amanah

sudahkah anda melunaskan amanah yang diberikan?

FK bukanlah orang yang terbaik untuk menasihatkan orang tetapi selagi hidup apa salahnya kita saling berpesan-pesan.

FK pasti kita semua tahu maksud amanah. Tidak perlu FK nak ceritakan lagi. tetapi berapa ramai diantara kita yang menitikberatkan soal amanah.

antara contoh2 amanah yang berkait rapat dengan kita ialah apabila kita menyertai sesuatu event dan kita menerima amanah tersebut, kita perlu melaksanakan amanah yang diberikan sehingga selesai bukan separuh-separuh.

ataupun jika kita bertanding dalam pilihanraya kampus dan kita menang. sudah pasti kita memikul amanah dari pengundi2 kita. lalu kita perlu melaksanakan amanah itu dengan sepenuh hati.

jadi apa pula akibatnya jika kita tidak melaksanakan amanah yang diberikan?

rasullullah saw pernah bersabda yang bermaksud;

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, istri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumah tangga suaminya serta anak-anaknya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.”

(HR Muttafaq ‘alaih, dalam Lu’lu wal Marjan hadits no. 1199)

di sini FK nak memberikan satu analogi supaya kita lebih faham maksud sebenar post FK kali ini.

katakanlah anda telah dilantik menjadi committee untuk hrm convofair, tidak kisahla head ke, assistant head ke atau committee biasa saja.

dan tugas2 hrm selain menguruskan sumber manusia sewaktu event berlangsung, hrm juga menguruskan famili day untuk mengeratkan silaturrahim antara committee dan tidak lupa untuk mengadakan majlis penghargaan yang sudah tentunya diadakan selepas event sebenar berlangsung.

dan dalam kebanyakkan event2, committee akan bertungkus lumus sebelum dan semasa event itu berlangsung untuk memastikan kelancaran event itu, tetapi bagaimana pula selepas event, sudah pasti ramai yang malas nak melakukan tugas kerana menyangka semuanya telah berakhir.

didalam kes hrm ini, adakah tugas mereka teah berakhir? sudah tentu tidak kerana mereka perlu menguruskan appreciation day seperti yang tertulis dalam portfolio mereka walaupon event sebenar telah berlangsung.

dan jika mereka tidak melakukannya, maka mereka tidak memenuhi amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

lebih malang lagi apabila ada pihak lain yang terpaksa menguruskan majlis penghargaan itu walaupon mereka mungkin berkata tiada arahan dari pihak atasan. tetapi mereka perlu ingat, itu adalah amanah untuk mereka. mereka perlu ingat itu.

dan bagaimana pula jika mereka memberi alasan tidak tahu? apa kejadahnya tidak tahu sedangkan sudah comfirm majlis itu akan diadakan. dan tidak seorang pon ahli hrm ini yang ingin membantu pihak yang terpaksa menguruskan.

dan bayangkan jika ada antara ahli hrm ini yang bertanding pula untuk pilihan raya kampus dan menang pula.

wah berani2 nya dia. amanah yang sedia ada sudah tidak tertangung, inikan pula nak memikul amanah yang lebih besar. mungkin baginya dia sudah banyak pahala untuk dibazir2kan begitu sahaja.

sudahla amanah2 yang diberikan sebelum ini dilaksanakan bagai melepaskan batuk ditangga.

bagi FK, ahli hrm itu tidak layak untuk hadir ke majlis appreciation itu. itu hanya pendapat FK.

kesimpulannya, ramai diantara kita yang tidak sedar yang kita belum lagi melunaskan amanah lama sebelum memikul amanah yang baru pula.

renung2kan dan selamat beramal.

Related Posts with Thumbnails