sambungan vote!

owh yer tertinggal lak point yang ni tadi..

dan antara sebab kenapa FK malas nak vote sebab kebanyakkan calon-calon yang bertanding tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi. Sebahagian calon-calon yang bertanding penah bekerja dengan FK dan mereka ini sangat lembab dan menyusahkan. So, camne mereka ni nak memimpin seramai 6000 orang student kalau jadi committee untuk sesuatu event pon sangat lembab dan menyusahkan orang.

owh ye. barangkali FK lupa. kebanyakkan calon yang bertanding hanya pandai cakap tapi tak pandai buat. kalau cakap tu siap keluar hadis dan juga ayat2 quran, tapi perlaksanaannya tepuk dada tanya selera. sape makan cili dia terasa pedasnya.

okla. dah puas. selamat tido.

vote!

** warning: ini adalah blog peribadi dan pendapat yang ditulis lahir dari hati yang ikhlas. Bagi sesiapa yang tidak setuju dengan pendapat FK sila keluar dari laman blog ini dengan segera. terima kasih*

sekarang ni utp sedang dilanda demam pilihanraya kampus.. ala, tak ada la demam sangat pon sebab menurut kajian yang entah sapa buat ntah hanya 20% dari jumlah pelajar utp dan 20% undi tu menurut FK datang dari budak-budak foundation dan RM sebab mereka ini ialah penyokong calon-calon yang datang dari kalangan RM juga. (FK tidak termasuk dalam mana2 pihak dan juga bukan anti-RM sebab tak bercadang pon nak mengundi)

tapi, dari apa yang FK nampak persaingan untuk merebut kerusi mpp semakin sengit apabila seramai 12 calon yang bertanding dan perang poster yang paling meriah dalam sejarah.. mungkin ini adalah satu pertandingan yang sihat sebab takdela senang-senang je nak jadi mpp tanpa usaha dan tiada perubahan pon yang dilakukan. (sila rujuk mpp 2007/2008) lihat saja isu internet yang tidak juga selesai sampai bila2

dan dengan sebab tidak efektifnya mpp yang sepatutnya wakil2 pelajar dan menjadi suara student menjadi penyumbang kepada kurangnya jumlah pengundi yang keluar mengundi. sebab buat apa pegi mengundi kalau undi pon tak ada perubahan yang dilakukan.

sebab kedua yang FK rasakan kurangnya jumlah pengundi ialah kerana pada tahun yang lepas2 calon yang bertanding hanyalah datang dari satu pihak saja. paham-paham saja pihak yang mana yang FK maksudkan. ini mendatangkan kurangnya persaingan antara calon sebab datang dari satu pihak. so buat apa nak undi sebab mana-mana pon datang dari pihak yang sama. akhirnya sama sahaja. tapi semoga dengan adanya calon yang ramai pada tahun ini dan datang dari pelbagai pihak, makin ramaila orang yang akan keluar mengundi..

sebab seterusnya yang FK rasa menymbang kepada kekurangan pelajar yang keluar mengundi ialah kurangnya ketelusan dalam sistem demokrasi di utp. sebabnya, seawal foundation lagi, student telah dihasut untuk mengundi calon-calon tertentu. contohnya, semasa FK foundation dulu, ada saja senior yang datang ke surau2 dan juga bilik untuk menghasut. "sila undi calon 1,2,3,4,6.. calon 5 ngan 7 jangan undi yer.. sila bg tau kawan2.."

dan sebab terakhir ialah apa benda sangat la yang nak diperjuangkan di utp ni.. tiada isu-isu yang serius untuk diperjuangkan. balik2 isu internet dan parking yang menjadi perbalahan selama bertahun2.. so tiada guna lagi untuk mengundi..

owh ya, ada lagi yang terakhir dan ini adalah pandangan peribadi FK semata-mata dan tidak mewakili pendapat mana-mana pihak. FK rasa calon-calon yang bertanding adalah hipokrit semata-mata. Mereka sebelum bertanding adalah seperti pelajar biasa, pakai jeans dan tidak masuk baju ke dalam dan perangai biasa-biasa saja. tapi lepas je dicalonkan terus pakai seluar slack dan baju berkolar masuk kedalam dan pakai kasut hitam. dan kalau perempuan tu, tudung terus dilabuhkan. dan kalau anda kata seorang pemimpin haruslah sentiasa kemas dan meyakinkan. ya, FK setuju! tetapi kenapa perkara baik ini tidak diteruskan selepas mereka tidak lagi memegang jawatan dalam mpp. perkara ini penah FK saksikan dan bukan rekaan semata-mata..

akhirnya, kepada calon-calon yang bertanding, semoga berjaya dan apa-apa saja lah sebab FK sudah tidak berminat lagi..

my life as a student

kali ni FK nak cerita pasal my life as a student

bangun takde la pagi sangat. ikut bila ada lecture. selalunya bangun 20minit sebelum kelas. kalau kelas pkl 8.00am pkl 7.40am baru bgn.. mandi2, siap2 terus pegi kelas. ala, FK bersiap bukan lama pon..

hurm, itu pon bukan rajin sangat pegi lecture. dalam seminggu tu adala sekali dua ponteng.. saja ponteng.. malas..

selalunya kalau ada gap antara kelas tu pegi la makan ke, or siapkan keje yang tak siap lagi dengan meniru or pegi baca surat khabar kat irc.. kalau tak pon balik bilik la, lepak2 main internet yang lembab giler or takpon tido..

tapi sem ni banyak masa gap antara kelas tu pegi lab siapkan etp yang tak jadi2 tu. mujur, etp dah habis..

petang, duduk menghadap laptop, tak buat apa pon, tgkla series yang dah banyak kali ulang ke or tidur petang. bersukan? owh no! no! FK sangat malas.

pastu malam ulang apa yang dibuat masa petang.. tak pob borak2 sampai eh, dah pkl 12.. pastu tidur..

dan rutin ini diulang setiap hari..

erm, bila plak masa FK belajar. jarang sangat FK belajar. kalau esok ada test baru hari ni nak belajar dan akan meluangkan masa di irc sehari suntuk.. last minutes study..

dan seperti biasa, tak reti nak jawab masa test.. pastu emo.. hah hah..

dalam kelas pula bukan belajar pon. dengar or salin apa yang kena salin.. kalau bosan sangat ajak KA main BINGO!

learning should be fun but for me the fun is no more. FK seperti dipaksa untuk belajar. it should be fun..

kesimpulannya, jangan tiru tabiat FK sebagai seorang pelajar sebab FK langsung tak belajar.. dan sem ini berlalu dengan sangat teruk dan hampir dinobatkan sebagai my worse sem ever.. tapi hopefully the result is not so bad..

Related Posts with Thumbnails