banyak benda yang FK nak tulis sebab dah seminggu tak update blog~


berhabuk habis dah FK-Zone ni sebab dah seminggu FK tak update.. Ye la, FK dah start intern.. walaupon kat office ada je internet kat pc FK tu dan juga kat rumah tetiba dapat wireless free dari ntah sape-sape ntah namun FK still tak update blog jugak.. heeehaaa..

story #1
dah raya haji dah sekarang ni.. So, FK nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir batin buat semua pembaca blog ni.. teruskan membaca yer..

story #2
FK kan dah start intern, so FK nak cerita la serba sedikit pasal tempat kerja FK ni.. Nama company FK ni ialah CTMind Sdn Bhd yang terletak di Miharja, Cheras.. Erm, company ni ialah system integrator dalam bidang Security Control.. FK pon tak reti nak huraikan tapi basicly company ni macam kontraktor yang pasang2 CCTV, barrier gate dan juga Card Access.

Jom kita berkenalan dengan officemate FK;

Encik Arnasib Bin Chik aka Cik Nasib
Dia ni boss aka Executive Director kat sini. One of the partner dalam company ni. Dia ni sudah beristeri dan ada 3orang anak. Muda lagi. Kalau tak salah dalam 35++ la.. Seorang yang gila2 dan periang, baik hati, kadang2 garang gak dengan tiba2 serta susah nak ingat nama orang. Dia still panggil FK Fairus padahal nama FK, Firdaus.. Owh ye, isteri dia ni nama Siti Suraya adik kepada Siti Aishah, permaisuri yang kawin dengan almarhum sultan selangor tu dulu..

Mr. Koo
Manager kat company ni. Adik kepada partner yang satu lagi.. dia ni nampak baik sangat, baik giler la boleh cakap.

Kak Aty
Dia ni engineer kat sini merangkap SV FK kat sini. Still young agaknya dalam 25. dia ni bekas intern kat company ni. kiranya cam penolong Cik Nasib sebab asyik dia je kena supervisekan semua staff. Baik sangat dan tiap2 hari bawak kuih untuk semua staff sebab mak dia jual kuih.. free plak tu..

Abang Amran
Engineer gak. Tapi dia ni macam implementer la dan Kak Aty tu yang design.. Baik dan sudi mengajar.. Tapi sangat busy..

Kak Izan
Dia ni admin kat sini. Dia ni pon baru gak. Baru beberapa bulan. Baik dan kelakar gak la.

Asyraf
juruteknik kat sini. baru je sebulan keje. tapi sebab company ni kecik je FK tengok dia ni kiranya merangkap office boy gak sebab asyik kena kuar beli dan hantar barang je.

tu je la pekerja-pekerja kat CTMind ni.. ramai tu je. campur kitorang yang intern ni adala dalam 8orang.. ramai kan..

tapi CTMind ni just anak syarikat kepada CTApps je. tapi still dalam office yang sama. so adala Kak Erna, Vell, Nizam, Hasni, Kak Amy, Syahrom dan erm tu je la yang melayunya.. yang cina pon lebih kurang sama je bilangan dengan yang melayu.. so uolls boleh kira la berapa je orang kat office ni.

yang bestnya kitorang yang melayu ni sangat rapat sebab pergi lunch pon sama2, siap tunggu lagi utk makan sama2.. ye la kan office pon kecik so terpaksala bersama2..

owh ye, kami kat CTMind ni setiap hari akan ada tazkirah dan setiap isnin jumaat ada baca quran sama2.. baik kan..

story #3
yang tak bestnya dah la kat office FK takde geng dari utp sangat, yang ada pon si nazirah tu je la.. balik rumah pon takde geng.. so life tu memang sunyi dan membosankan la.. dah takde la kawan2 nak buat huha huha.. nak pegi tengok movie sama2..

story #4
FK sedih dengan tragedi yang menyayat hati yang berlaku semalam, tragedi banglo ranap di bukit antarabangsa yang mengorbankan 4nyawa dan kemusnahan. rasa pilu je rasa hati ni. apa pon kita semua kena amik iktibar dari apa yang dah berlaku ni..

story #5
FK terbaca blog dehaq yang dia menyatakan yang orang2 gemuk selalu di eksploitasi sebagai watak2 jahat dan pembuli dalam cerita2 kartun. FK besetuju dengan dia yang kami bukanlah jahat sangat pon!!

okla semoga kita bertemu lain kali.. doa2kan FK rajin mengupdate blog.. buhbye..

Related Posts with Thumbnails