identiti diri

selamat petang. baru baru ini FK-ZONE telah dikutuk oleh satu blog lain yang mengatakan kandungan blog FK ini hanyalah gosip semata-mata.. which is true.. dan juga terdapat komen dari teman-teman yang gaya penulisan FK ni sangat bosan.. which is true too.. so, nampaknya FK sekarang ni tercari-cari identiti blog FK supaya kandungannya lebih berinformasi dan menarik untuk dibaca.. tengokla FK akan cari identiti tu kat mana-mana je nanti.. dan kepada anda yang ada cadangan yang menarik boleh je bagi tau FK.. FK akan terima dengan hati yang terbuka..

chocolate

p/s: catatan ini telah ditulis pada 28april2008 pkl 12.30am. baru dapat diupload gara-gara internet yang lembab.

Tajuk kita pada hari ini ialah chocolate aka coklat. Ini semua gara-gara tetiba teringin makan coklat. Walaupon FK tak suka sangat makan coklat sebab bila makan cepat muak tapi FK layan je terutama coklat putih. Sedapp.

Actually dari kecil kita sudah diajar jangan makan coklat banyak-banyak nanti gigi buruk atau jangan makan coklat je keje nanti gemuk baru tau.. Ya, itu memang betul.

Tapi coklat itu bessstt!! Terutamanya kek coklat yang mak FK buat. Mak FK pandai wooo buat kek coklat.. sedaapp.. tapi tu la tak bleh makan banyak-banyak cepat muak..

Cerita pasal bab coklat ni FK teringat dua orang lecturer FK ni ada cerita pasal kebaikan coklat.. terbayang...

kisah #1
apabila anda mendaki puncak gunung kinabalu, what the heck u naik kinabalu bawak maggi dan nasi bagai, kata lecturer itu.. bukannya dapat masak air pon sebab di tekanan yang rendah.. kalau masak pon nasi mentah so nanti perut sakit.. baik bawak chocolate je.. disamping dapat memberi tenaga, chocolate juga ringan, jadi dapat mengurangkan beban beg anda..

kisah #2
apa guna angkasawan naik ke angkasa lepas bawak kuah sate bagai sebab di angkasa iaitu di zero graviti daya lekatan dan lekitan tu takde.. so kuah sate tu nanti takde rasa dan rasa cam telan bola sebijik.. Benda yang paling bagus ialah chocolate sebab daya lekatan dan lekitan dia tinggi so dapat rasala chocolate yang best tu.. yummy..

dan tetiba roomate FK bawak balik sepotong kek coklat hasil majlis hari jadi aliff adam katanya.. so happy birthday aliff adam.. cam tau-tau je FK teringin makan coklat..

hehe.. anyway itu saja update untuk kali ini.. FK tgh gigih nak study ni sebab pkl 3pm dan 6pm karang FK ada tesssstttt!! chayok2..

Related Posts with Thumbnails