Oleh sebab dah lama FK tak update blog, kali ni FK akan update panjang sket. Maklumlah gosip guy baru je email kat FK cerita-cerita menarik.
Gosip #1
Nampaknya WZ telah menjadi rebutan para jelitawan. Dia yang sedang hangat menjalinkan hubungan yang semakin intim dengan seorang gadis tempatan bernama TQ telah mula mendapat perhatian daripada AI, seorang tukang masak popular. Adakah WZ akan menghadapi dilema untuk memilih gadis mana yang sesuai untuk dibuat isteri. Adakah ini hanya satu usikan dari rakan-rakannya? Atau selepas ini WZ akan mendapat masakan pengikat kasih sayang dari AI? Hanya masa yang dapat memberi jawapannya.
Gosip #2
SS tawar hati. Hubungan intimnya bersama Labuci sebelum ini nampaknya seperti sudah retak menanti belah. Dia yang dikatakan merajuk kerana tidak dapat souvenir dari Bandung semakin tawar hati setelah ternampak Labuci bermesra bersama HH di dalam kelas. Apakah kesudahan kisah cinta agung mereka ini? Sama-sama kita nantikan.
Gosip #3
AK yang sebelum ini single mula kelihatan sinar bahagia dalam hidupnya. Dia yang semakin rancak bergtalk bersama NH dan berkongsi segala-galanya bersama telah mula menyorok-nyorokkan msg itu dari pengetahuan rumatenya. Adakah hati AK telah berjaya dimiliki NH? Hanya tuan punya badan dapat menjawabnya.
Gosip #4
Saya ahli kelab single dan saya masih single. Itulah ungkapan yang sering diungkapkan oleh RF kepada rakan-rakannya. Tetapi apa pula reaksi daripada RF apabila rakan-rakannya terbaca msg berunsur kasih sayang di gtalk RF. Adakah dia masih mahu menafikannya setelah gosip guy sendiri nampak dia sedang dating di kafe v5?
Ahaks. Banyak tul kisah-kisah menarik minggu ini. But how am i? I know you like me. daa~
xoxo.
Gosip Guy