aku.muzik.kamu


Sajak album aku.muzik.kamu nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai album terbaik anugerah industri muzik baru-baru ini belum sempat FK nak menghayati album penuh yang dikatakan mempunyai energi rock generasi baru.


Lalu sejak beberapa hari lalu, FK meluangkan masa yang tak berapa nak terluang ni untuk mendengar. Yes. memang betul tindakan juri memilih album ini sebagai album terbaik. FK setuju.


Album yang memuatkan 13 lagu ini dimulakan dengan mengajak pendengar untuk berrock-n-roll bersama faizal menerusi lagu Batu & Golek. Lagu yang sudah popular dimainkan dicorong-corong radio.


Kemudian, pendengar didendangkan dengan siri-siri lagu rock versi faizal tahir yang rancak mahupon slow rock. Antaranya Kerna Kamu, Aku Punya Kamu, Sempurna, dan juga Cuba (which is one of my fav song in this album) disamping lagu-lagu yang sudah menjadi siulan peminatnya antaranya Mahakarya Cinta, Sampai Syurga dan juga Gemuruh.


Faizal juga tampil dengan sebuah lagu bahasa inggeris yang bertajuk La Da Di Dum. Muziknya yang segar serta gaya penyampaian yang tersendiri berjaya mencuri perhatian FK untuk terus mendengar lagu ini berulang-ulang kali sambil menggoyang-goyangkan badan. Memang berkesan la..Tidak hairanlah lagu ini berjaya dicalonkan dalam top 5 susunan muzik terbaik dalam lagu bahasa inggeris semasa anugerah industri muzik yang lalu.


Apapon FK merasakan yang inilah dia album yang wajib untuk dimiliki. So, apa tunggu lagi, dapatkanlah album ini di kedai-kedai cd berhampiran dan belilah yang original. FK bagi 4.5/5 bintang untuk album ini.

and the winner is..

Kalau dah kipas-susah-mati rancangan realiti tu, FK pasti tak nak melepaskan peluang untuk berbicara tentang episod akhirnya walaupon lambat menulisnya didalam blog FK ni. Buat pengetahuan semua FK sekarang dalam exam week, so perhatian lebih ditumpukan kepada pelajaran dan akibatnya FK-Zone ni pon bercuti la.



Parvati Shallow: Sole Survivor Micronesia



Survivor Micronesia: Fans vs Favs telah melabuhkan tirainya ahad lepas dan pemilik sejuta usd yang baru ialah Parvati Shallow. Amanda Kimmel pula hanya berjaya menjadi runner-up buat edisi yang ke-16 ni. Gaya permainan Parvati yang lebih agresif kali ini memikat hati juri untuk memilihnya sebagai the sole survivor. Walaupon FK lebih meminati gaya permainan Amanda yang lebih setia kepada pakatannya dan under the radar tetapi apakan daya the tribe has spoken and the winner is Parvati. Tahniah FK ucapkan.




Amanda Kimmel, Runner Up Survivor Micronesia




Tidak ketinggalan, rancangan mencari model terkemuka Amerika, America's Next Top Model (ANTM) edisi ke-10 telah menemui pemenangnya minggu lalu. Whitney Thompsan, full-figured model pertama yang berjaya menjuarai rancangan ini mengalahkan Anya Kop, yang selama ini FK agak akan menjuarai rancangan ini kerana dia telah menunjukkan bakatnya sejak episod pertama musim ini disiarkan.





Anya Kop, runner-up ANTM 10



Apapon FK lebih tertarik dengan ucapan kemenangan Whitney yang disiarkan selepas dia diumumkan menjadi pemenang. "There's definitely times I've looked in the mirror or at other girls and thought that I wasn't like them -- always being judged and thinking, 'Am I different? Is there something wrong with me? No. I do feel good about myself and I want other women in America to feel good about themselves. I honestly think that girls will look up to me and say, 'I can do that. I can be that. I don't have to starve. I don't have to have plastic surgery. I can really be like that. I can be on the billboard. I can be on that magazine cover. Why? Because I'm beautiful -- on the inside out.' I have breasts, I have hips, I have a butt -- and I am so proud of those things. I am here and I am me. I'm not going to change myself." Apapon, tahniah buat Whitney.



Whitney Thompson, first full-figured model who win ANTM

Related Posts with Thumbnails