betul betul betul

(post ini ditulis pada 11.50pm 15feb2009)

semalam FK bawak adik-adik FK tengok cerita geng.. pengembaraan bermula di tgv seremban2.. kitorang sampai2 je masa tu pukul 3.15ptg tengok ramai gila orang beratur nak beli tiket kebanyakkannya keluarga..

tangok2 kat skrin tu pukul 3.20ptg punya sah-sahla full house, yang 5.20petang punya full gak.. yang pukul 9malam punya full gak.. yang tinggal pukul 11.40malam.. ada gila nak tunggu sampai midnite..

so dengan hampanya FK beratur la jugak dengan harapan ada la mana-mana lobang kosong nak duduk.. ye la penat tu datang jauh2 dari batu kikir siap bawak tisya lagi.. takkan nak balik hampa je..

masa beratur tu macam-macam la ragam yang FK dapat tengok.. ada yang mengeluh la cerita geng ni dah full.. ada budak-budak yang kena pujuk ngan mak ayah sebab dah takde diket nak masuk.. rata-rata yang FK tengok semua yang datang tu nak tengok geng..

so sampai je kat kaunter alhamdullillah ada jugak seat kosong tapi kat depan sekali ar.. mendongak pon mendongakla asal dapat tengok upin ngan ipin..

bila dah ada dalam panggung tu ada juga keletah yang lucu FK tengok.. ni semua gara-gara nak tengok geng punya pasal.. ada mak bapak yang tunjuk anak dia punya seat kat tengah tengah orang ramai.. mak dia duduk kat hujung sana.. ayahnya duduk kat depan.. makcik dia duduk kat celah-celah kat belakang.. ni sume gara-gara tiket yang kosong ada satu seat satu seat je.. so berpecah belahla keluarga bahagia tu sebab nak tangok geng..

cerita dia sangat menarik.. ada jalan cerita yang best sebab ada unsur2 seram, suspense, fantasi serta dipenuhai dialog2 yang mencuit hati.. kalah raja lawak skrip dia.. ditambah pula dengan animasi yang sangat bermutu serta sound system yang mengasyikkan memang layaklah kalau FK nak bagi 5bintang..

dan bila balik dalam kereta dengar radio pon ada pemanggil yang begitu suka dengan cerita geng ni.. sampai 2,3 pemanggil yang call bagi tau cerita ni sangat best siap ag pon promote kata dia tengok best giler..

siap adik-adik sepupu FK membebel2 ajak ibu diorang tengok cerita upin dan ipin ni..

so FK doakan semoga target pengarah filem ni untuk dapat kutipan sebanyak rm10 juta untuk pasaran malaysia sahaja tercapat dan FK yakin la target tu akan tercapai dengan melihat sambutan masyarakat malaysia terhadapat filem ni..

bagi yang belom tengok filem geng.. pengembaraan bermula ni tak rugi kalau korang pegi tengok..2,3 kali pon takpe..

apa lagi, mari kita sokong filem malaysia tapi bukan sokong sebab kesian tapi kita sokong sebab kualiti yang bagus tu.. adios~

adakah anda seorang pemandu?

(post ini ditulis pada 11.10pm 15feb2009)

*post ini tiada kaitan dengan isu politik dari mana-mana parti. ini hanya luahan rasa geram yang sudah tidak dapat dibendung oleh seorang pemandu..

cuba anda bayangkan.. anda sedang memandu dengan kelajuan yang tak sampai 60km/j dan kadang2 boleh mencecah 15km/j serta ada berderet lagi kereta didepan anda sedang membontoti sebuah lori balak yang sangat lembab dan perjalanan anda masih ada lebih kurang 40km lagi dan jalan yang anda lalui itu hanya ada dua lorong, satu pegi satu balik dan keadaan yang amat sukar untuk memotong sebab jalan yang bersimpang siur serta kenderaan berderet dikedua-dua arah.. apa yang anda akan lakukan?

a)anda rasa nak langgar je kereta depan tu..
b)anda rasa nak bunuh je diri..
c)dalam hati anda ni memang dah mencarut2 serta menyumpah seranah..

geram bukan?

begitulah yang FK rasa bila memandu dari batu kikir ke seremban atau seremban ke batu kikir.. atau dengan kata lain melalui jalan di kuala pilah yang sangat teruk..

mari FK huraikan situasi lalu lintas serta keadaan jalan dari batu kikir ke seremban serta sedikit tentang politik di kuala pilah..

1) jalan bahau-kuala pilah-seremban adalah jalan utama bagi penduduk sekitar kuala pilah dan jempol untuk ke seremban serta ke kuala lumpur, jalan ini juga digunakan oleh penduduk2 dari pahang yang ingin ke kuala lumpur.. so boleh dikatakan jalan ini sangat busy dan mempunyai pengguna jalan raya yang sangat ramai..

2) kondisi jalannya sangat teruk kerana hanya mempunyai dua lorong iaitu satu pergi satu balik dan hanya muat-muat untuk satu kereta dan satu moto di setiap lorong.. dan jalan tar yang berurap hanya ada sekitar 5-10inchi border dari line tepi jalan ke tanah..

3) bahu-bahu jalan yang mempunyai ruang yang terhad sehingga jika ada bas yang berhenti di bus stop semua kereta di belakang kena ikut bas tu berhenti sampai bas tu jalan balik sebab jalan yang sangat sempit..

4) jalan itu menyusuri kampung-kampung serta hutan2 yang jalannya bengkang bengkok seperi bukit putus menyusahkan untuk memotong..

5) jalan itu juga melalui pekan kuala pilah yang sememangnya sempit dan juga pekan tanjung ipoh yang dah nak roboh tu serta banyak pula kereta yang parking dibahu-bahu jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk..

6) jika waktu-waktu biasa perjalanan dari batu kikir ke seremban mengambil masa lebih sejam atau sejam setengah padahal jarak antara batu kikir ke seremban hanya 56km sahaja..

7) jika dimusim perayaan terutamanya hari raya haji dan aidilfitri kesesakan lalu lintas untuk orang balik ke seremban boleh mancapai sejauh 40km atau pendek kata kalau orang dari bahau tu akan jalan terhencot-hencot jam sampai la seremban..

8) walaupon ahli parlimen kuala pilah berjawatan timbalan menteri di jabatan perdana menteri tapi tak nampak pon apa sumbangan beliau terhadap orang-orang yang mengundi beliau..

9) dan juga walaupon seri menanti yang terletak di kuala pilah itu adalah bandar diraja negeri sembilan maksudnya kat situlah yang dipertuan besar serta kerabat diraja bersemanyam tetapi jalan2 di daerah ni sangatlah menyedihkan.. ye la sebab orang-orang istana ni semuanya ada polis pengiring sebab tu diorang tak rasa kesesakan lalu lintas yang menyakitkan hati tu..

10) owh ye, kondisi jalan yang berlubang-lubang serta kalau bertampal pon semua cam tak ikhlas je nak tampal jalan sebab tak sampai seminggu jalan tu akan berlubang balik.. ni semua gara-gara rasuahla ni..

11) ye la, nama pon kawasan kampung mesti ada je la makcik2 ni yang memandu macam dah nak mampus.. tak pon ada je lori-lori balak yang dah tak larat nak jalan dah tapi ada hati nak bawak balak tinggi-tinggi sampai silap-silap boleh jatuh balak tu..

12) kalau ada nasib dapat peluang memotong bila dah penat mengekor je kereta2 yang lembab tu tapi kat tempat nak potong tu double line siaplah ada je polis yang duduk depan sikit nak mintak duit kopi..

13) jangan cakaplah tentang perkhidmatan bas kat sini.. kadang-kadang sejam pon tak tentu ada bas lagi.. dah la keadaan bas yang dah nak roboh.. ada hati nak beroperasi lagi.. banyak je nampak bas-bas yang rosak kat tepi-tepi jalan tu.. dah la mnyusahkan penumpang, buat kesesakan lalu lintas lagi..

14) since kat sini orang-orang kampung je kan yang guna jalan ni dan datuk-datuk tu mana la lalu kat sini, so kalau malam tu memang gelap gelita la sebab takde lampu jalan.. kenapa? orang kampung tak bayar cukai ke..

15) dan last sekali, keadaan jalan ni sama je sejak FK lahir sampai sekarang ni.. tak penah berubah-rubah.. ntah apa je la pemeritah dah lakukan kat sini.. tak ada kemajuaan langsung..

so buat anda semua yang berangan-angan nak jadi menantu orang pilah, rentikan je la niat tu.. buat sakit hati je bila nak balik kampung nanti..

Related Posts with Thumbnails