Soalan Maut

Soalan maut mana yang paling anda takut?

Soalan #1
Ni dah kawin ke belum ni? (Situasi: Anda dan aweks anda sedang berdating didalam kereta di taman tasik di waktu malam, dengan tiba tiba sekumpulan lelaki berkopiah mengetuk ngetuk cermin kereta anda)

Soalan #2
Sakit apa? (Situasi: Anda berada didepan doktor disebuah klinik dihari berkerja kerana anda ingin mendapatkan mc)

Soalan #3
Firdaus, where are you? (Situasi: Tetiba mendapat panggilan dari bos anda di office hour)

Soalan #4
Takde ke kawan ngan mana mana perempuan? (Situasi: soalan ditanyakan oleh mak anda, ayah anda, mak cik anda, jiran anda)

Saya paling takut soalan #4. Boleh buat ketidakselesaan. Dan jawapan yang paling baik adalah senyaaaaaaaaaaaaap!

Pernahkah anda menghadapi situasi berikut?

Situasi #1
Anda sedang lepak lepak dengan beberapa rakan perempuan di sebuah kedai makan. Lalu anda tergerak ingin mengecall mak anda. Sedang dalam perbualan telefon itu mak anda tetiba senyap kerana terdengar suara perempuan disebelah anda, dan dengan pantasnya mak anda bertanya "suara siapa tu?"

Situasi #2
Anda sedang dalam perjalanan balik kampung bersama mak cik anda, sedang syok syok dia bercerita tentang cousin anda dengan tak semena-mena anda menjadi topik bualan, "sekarang takde kawan ngan sesiapa ke? Cari la satu, dah boleh sangat dah tu.."

Situasi #3
(Sambungan Situasi #2) Mak cik anda yang syok bercerita tu tetiba terberitahu, "oh, hari tu ayah ada jugak tanya tanya dengan Kak Long, kat ofis tu Firdaus ada tak berkawan dengan sape sape.."

Situasi #4
Anda memberitahu emak anda yang anda bakal menghadiri majlis perkahwinan rakan anda hujung bulan ni, lalu dia bertanya dekat mana, dengan siapa, kawan masa belajar ke lalu tersampai ke satu saranan, "ha Firdaus carilah kawan masa belajar kat UTP dulu.."

Perghhhh maut bukan?

p/s: sebenarnya soalan paling maut adalah, "ma rabbuka?"

Related Posts with Thumbnails