DUNIA BARU

Hari ni FK terasa nak komen pasal Dunia Baru The Movie. FK ni memang peminat siri Dunia Baru yang disiarkan di TV3 setiap hari isnin sejak musim pertama lagi FK minat sangat dengan watak gelojoh Madihah tu dengan watak Tajol yang banyak cakap tu. So bila dapat tau yang Dunia Baru nak dijadikan movie, FK memang tak sabar-sabar lagi nak tengok. So akhirnya ahad lepas dapatla FK tengok cite tu kat wayang besama kawan-kawan FK.

Bagi FK cerita ni ok la tapi FK lagi minat siri Dunia Baru dari movienya. Entahla mungkin sebab FK tak minat sangat cite pasal road trip camtu kot. Tapi lawak-lawak yang ditonjolkan dalam cite tu memang kelakar dan sesuai dengan jiwa remaja FK ni. (FK remaja lagi tau..) Actually cite ni mengisahkan Opie dan rakan-rakan dia nak selamatkan Anizah yang diculik pakwe dia, Fazli.Anizah ni nak dibawa kahwin lari ke Thailand. So dalam perjalanan nak ke menyelamatkan Anizah tu berlaku la macam-macam peristiwa yang terjadi kat diorang tu.

Babak yang paling FK suka ialah masa budak-budak Dunia Baru ni singgah kat rumah orang kawin (yang bestnye pengantin tu Zami Ismail ngan Rozita Che Wan.. haha.. kelakarla) Masa tu Opie kena nyanyi sebab diorang tipu pengantin tu.. Boleh pulak dia nyanyi lagu sepohon kayu pastu Adif plak menari kat belakang.. Memang kelakar abes la tambah-tambah sedap plak dia nyanyi..

So, bagi anda semua yang belum lagi tengok movie ni FK syorkan anda semua tengok. Memang tak rugi la kalau tengok. Erm, lagi satu FK suka sangat kat lagu Cinta Antara Kita yang Duta nyanyi ngan Baizura Kahar. Ala OST cite ni. Okla. Semoga bertemu lagi. Bye.

Blog Aku

Hello semua. Hari ni merupakan permulaan baru dalam hidup FK. Dek kemunculan blog dari kawan-kawan FK membuatkan FK ingin menulis blog. Tetapi FK pon tak tahu nak tulis apa dalam blog FK ni. Ada orang menulis tentang minat mereka, ada pula yang menulis tentang peristiwa di sekeliling mereka. Tapi bagi FK, apa saja yang menarik tidak salah kalau FK nak berkongsi dengan semua. Ada juga FK terfikir nak menulis mengenai orang-orang di sekeliling FK, watak penting mahu pon watak pengacau dalam hidup FK. Kadang tu terfikir pula nak menberi komen mengenai filem-filem terbaru mahu pon cerita-cerita menarik yang disiarkan di tv. So, kita tengok je la nanti bagaimana FK nak mencorakkan blog FK ni. Nak tengok juga FK ni ada bakat ke sebagai seorang penulis. OKla.. Kita tunggu je la nanti ye. Semoga bertemu lagi. Bye.

Related Posts with Thumbnails