panggil FK bad okay.. tak pon abang bad sebab masa dia kecik kecik dulu dia takleh nak panggil abang, so dia panggil bad..

haih,ni yang FK lemah ni.. orang lain yang rindu FK tak kisah.. tapi bila tisya yang rindu ke sedih ke FK kalau boleh nak balik masa tu jugak.. punya sayang kat dia..

tanpa berfikir panjang, FK terus cakap..

"tisya rindu ke? minggu depan abang balik, esok abang kerja la.."

kesimpulannya, jumaat ni FK akan menangkis segala halangan yang melintang untuk balik ke rumah nak jumpa tisya..

rindunya..


psst: post ni kamu tak baca pon tak apa.. sekadar bercerita syok sendiri..

Selamat Hari Lahir Buat Si Hitam dan Lampi

Happy Birthday buat si hitam dan lampi. Actually, FK tak ingat pon hari ini hari si hitam dan lampi sebab si hitam dan lampi tiada facebook. Selama ni pon notification di facebook yang remind FK birthday kawan kawan FK. So, sebab si hitam dan lampi tiada facebook, lambat dapat FK wish.

Di kesempatan ini FK nak mengucapkan kepada si hitam dan lampi selamat hari lahir yang ke 22 semoga panjang umur dan murah rezeki serta jangan lampi lampi lagi supaya tidak ditipu oleh orang lain.

Dan juga selamat berbahagia bersama kekasih hati si hitam dan lampi, jipan yang gigih nak buat surprise party untuk si hitam dan lampi. Semoga jodoh si hitam dan lampi kali ini berkekalan dan tidak ditipu lagi oleh gadis si hitam dan lampi sebelum ini.

Oh ya! sebelum terlupa pesanan untuk si hitam dan lampi supaya tidak menipu lagi emak si hitam dan lampi seperti yang si hitam dan lampi buat hari itu walaupon si hitam dan lampi tidak mahu emak si hitam dan lampi risau. Buat pengetahuan semua, hari tu si hitam dan lampi ada datang ke utp tetapi tidak mahu memberitahu dan menjenguk emak si hitam dan lampi sebab tidak mahu emak si hitam dan lampi risau.

ok2. panjang pula ucapan FK buat si hitam dan lampi ni. akhir kata..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE22, REZA!



psst: maaf buat reza jika FK terlebih lebih mengutuk dia.. alamak terlebih suda~

manusia sekarang ini memang susah nak bersyukur


betul tak? memang betul tu.. manusia asyik mengeluh dan susah hendak bersyukur.. cop cop. bukan shukur budak chemi kawan sekolah FK tu ya! syukur disini bermaksud.. haih susah pula nak terangkan maksud syukur.. ah, anda paham paham sendiri la ya.

oleh itu, mari kita layan senarai kesyukuran FK. idea ni FK ciplak dari Hanis Zalikha, seorang blogger, student dan juga model. apa lagi, mari kita bersyukur kawan kawan.

  1. FK bersyukur dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna serta dapat mengecapi nikmat iman dan islam.
  2. FK bersyukur dilahirkan dalam keluarga kamaruzaman dan juga hambiah serta dikurniakan adik adik walaupon asyik gaduh je adik beradik.
  3. FK bersyukur dapat masuk UTP dan dapat scolar petronas walaupon tak comfirm kerja lagi.
  4. FK bersyukur bersekolah di smapk sebab kalau tidak comfirm FK akan jadi lebih teruk lagi.
  5. FK bersyukur ada kawan kawan yang baik serta caring walaupon kadang kadang menyakitkan hati gak.
  6. FK besyukur cuaca sangat panas sekarang daripada panas kat neraka nanti walaupon eczema FK dah jadi teruk sebab tak tahan panas.
  7. FK bersyukur FK ada kereta viva untuk memudahkan kehidupan walaupon kadang kadang bank asyik call suh bayar. lol.
  8. FK bersyukur intern FK bermasalah sebab pengalaman tu mematangkan kita walaupon perit nak melaluinya.
  9. FK bersyukur dapat rm500 tiap tiap bulan walaupon kadang kadang masuk lambat dan kena berjimat cermat untuk bagi cukup kalau tidak cukup bulan nanti nak makan apa.
  10. FK bersyukur dah tak ada orang bergaduh kat facebook FK lagi.
  11. FK bersyukur dapat dengar hotfm online untuk menemani waktu waktu sunyi FK.
  12. FK bersyukur dapat melalui waktu waktu susah sebab masa tu kita dapat tau the true colors of our friend.
  13. FK bersyukur esok hari rabu sebab FK dapat beli sate kat pasar malam.
  14. FK bersyukur ada blog untuk meluahkan isi hati walaupon tak ada orang baca.
  15. Fk bersyukur dapat call rumah FK tiap tiap minggu walaupon tak dapat nak balik tiap tiap minggu sebab tiket train asyik habes ataupon sebab tak ada duit.
  16. FK bersyukur ada adik bernama Aina Batrisyia yang mengada sebab sejak dia lahir keluarga FK dah jadi harmoni sikit.
  17. FK bersyukur dapat berkongsi senarai kesyukuran FK bersama anda semua.
Jadi apa pula anda punya senarai kesyukuran?

psst: FK bersyukur FK gemuk sebab tak payah nak berhempas pulas nak mengekalkan bentuk badan ideal.. lol.. boleh ke?

Related Posts with Thumbnails