Omigod!!

Alex Lambert, Todrick Hall, Lily Scott, Kathlyn Epperly dah terkeluar American Idol sebelum dapat masuk Top 12.

Terkejutttttt. Sebab aku sokong semua tu. What???? Alex Lambert keluar????

Personal. Tak Yah Baca Pon Tak Apa

Aku percaya blog bukan tempat yang sesuai untuk menceritakan hal yang terlalu peribadi. Namun bagi aku blog ini sudah menjadi sebahagian dari jiwa aku, diari aku, penyimpan memori suka duka hidup aku yang menjadi bahan bacaan aku bila tua nanti.

Mungkin aku akan jadi lebih lega bila dapat meluahkan dalam blog.

Begini, keluarga aku kini berada dalam masalah kewangan yang kronik. Bagi aku ia kronik, bagi orang lain aku tak tau.

Walaupon mak ayah aku tak pernah bagi tahu atau berbincang depan2 dengan aku, namun pada usia begini aku sudah mampu mentaksir segala galanya sendiri.

Tidak perlukan suara untuk memberitahu, cukup sekadar longgokan surat surat dari pejabat peguam, bank, bil bil, panggilan telefon. Juga dari riak muka mak ngan ayah aku. Segalanya jelas menceritakan segala galanya.

2010 tahun yang sukar bagi kami. Setakat ini.

Rasa begitu useless sebagai anak pertama, aku tak mampu nak buat apa apa. Semakin dekat nak grad semakin berat dugaannya.

Keadaan dalam rumah pon jadi muram semuram muramnya.

Aku jadi sedih bila aku balik rumah.

Sedih.

Related Posts with Thumbnails