Drama King

Kali pertama aku mengenali
Mahu bersama, Mahu bersama
Raut wajahmu bersih, menyakinkan hati ini
Aku terpaut


Aku suka gila lagu Meet Uncle Hussin dengan Black ni. Suka gila. Dan aku yakin ramai yang suka lagu ni jugak kan.

Bagi aku, lagu ni mempunyai unsur unsur MUH dan Black yang sangat kuat. Black tak tenggelam dalam MUH. Dan MUH tak tenggelam dalam Black. Identiti kedua duanya diadun mesra menghasilkan satu naskah yang sangat baik.

Aku dan juga member member aku berpendapat lagu ni MUH nak mengutuk Lan, bekas vokalis mereka. Kalau tak caye, try hayati liriknya. Setuju tak?











Tapikan, rangkap pertama lagu ni kedengaran agak gay kan. Tambah tambah lagu ni dituju kepada lelaki kan.

Ahad

Dah pukul 7.05 pagi. Seperti biasa aku tak tido lagi. Tak boleh lelap. Agaknya sebab baru makan kueh tiaw gorang dekat mapley lepas tengok wayang tadi. Elok jugak, takde la aku termiss or sengaja miss semayang subuh. Astaghfirullah alazim.

Kalau hari ahad camni, seingat aku masa aku sekolah dulu, lepas semayang subuh mesti ada kuliah subuh. Dan memang comfirmla ramai yang tersengguk sengguk dengar. Ramai jugak yang tido menyandar pada dinding dinding masjid. Budak sekolah asrama ni kan kalau ada masa je mesti nak tido. Tak paham betul aku. Memang trend agaknya.

Itu kalau ada ustaz ke warden jaga. Kalau takde tu biasanya budak2 form 4,5 lebih suka sodorm. Solat dalam dorm. Sodorm. Lebih afdal katanya. Boleh cepat tido balik. Tak pon boleh cepat sarapan mee goreng kat dewan makan. Aku suka betul mee goreng kat dewan makan masa hari ahad. Lebih sedap dari biasa.

Hari ahad jugak ada inspection dorm. Kenala kemas dorm. Tapi bagi aku dan rakan rakan seangkatan. Ala kadar cukupla. Bersederhana. Pastu ada gotong royong. Comfirm2 la yang dah senior ni tak turun. Tido balik sampai tiba waktu makan tengahari.

Kalau tak tido sampai tengahari pon, pukul 10 tu ramai je yang berpusu pusu pegi kantin cari makanan. Kebulur je budak asrama ni. Tak pon fly pegi cari nasi lemak kat luar kan. Ntah apa apa.

Bagi nak lebih cool tu kononnya, pukul 10 pagi tu kena dengar carta era. Hot gila carta era sebab ramai budak budak dengar. Memang tak boleh nak miss la. Siap salin lagi kedudukan carta untuk dibincangkan bersama kawan kawan.

Petang lepas semayang zohor. Tido balik. Biasala hari ahad. Bagi yang terlebih rajin tu, buat homework kononnya.

Malam pulak ada prep. Masa ni lah nak tiru semua homework yang tak siap yang nak kena hantar esok paginya. Kau gila kalau tak siap. Nak kena jerit dengan Cikgu Rafidah suh berdiri atas kerusi sambil dia marah marah sampai kelas kat hujung sekali boleh dengar tambah tambah kelas kau memang dah hujung. Hujung ke hujung boleh dengar.









Ok sekian. Cute kan jadi budak asrama yang asyik tido pastu makan. Alololo. Aku tak. Sebab aku tak cute. Aku kacak je.

The Spy Next Door

Tadi aku dengan member aku dua orang pergi Ipoh Parade. Kitorang pergi main bowling. Biasalah kitorang memang minat sukan sukan orang kaya ni. Nak bersukan kena bayar. Tak bayar tak boleh bersukan. Sebab tu lah aku jarang bersukan. Dan sebab tu jugakla badan aku macam ni.

Kitorang main 3 game. Murah je RM 15 seorang. Plus dapat air lembut aka soft drink. Bukan bukan. Kitorang bukan minum cecair pencuci berjenama softlan. Kitorang minum air bikarbonat, air gas. Berbaloi bukan. Sambil sambil tu cuci mata.

Seperti biasa, aku tergolong dalam pemain bowling kelas D. Menurut kawan aku, Ismal, kelas D ni untuk pemain yang average mendapat mata kurang dari 100 dan sekitar 80, 90 setiap game. Lagipon balingan bola aku sangat perlahan dan releks. Sempoi orang kata.

Member aku lagi dua orang tu kelas B, C. Pendek kata kitorang memang tak sama kelas. Dengan itu aku memang sudah menempah tempat ke-3 dari 3 orang pemain. Tapi tak apa. Aku memang seronok cuci mata... dan juga bowling.

Dengan tidak dirancang, kitorang pergi tengok wayang lepas tu. Cerita The Spy Next Door. Movie terbaru dari Jackie Chan. Movie ke-4 yang aku tengok dalam masa 2 minggu selepas Muallaf, Avatar dan juga Adnan Sempit. Movie ni biasa biasa je. Tak best mana pon. Kalau tak tengok pon takpe.










Aku agak mesti korang pelik kenapa dulu aku guna 'FK', pastu guna 'gua'. Pastu guna 'aku' plak. Sebabnya, aku masih lagi tercari cari diri aku. Tapi aku rasa aku akan guna aku.

Related Posts with Thumbnails