Di mana Aminur?


Baru-bari ni FK ada membaca blog ismal (klik nyanyian keroncong ismal untuk keterangan lanjut) dan FK terkejut dengan berita kehilangan Aminur.. Buat pengetahuan korang, Aminur aka Mino ni adalah kawan FK.

Dari apa yang diceritakan oleh Ismal dalam blognya, Mino di culik oleh Geng Adik-Adik.. Patutla FK dah lama tak nampak Mino..

Dengan itu, FK dengan ini perihatinnya menulis dalam blog FK ni untuk meminta Geng Adik-Adik untuk memulangkan Aminur ke pangkuan Geng Kain Pelikat yang merinduinya..


"Masalahnya, jahat sangat ke kita ni sampai dia nak duduk ngan adik-adik tu?" luahan perasaan seorang Kb.
-Ismal, Ketua Geng Kain Pelekat Bahagian Sungai Siput-



"Saya memohon kepada sesiapa yang menjumpai adik aminur supaya memulangannya segera.." rayuan seorang sahabat baik. -Hilal, Setiausaha Kehormat Geng Kain Pelekat-


"Aminur, kalau anda membaca blog ini, pulanglah.. Aku tak bermaksud nak mengatakan kau gigih aritu.." rasa kesal ahli geng. -Kucai, Ketua Pemuda Geng Kain Pelikat Negeri Pahang-


Dengan terpostnya entry ini, diharapkan semoga adik aminur dapat dijumpai secepat mungkin..

FK dan EKZEMA..

Sudah lama FK tak post apa-apa entry.. Maaflah, FK sedikit busy kerana ada dua test hari ni.. Tu yang gigih study tu.. Hehe.. Last-last tak boleh jawab semua pon.. Sikit je.. Camne FK nak dapat scolar balik ni? Huhu..

Okla.. Kali ni FK nak cerita pasal Ekzema.. FK yakin ramai yang tak tau apa itu Ekzema.. Ekzema ni ialah sejenis penyakit kulit dan tidak berjangkit. Ia adalah sejenis penyakit genetik yang diwarisi dari ibubapa dan dua dari sepuluh orang menghidap penyakit ni.. Dan ekzema ni juga berkait rapat ngan penyakit asma.. Contohnya dalam famili FK sendiri, siapa yang takda asma, ada ekzema.

Penyakit ni menyebabkan pengidapnya mengalami kegatalan kulit terutama di bahagian pelipat seperti di tengkuk, belakang lutut dan ruang antara tangan dan lengan. Apabila penghidap ekzema terdedah kepada habuk, cuaca terlalu kering atau peluh yang keluar dari badan, dia akan merasa gatal dan tidak dapat mengawal diri dari menggaru bahagian tersebut.

So, sape-sape yang pernah tengok FK terkeruk-keruk tu adalah disebabkan ekzema bukan sebab FK ni datang dari keluarga beruk..Hehe..

Penyakit ni sebenarnya tak boleh baik terus sebaliknya dia akan berkurang atau bertambah teruk terpulang bagaimana penghidapnya mengawalnya.. Kalau nak kawal tu kena la berpantang dari memakan makanan yang gatal terutamanya seafood dan jangan biar kulit kering.. So kenala sapu losyen selalu..

Antara selebriti yang menghidap ekzema ialah Azah Yazmin Yusuf.. Alah, bekas pengacara 3R tu.. So, bagi sesiapa yang menghidap ekzema tu janganla merendah diri sangat sebab FK dan Azah 3R dah membuktikan untuk sentiasa tampil berkeyakinan walupun tidak mempunyai kulit yang cantik..

Oho, walaupun entry FK kali ni agak bosan, tetapi tetap ilmiah. Maybe ini adalah satu ilmu bagi anda semua. Oh ye, bagi sesiapa yang nak tau mengenai penyakit ni dengan lebih lanjut bolehla melayari laman web ni.. http://www.eczema.webs.com/ atau http://www.atopiceczema.wordpress.com/ Semoga bertemu lagi.. Assalamualaikum..

Related Posts with Thumbnails