Malaysian Talent

Tadi aku ada menonton American Idol Season 9, top 24. Pastu aku terfikir, kenapa kat sana bakat diorang tu tak putus putus, malah makin lama makin sedap.

Tapi kat malaysia ni, pertanding menyanyi tu season 1,2 je yang sedap. Season2 lepas tu dah tak sedap dah. Bakat pon dah tak ada. Ada tu, lepas 1,2 season dah tak ada. Kenapa?

Salah satu sebab yang paling obvious dan ramai yang akan jawab ialah population disana adalah berjuta juta kali dari kat Malaysia ni. Ok, itu betul dan aku tak akan menyangkal fakta tu.

Tapi ada dua lagi sebab yang dapat aku pikir buat masa sekarang.

Pertama, sistem pendidikan di America yang memberi peluang kepada mereka sejak kanak kanak lagi nak menceburi bidang muzik atau apa bidang sekali pon yang mereka minat. Sejak tu ramai antara mereka sejak kecil dah boleh main alat muzik, ramai yang boleh buat lagu dan menulis lirik.

Tapi kat Malaysia ni ada pendidikan muzik, tapi tiada penekanan dan kadang kadang diambil sambil lewa sahaja. Sekadar duduk menyanyi2 dan meniup2 apa-benda-alah-yang-macam-seruling tu. Ntah aku dah lupa. Ok, recorder nama dia.

Sebab tu, kalau ada audition kat Malaysia ni boleh nampak taraf taraf karoke je sebab yang datang tu bila rasa nyanyi kat karoke tu sedap sikit dah datang audition, kawan kawan pon cakap sedap kan. Bukan sebab bakat dan kecintaan yang sebenar terhadap muzik.

Jadi kalau kita rombak sedikit sistem pendidikan kita yang memberi pelajar memilih pengkhususan sejak dari kecil maka akan terhasillah penyanyi2 yang berbakat, lagu lagu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, serta filem filem yang syok sendiri.

Owh ye, sebut pasal filem syok sendiri. haritu aku menonton filem cicakman2: planet hitam yang bukan main kru bangga bangga terhadap pencapaian cgi mereka. Tapi bila aku tengok, rasa nak menangis, ketawa, dan malu pon ada bila aku tengok teknik teknik cgi yang dibanggakan tu. Serupa kartun dah aku tengok.

Dan ia berbalik semula pada pendidikan. Jika ilmu tentang teknik teknik perfileman ni dah dipelajari sejak dari kecik, maka filem filem yang dihasilkan pon akan berkualiti.

ok. Sebab kedua ialah family support di America yang sangat tinggi. Kalau pergi audition tu beratur family ikut walaupon kadang kadang nampak sangat peserta tu tak ada bakat. Tapi bila keluar menangis nagis lepas diuji bakat tu, family mereka sangatlah supportive.

tak macam kat malaysia ni. Ibu bapa semua nak anak anak jadi doktor, arkitek, engineer. Semua kerjaya yang hebat hebat. jadi, kalau anak tu ada keinginan untuk menjadi pelukis contohnya akan adalah ayat ayat seperti "kau ingat lukisan tu boleh bagi kau makan?"

itu semua dah terbukti sejak zaman filem p.ramlee lagi. contohnya dalam filem kassim selamat. punyalah mak dara tanya siapa kassim selamat tu, doktor ke, majistret ke, lawyer ke. Tapi bila diberitahu yang kassim selamat tu hanya ahli muzik, terus dia tak suka.


jadi, kalau malaysia dapat ubah dalam 2 aspek ni gerenti bukan sahaja bidang hiburan kita akan maju, silap silap orang lain yang nak tumpang roket kita pegi angkasa.

My Name Is Khan, and I Am Not A Terrorist


Aku baru je menonton filem terbaru gandingan Shah Rukh Khan dan juga Kajol ni. And I love it. Cerita yang sangat best dan bermakna. Boleh menang award macam Slumdorg Millionaire.

Dan kepada yang belum menonton silalah google saje sinopsisnya sebab aku malas nak cerita balik.

Tapi ada satu scean ni walaupon kecil je tapi sangat bermakna bagi aku. Scean masa dia nak jumpa president kat satu charity event tentang kanak kanak africa yang kelaparan. Dialog dia lebih kurang macam ni.


Receptionist: For dinner with The President is 500 dollar, you know. (dengan gaya kekwat)

Khan: Thats 500 dollar (mengeluarkan duit yang diikat dengan getah dari jaket dan bagi kat pompuan tu)

Receptionist: What church are you from?

Khan: Church? Church?

Receptionist: This is a christiant only event.

Khan: But its says that this a fun-riser for drought in africa. (menunjukkan poster ditangannya)

Receptionist: For christiant, honey.

Khan: Honey, keep it for those who are not christian in africa.


See. Walaupon dia bersusah payah mengumpul duit tu sebab nak jumpa president. Tapi dia tetap bg duit charity tu walaupon tak dapat jumpa kan. Dia sampai takde duit nak makan lepas tu.

And I wonder why Malaysia cannot come out with this kind of movie yang bukan saja best tapi full with message. Bukan nak semua movie kita macam ni, tapi cukuplah kalau ada satu, dua.

Ni tak habes habes buat movie movie ringan, yang tak menjana otak pon. Balik balik cite rempit, rempit, rempit. Tak pon seram, seram, seram, seram. Muak aku. Kalau ada mesej pon 1/20 dari keseluruhan movie itu sendiri.

Related Posts with Thumbnails