ya ampun!!


ehem ehem.. mood serius.. diharap semua pembaca dapat membaca dengan nada yang serius kerana FK memang serius dan bukan main main.. kerana FK ingin membuat satu kenyataan maaf secara terbuka..

Saya, Firdaus Kamaruzaman atau dengan nama glamor FK, tunduk setunduk tunduknya serta membuang ego ke tepi dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada AHMAD KHUSYAIRY kerana telah bekomplot bersama 3 lagi ahli geng kain pelikat dan mengetuai mereka dalam membuat kenyataan yang pada pandangan AHMAD KHUSYAIRY adalah memalukan dan menjatuhkan reputasinya yang telah dibuat di laman facebook AHMAD KHUSYAIRY sekitar pukul 11.00 malam 23 jun lalu.

Sesungguhnya tindakan saya yang sungguh tidak bermoral dan tidak patut dicontohi oleh mana mana pihak itu adalah tiada niat untuk menjatuhkan air muka AHMAD KHUSYAIRY tetapi hanyalah sekadar suka suka di saat kebosanan.

Dengan ini, saya berjanji keadaan sebegini tidak akan berlaku lagi dimasa yang akan datang dan diharapkan permohonan maaf saya ini diterima oleh AHMAD KHUSYAIRY dengan ikhlas dan tiada dendam di hati. Sesungguhnya tidak baik kita berdendam sesama manusia bagi mengekalkan awet muda.

Terima Kasih.

psst: ok.. anda semua dah boleh tukar ke mood yang anda inginkan.

hurm.. lamanya tak balik rumah!

okay okay.. berhenti merusuh semua.. harap anda semua dapat bertenang.. FK bukan sengaja tak mahu update blog ni.. tapi seminggu yang lepas FK sangat sibuk.. paham paham sajalah, artist ada saja photoshoot dan juga show.. tapi nak merungut pon tak guna, ini kan jalan yang FK pilih..

ops cukup cukup. jangan muntah disini.. FK hanya terperasan sekejap.. hehe

actually kira kira dah 5minggu FK tak balik rumah. kira lama lah tu.. ye la, masa free nak balik pilah weekend je yang ada, hurm so penat je la nak travel jauh2, ditambah pula dengan keadaan kewangan yang tak mengizinkan. kira lama la tuh FK tak balik kalau nak dibandingkan masa duk KL dulu, balik seminggu sekali tak pun dua minggu sekali.

semalam FK call la rumah pastu cakap dengan adik manja FK, tisya.. borak punya borak tetiba tisya tanya..

"bad, bila nak balik? tisya rindu la.."

tisya panggil FK bad okay.. tak pon abang bad sebab masa dia kecik kecik dulu dia takleh nak panggil abang, so dia panggil bad..

haih,ni yang FK lemah ni.. orang lain yang rindu FK tak kisah.. tapi bila tisya yang rindu ke sedih ke FK kalau boleh nak balik masa tu jugak.. punya sayang kat dia..

tanpa berfikir panjang, FK terus cakap..

"tisya rindu ke? minggu depan abang balik, esok abang kerja la.."

kesimpulannya, jumaat ni FK akan menangkis segala halangan yang melintang untuk balik ke rumah nak jumpa tisya..

rindunya..


psst: post ni kamu tak baca pon tak apa.. sekadar bercerita syok sendiri..

Related Posts with Thumbnails