baru tadi FK menyaksikan finale OIAM2 dan tahniahla FK ucapkan kepada Ayu kerana telah berjaya menjadi jutawan..
FK dari awal pertandingan ini meyokong Shila untuk menjadi juara tetapi bukan rezeki Shila untuk mengembangkan sayapnya menggunakan duit itu..
Apapun Sarah telah disingkirkan pada awal konsert finale kerana pentas hanya muat untuk 2org peserta.. I suka..
Walaupun FK rasa juri sangat menyebelahi Ayu setelah melontarkan komen yang agak menggeramkan FK.. Bagini, Ayu nyanyi dulu diikuti dengan Shila.. Ayu nyanyi cam biasa je la plus ada la terkucil-kucil sket.. Tapi juri cakap good dan oenuh penghayatan.. Time Shila nyanyi yang FK rasa sangat sedap dan takde terkucil dan telah dipersetujui oleh orang sekeliling (walaupun mereka sokong Ayu), komen juri ialah persembahan Shila kurang penghayatan.. Persoalanya, adakah muka sedih dan buruk Ayu menyebabkan penghayatannya kelihatan lebih bagus?
Apa pun, tahniah buat Ayu.. Walaupun FK rasa Ayu mungkin tidak mempunyai masa depan yang cerah berbanding Shila.. (Lihat saja contoh Suki dan Faizal.. Kemana Suki guna duit sejuta tu..) Mungkin Ayu lebih memerlukan duit itu untuk membantu keluarganya yang daif..
Hopefully lepas ni Shila akan terus maju dan buat album yang gempak disamping bimbingan bapanya ND Lala..
Anyway Shila, FK tetap peminat no1 Shila, walaupun Shila tak menang..
p/s: Lagu baru Shila yang bertajuk Memori Tercipta lebih sedap berbangding lagu Ayu (Hanya di Mercu) dan Sarah (Pasti Berbeza)