Trend Hiburan di Malaysia


Apa khabar semua.. Kali ini secara tiba-tiba FK terfikir nak mengupas mengenai trend hiburan di Malaysia. Trend drama bersiri dan trend lagu. FK tak tau plak kalau pembaca blog FK ni perasan ke tidak tetapi dulu stesen TV kat Negara kita ni kalau boleh semua nak siarkan drama siri dari negara latin seperti cerita Rosalinda, La Usurpadora dan banyak lagi la yang mugkin FK sendiri tak ingat. Kemudian penonton-penonton lebih gemar pula menonton drama siri dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Sape yang tak kenal dengan Alya dan Siska dari drama siri Bawang Putih Bawang Merah yang penah menjadi fenomena dalam industri hiburan negara kita. Tidak ketinggalan juga Nabila dan Bunda Arini dalam drama siri Mutiara Hati. Dan akhir-akhir ini FK lihat penggemar drama tv di negara kita disajikan dengan drama siri melayu. Trend drama siri melayu ni dimulakan dengan drama siri Manjalara.. Kemudian penonton disajikan dengan watak Dafi, Qistina dan Rizman melalui drama SPA Q.. Habis saja siri itu hadir pula drama Bella dalam slot yang sama.

"Sukenye Manja dapat bemesra-mesra dengan Jofri..ahaks," bisik Manja girang.


"Alah tak heranla..Fernando Jose aku lagi kacak," kata Rosalinda sambil menjelingkan matanya.



"Ampunkan Nabila Ya Allah..Nabila telah berbuat dosa kepada Bunda.."


Itu baru saja dalam drama siri. Kehadiran lagu –lagu dari Indonesia satu masa dulu menjadi cakap-cakap orang dalam industri hiburan. Kemasukan lagu-lagu dari seberang memenuhi carta-carta lagu disetiap stesen radio. Malah konsert-konsert artis dari negara seberang yang datang ke nagara ini juga membunuh periuk nasi artis tempatan. Kini telah menjadi trend lagu-lagu dari band indipendent menjadi halwa telinga pendengar di Malaysia. Sehinggakan baru-baru ini lagu Itu Kamu telah menjadi juara lagu bagi tahun 2007.


Lagu- lagu dendangan Dewa bermaharajalela dicorong-corong radio satu ketika dulu..

Drama siri KAMI menonjolkan lagu-lagi dari band indie dengan ketara..

Bagi FK trend yang berlaku sekarang ini ialah persaingan yang sihat kerana karya dari anak seni tempatan telah berjaya mencuri hati peminat industri hiburan di malaysia. Sebenarnya, melalui pengamatan FK, trend drama siri dan lagu ini dibawa atau dipopularkan oleh stesen-stesen tv dan radio kerana kuasa penentu di tangan mereka. Sebagai contoh, TV3 telah menjadi pelopor dalam menyiarkan drama melayu melalui slot Akasia. Lalu trend menonton drama melayu telah mengambil alih perhatian rakyat negara ini dari menontn drama siri Indonesia. Siri KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun lepas yang menonjolkan lagu lagu dari band-band indie. Sejurus selepas itu lagu-lagu indie terus mencuri perhatian rakyat negara ini. 8TV dalam konsert-konsert bergeraknya juga turut menampilkan band-band indie di mata khalayak.

Apa pula trend drama siri dan lagu-lagu yang akan muncul pada tahun 2008 ini pula? FK pon tak sabar nak menunggu. Tapi bagi FK apa pon trend hiburan pada tahun ini yang pasti trend itu akan mengenengahkan karya karya tempatan. Usahlah dipuja karya dari negara seberang kerana tidak menguntungkan negara kita sedikit pon. Tetapi apa yang baik itu wajar kita contohi. Okla.. FK pon nak mengundurkan diri dulu. Ada rezeki FK akan tulis lagi komen-komen yang ikhlas dari jiwa FK. Bye.




KA? Siapa tu?

(Hai, saya KA.. Saya kawan FK.. )

Hai pembaca blog FK sekalian. Dalam blog kali ini FK nak tulis pasal seorang kawan FK. Dia ni taklah memainkan watak yang sangat penting mahupun watak penyibuk, tapi watak dia ni yang FK terfikir nak bagi tau anda semua dulu.

Tapi sebelum tu, ada seorang kawan FK memuji cara FK menulis blog FK ni. Dia kata yang FK menggunakan perkataan yang tak merosakkan bahasa. Terima kasihla atas pujian tu. FK akan cuba untuk tidak merojakkan bahasa dalam blog tulisan FK ni.

Berbalik kepada tajuk post FK kali ni. Mungkin anda tertanya-tanya siapa KA tu ? Adakah dia kawan baik FK ? Adakah dia musuh FK ? Sebenarnya KA tu kawan FK, nak kata KB (kawan baik) tak ada la sangat sebab dia suka sakitkan hati FK. Nak kata musuh pun kadang-kadang tu boleh la jugak.. Haha..

KA tu sebanarnya kawan satu course dengan FK.. Pegi kelas sama-sama. Balik kampung sama-sama maklumlah dia ni orang duduk senegeri dengan FK. Tapi tu FK takut la jugak nak duduk sebelah dia masa lecture EMT sebab dia ni katanya pembawa sial. Buktinya dah dua kali lecture sape yang duduk sebelah dia kena tanya soalan yang agak sukar difahami oleh lecturer kami iaitu Dr. Naufal..(harap-harap Dr.Naufal tak baca blog FK ni) Mungkin tu kebetulan saja kot.. Tapi FK suka ejek dia sebab dia memang suka ejek FK jugak.

Sebenarnya KA ni bagi FK seorang yang bajet nakal tapi ala-ala rakan masjid sket.. Nak buat jahat tapi nak cover-cover islamic la camtu. Ye la dia nak jaga reputasi dia la kononya tu.. (FK rasa dia nak jadi hicom untuk Convofair 2008 kot.. sebab tu dia cover-cover islamic sket..) Buat pengetahuan anda FK rasa salah satu criteria penting untuk seseorang tu naik untuk mendapat pangkat tinggi untuk event-event kat UTP ni ialah dia mesti rakan masjid atau ada gaya-gaya rakan masjid atau dia ada la kroni-kroni rakan masjid tu sket.. Walaupon kredibiliti seseorang tu boleh disangkal untuk dia menjadi orang kuat dalam setiap event.
Eh melalut plak FK tapi bagi rakan masjid yang baca blog FK ni, FK nak mintak maaf la dengan komen FK ni.. Tapi kalau anda tak suka sape suh baca blog FK ni. FK tak paksa pon..

Berbalik kepada cerita KA ni, satu lagi sifat KA ni yang FK dah perhati dari dulu ialah dia ni seorang yang kedekut. Tapi kalau anda nak kata dia ni jimat terpulangla kan.. Tapi awas kepada awek-awek diluar sana yang teringin nak jadikan KA ni pakwe korang fikirla banyak kali ye.. Haha.. Tapi jangan ingat KA ni semua sifat buruk je dia ada. Menurut pengalaman FK yang dah kawan dengan dia lama dah FK boleh kata yag KA ni seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat kepimpinan..(KA jangan kembang pulak ek..)

Cukupla cerita pasal KA..nanti kalau ada masa lagi FK cerita lagi pasal KA ni.. Anyway tak ada yang best pon nak cerita pasal KA ni.. Ha, bagi anda yang nak kenal KA ni dengan lebih rapat add je gtalk dia.. (canebreak@gmail.com) Semoga kita bertemu lagi dalam post FK yang akan dating dengan pelbagai lagi kisah tentang watak-watak dalam hidup FK ni.. Bye..

Related Posts with Thumbnails