Crossing the Line

Eventhough sesiapa yang mengenali FK ingat FK ni seorang yang ceria, bermulut jahat, dan suka main-main tapi FK pon ada sempadan yang tak boleh di masuki. FK yakin setiap orang pon ada kawasan larangan dalam diri mereka..

Its all about crossing the line.. Jangan sesekali cross the line.. FK pon tak tahu nak huraikan phrase tu tapi FK yakin anda semua tahu maksud phrase tu kan..

Anyway bagi budak yang telah berani cross the line tu FK nasihatkan lain kali jangan buat lagi.. Walaupon tadi FK dah meletup sikit jangan ingat FK tak kan meletup lain kali..

Sekian..

Makan Pizza di ambang hari jadi Pinat

Semperna Hari Jadi Pinat yang ke-21 pada esok hari, Pinat telah mengajak FK, Othman, Kucai untuk menyertainya dan roomate dia iaitu Asyraf untuk makan Pizza Hut di Batu Gajah.. Kali ni Pinat belanja.. Erm, maklumlah dia kan scolar MARA yang baru dapat duit tertunggak sampai beribu-ribu.. Haha..
Banyak sangat Pinat belanja kami makan sampai dah tak terlarat dah nak makan. Walaupun FK rasa FK yang paling banyak sekali makan sebab mereka ni macam malu-malu plak nak makan.. Haha.. Yang penting FK kenyang..
Jadi untuk entry pada kali ni FK just tunjuk juadah masa kami makan Pizza tadi.. Saksikanlah..

Pizza Hut; The best Pizza under one roof..


Mula-mula nampak sikit je..Tapi bila dah start makan banyak plak makanan yang sampai..

Kentang, Udang dan Sotong Gorang pon ada.. Siap cecah mayonis lagi..



Ni dia Pizza yang telah dilahap oleh FK.. Hurm, sedapnya..



Tengok tu dah habis makan pon masih ada lagi Pizza yang tak habis.. Bayangkan banyak mana yang dia belanja..

Itu saja la gambar yang dapat FK ambil.. maklumlah kamera henset FK ni cikai je.. Anyway terima kasih Pinat sebab sudi belanja kami makan Pizza.. Kalau camni tahun depan sure FK ingat birthday Pinat sebab dia belanja makan sampai kenyang.. Selamat Hari Jadi Pinat dan terima kasih banyak-banyak.




JUMPER

Sebenarnya FK tiada idea nak menulis tetapi FK teruskan juga sebab nak tunjuk kat anda semua yang FK ni bukannya hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog. Maka Fk tulis la juga.
Anyway tadi FK pergi Ipoh dengan Asyraf dan Pinat. Mereka ajak FK teman sebab mereka dah bosan keluar berdua. Maka ditakdirkan kami pergi dinner di Secret Recipe, tengok wayang cerita Jumper dan drive tru di McD.

Tadi first time FK makan kat Secret Recipe.. Huhu..


FK suka cerita ni.. FK cadangkan anda tengok cerita ni.. Better la dari Meet The Spartans yang merapu tu..


First time FK cakap ngan mesin masa order di drive thru.. selama ni order kat orang je..
So alang-alang FK dah update blog FK ni, FK nak wish Happy Birthday Pinat yang ke-21. Sudah tua rupanya kawan FK ini. Semoga panjang umur dam murah rezeki supaya boleh belanja FK makan.
Birthday Girl (girl lagi ke..haha) yang pakai tudung kelabu tu.. Tudung biru tu la Asyraf..

Sekian dulu blog FK. Lain kali FK update lagi dengan cerita yang lebih menarik.





Related Posts with Thumbnails