Down

Lepas check result tadi gua ada rasa down sket. Walaupon result gua tu bolehla kalau nak dibanggakan. Maybe sebab gua target lebih sikit.

Tapi sebab terbesar gua rasa sikit down sebab FYP1 gua dapat B+ je. Gua tengok member member gua sume dapat A, A-. Walaupon lu orang akan kata hanya 2 credit hour je. Tak effect mana pon.

Jauh di sudut hati gua ni gua rasa walaupon hanya 2 credit hour, tapi dia punya makna tu mendalam. Lain. Kalau dah memula gua dah dapat markah sket nanti FYP2 lagi sket la markah gua.









Maybe project gua ni tak interesting kot. Ntah. Gua buntu.

Jumaat

Sekarang dah pagi di hari jumaat. Awal gua bangun hari ni. Ah, propaganda je semua tu. Cehhh, gua pakai propaganda. Ye la kan, sekarang trend kat lagu pakai propaganda. Tak caya cuba lu orang dengar lagu Drama King dengan Ekstravaganza. Actually gua tak tido lagi sejak check result exam. Insomia agaknya.

Teringat gua masa sekolah sekolah dulu semayang subuh hari jumaat mesti lama sebab baca surah assajadah sekali pastu bila dapat sujud sajadah tu lama je, best je sebab lama sangat berdiri kan.

Pastu berebut rebut pegi sarapan kat dewan makan. Hari jumaat mestila makan nasi lemak. Ramai je yang pegi makan nasi lemak. Kalau hari lain jangan harapla nak ramai camni.

Dah makan nasi lemak, pastu saket perut. Pastu buang air. Pastu lambat pegi sekolah. Gua dah masak betul dah dengan suasana hari jumaat kat sekolah gua dulu.

Hari jumaat gak la akan kelihatan banyak sampin (ke sangpin. Ntah gua pon tak sure) yang dipakai terlondeh londeh. Hari jumaat kan.

Pastu masa khutbah jumaat, ramai je yang tersengguk sengguk. Kalah di medan tempur. Ada yang sampai kepala dah cecah lantai dia punya sengguk. Gua? Gua maintain tak tido. Walaupon gua bukannya tumpu 100% kat khutbah tu, tapi gua tak feel la tido masa khutbah jumaat. Gua tak bleh blah la der.

Yang paling best, hari jumaat masa zaman gua takde prep. Prep petang dengan prep malam dua dua takde. So, malam tu gua ngan member member gua lepak tengok tv dekat library. Alah, gua kan librarian. Member member gua pon librarian.








Pahal tiba tiba gua jadi sentimental. Ke gua dah sakit mental. Ntah.

Result Exam Sudah Keluar

Hati gua berdebar debar. Jantung gua bagai nak pecah. Gua dah tak tentu arah. Perut gua rasa semacam. Gua nervous bagai nak gila bila gua sambut tangan tok kadi ni. Tangan gua sejuk semacam je ni.


Ok tipu. Gua gemuruh bila nak check result exam gua ni. Laptop gua yang slow ni menambah debaran di dada gua ni. Check punya check alhamdulillah. Result gua baik bagi gua tak tahu la bagi orang lain. Tapi gua agak kecewa sikit sebab rasanya gua aspek lebih sikit kot.

Tapi apa pon berikan tepukan gemuruh kepada gua. Tepuk tepuk tepuk. Sebab ni result terbaik gua selain result intern gua yang dapat 4 flat tu. Result intern semua memang dapat 4 flat. Apa ada hal.












Gua sekarang nervous memikirkan gua dah nak grad kurang dari 6 bulan. Ada ke kerja untuk gua nih?

Related Posts with Thumbnails