Aku Mahu Pulang - Amuk


Okay okay. good news.. setelah 5 minggu 5 hari 5 jam 53 minit dan 15 saat FK tak balik ke my home sweet home yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.. maka dengan rasminya pada pukul 1.46 pagi nanti FK akan menaiki keretapi Ekspress Langkawi Kelas Superior Coach Q1 dan Seat 8D ke Sentral Kuala Lumpur dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Seremban menaiki komuter dan kemudian menaiki bas ke batu kikir..

Ah, bahagianya.. saat yang dinanti nanti.. walaupon kedengaran sedikit gigih kerana terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan juga terpaksa pulang ke UTP pada hari ahad dengan menaiki keretapi Ekspress Langkawi Kelas Ekonomi Coach R1 dan Seat 9D dari Sentral Kuala Lumpur ke Batu Gajah.. hurm, takpe takpe.. FK gigih..

Di kesempatan ini FK nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Terima kasih dunia.. lihatlah!

passt: teringat masa pergi beli tiket semalam di batu gajah, mamat ni boleh sendawa plak kat dalam kaunter tiket yang berhawa dingin tu.. perghhh bau durian.. euwww..

Related Posts with Thumbnails