Musim Panas Menjadi-jadi

Aku tak tau kenapa. Tapi musim panas sekarang ni menjadi jadi. Kat utp tanah gersang tu aku tak terasa sangat. Mungkin sebab kedudukan bilik aku yang sentiasa redup dan juga faktor bilik yang dikongsi hanya berdua serta tingkap dan kipas bilik yang sentiasa di buka 24jam.

Namun bila aku balik ke rumah aku yang terletak di daerah kuala pilah yang mendapat taburan hujan terendah di malaysia masa belajar geografi sekolah menengah dulu, panas dia menjadi jadi. Di tambah pula faktor rumah aku ni rumah teres yang bagi aku sistem pengudaraannya sangatlah tak tidak bagus serta kedudukan rumah yang disimbah tepat cahaya panas matahari di waktu petang.

Panas dan bahangnya tu hanya Allah yang tahu sampai tahap kipas dah dibuka yang paling laju dan sliding door tu di bukak seluas luasnya, namun panas nya tetap ada. Sampai tahap malam tadi aku tido di bilik belakang sambil buka tingkap seluas luasnya, dimana katil terletak disebelah tingkap.







Tapi, malam ni aku nak tido mana sebab port baik malam tadi dah takleh guna sebab adik pompuan aku dah balik. Bilik belakang tu bilik dia.

Tahan tahan.

Masa Muda

Bagi aku, waktu muda adalah masa untuk keluar dari kepompong dan eksplore new things. Time ni lah kita nak meninggalkan kelurga, belajar berdikari, pergi mengejar cita cita, menjelajah dunia, dan tidak hanya terperuk didalam zon selesa kita.

Time ni lah jugak kita nak kumpul pengalaman hidup, jumpa pelbagai ragam manusia, ilmu ilmu yang tak ada di kampung kita, dan mana tahu jodoh kita untuk dijadikan bekalan mengharungi hari mendatang dengan lebih matang dan mendidik anak anak kita serta memajukan kampung halaman melalui pengalaman kita.

Jadi, jika selama ni anda yang sedang selesa duduk didalam kepompong, terbanglah menjadi rama rama yang cantik. Jika ada peluang dan cita cita untuk merantau, keluarlah dari negeri anda dan pegilah tanpa ragu ragu. Merantau disini maksudnya pergi sambung belajar, kerja.

Dan juga time muda ni lah anda nak eksplore potensi diri. Jika selama ni anda jenis yang terperuk je mangadap pc 24-7, sekali sekala pergilah cuba flying fox ke, naik roller coster ke, wall climbing ke meremit ke. Oh bukan, merempit tak masuk sekali.

Oleh itu, marilah kita jadi berdikari dan keluar dari kepompong kita.

30 Hari Mencari Cinta: Day 2

Tapi hilal tak setuju dengan statement aku dalam post sebelum ni. dia kata adik beradik emak dia tak ikut figure nenek dia tapi ikut figure atuk dia.

So, lepas jumpa bakal mertua terus mintak clash dengan teman wanita. bila dia tanya kenapa, aku jawab "yang, u dah cantik dah, tip top, mantap. mak u pon bergetah lagi, tapi bapak u tu gemuk sangat. kita clash je la yang ye."

pitam kali kedua.

30 Hari Mencari Cinta: Day 1

Gempak tak idea ni. Tadi mencurah curah idea nak tulis tapi tetiba je tak tahu nak tulis apa.

Jadi aku post je la macam ni. Lain kali lah sambung.

Sekian.






Orang kata perempuan ni dia akan ikut figure emak dia bila dia dah tua. Kalau emak dia gemuk, maka dia pon gemokla masa tua. Kalau mak dia kurus, maka kurus la dia masa tua.

Silap silap lepas jumpa bakal mertua terus minta putus dengan teman wanita. Bila dia tanya kenapa, terus jawab "u cantik yang, tapi mak u gemuk sangat. so i nak clash dengan u"

pitam.

Malaysian Typing Speed Test III

50 perkataan

Speed test


ok pecah lagi rekod peribadi..

tapi still tak dapat nak tewaskan si jazlin ernida tu..

takpe2.. berusaha..

Malaysian Typing Speed Test II

48 perkataan

Speed test



yes yes. pecah rekod peribadi. ada bran?

Malaysian Typing Speed Test

46 perkataan

Speedtest


Amacam. Laju tak?

Di Liwat Atau Di Liwat Paksa

Baru balik dari mendengar perdebatan hangat di bilik seorang rakan. Isunya berkisarkan politik malaysia, pertembungan antara penyokong kuat kerajaan dan pembangkang. Isinya kuat mengenai Anwar vs. Najib, termasuk juga kisah liwat anwar dan juga saiful bukhari.

Lantaklah apa pon pendirian mereka. Aku tidak mahu campur mengenai isu altantuya, jet hilang, 16 september. Aku hanya menjadi pendengar sahaja. Tidak berminat untuk mengambil berat tentang isu ini. Buat berat kepala saja.

Namun aku begitu berminat dengan isu liwat itu. Sangat menarik bagi aku. Mungkin sebab sudah terpesong dengan norma norma masyarakat kita. Tambah tambah bila ada kenyataan seperti "can i fuck you?" sungguh kelakar dan menggelikan hati. Namun ingin aku utarakan pendapat aku ini berdasarkan logik akal tanpa sebarang bias walau sedikit pon.

Soalan pertama dari aku. Apakah pertuduhan yang dilemparkan oleh Saiful Bukhari? Adakah dia diliwat atau diliwat paksa? Itu aku tidak tahu. Minta anda semua untuk periksa semula.

Maksud diliwat disini ialah diliwat secara rela. Suka sama suka. Seperti seks antara suami dan isteri atau antara pelacur dan pelangganya. Suka sama suka. Ertinya berlaku adegan romen romen, kesedapan yang dinikmati oleh kedua dua pihak.

Diliwat paksa pula aku maksudkan sebagai rogol tapi guna bontot. Ertinya tiada kerelaan disitu. Mungkin akan terdapat kesan koyakkan dikemaluan, lebam lebam akibat meronta. Kesedapan yang hanya dinikmati oleh satu pihak sahaja. Seperti seks antara perogol dan mangsanya.

Juga diliwat paksa atau rogol boleh ditafsirkan sebagai seks bersama budak bawak umur. Tetapi bagi konteks Anwar dan Saiful Bukhari kedua-duanya cukup umur. Jadi kita boleh lupakan point ini.

Bagi aku, jika Saiful Bukhari diliwat paksa, baru ada pertuduhan terhadap anwar. Kerana ia berlaku tanpa rela. Jadi kes mahkamah yang berlangsung ini wajar diadakan.

Tetapi jika dia hanya diliwat sahaja, maka tiada pertuduhan disitu bagi pendapat aku. Jadi isu ini hanya menjadi tohmahan masyarakat tanpa melibatkan mahkamah kerana tiada pertuduhan. Jika ini senarionya, maknanya tiada kes.

Persoalannya sekarang yang aku sendiri tak pasti, apakah pertuduhan Saiful Bukhari? adakah dia diliwat atau diliwat paksa.

dan bukti2 dan keterangan saksi sepanjang prosiding mahkamah menjurus kearah apa? adakah dia diliwat atau diliwat paksa.







Sekian. Tetiba blog aku jadi blog politik. Pitam.

EE Second Hand Book Sale

Jualan awal sem datang lagi. Kami ada menjual buku buku teks terpakai dengan harga yang berpatutan.

RM 55

With CD
RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 25

RM 40

RM 55


With CD
RM 55

RM 55


RM40

Jangan risau buku buku ini masih dalam keadaan brand new sebab al-maklumlah aku ni pemalas.

Yang penting, harga masih boleh dirunding.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli hanya email kepada:

ketupatmadu@gmail.com

Sekian terima kasih. Selamat membeli.

Aina Batrisyia Bt Kamaruzaman Sudah 4 Tahun


Happy Birthday to youuu


Happy Birthday to youu


Happy Birthday to Tisya


Happy Birthday to you


Tisya arini dah masuk 4 tahun

Related Posts with Thumbnails