Blythe

OMG!! FK sekarang ni sangat teruja dengan sesuatu. Tapi FK bukan la nak bersikap feminin ke apa. Cuma FK sangat tertarik dan teruja dengan benda ini.

Jeng..jeng..jeng..
Persembahkan.... BLYTHE... wuuhuuu...

Ha, comel tak.. FK suka sangat Blythe ni. Rasa nak beli satu je.. Tapi kena kumpul duit dulu sebab mahal sangat.. RM 300 ++ kenala FK kumpul duit dulu..

Apa pon korang suma tengok je la keindahan dan kecomelan yang FK amik dari internet ni. Nanti kalau FK dah ada satu, FK tangkap gambar dia dan FK tunjuk kat korang semua..

Layann..











SEPI THE MOVIE


FK baru saja pulang dari menonton filem Sepi arahan pengarah yang terkenal dengan kreativitinya iaitu Khabir Bhatia. FK memang menunggu-nunggu peluang untuk menonton filem ini setelah menyaksikan triller di tv.
Sejak dari beli tiket sehingga masuk ke panggung, yang hanya dapat FK lihat ialah sambutan penonton tentang filem ini memang 'sepi' sesuai dengan tajuk filem ini. Namun semangat FK tetap ada kerana FK sudah lama jatuh cinta dengan karya Khabir Bhatia sejak filem Cinta lagi.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang tiga orang yang hidup dalam kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu Adam, Sufi, dan Imaan yang mengajar mereka erti cinta, kehilangan, dan kesepian.
Adam lakonan Afdlin Shauki ialah seorang tukang masak handalan yang juga pemilik restoran terkemuka. Namun hidupnya kesepian kerana belum menjumpai pasangan yang dicintai dan mencintainya. Dia bertambah tertekan apabila kawan-kawannya dan adiknya melangsungkan perkahwinan. Kesepiannya berakhir apabila dia berjumpa dengan seorang wanita yang diidamkannya iaitu Ilyana (lakonan Vanidah Imran)
Sufi (lakonan Tony Eusuff) pula berlari beribu-ribu kilometer hanya untuk melupakan kesepiannya setelah kematian isteri tercinta. Hidupnya mula berubah apabila dia berjumpa dengan Marya (lakonan Eja), seorang isteri yang bertahun-tahun menunggu peluang untuk mengandung. Namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Marya disahkan mengandung semasa cinta mereka mula hendak berputik. Namun Sufi tetap menunggu Marya, wanita yang telah berjaya mengubat kesepiannya sehingga akhir hayatnya.
Imaan (lakonan Baizura Kahar) seorang gadis yang kesepian dan terperangkap dalam khayalannya setelah teman lelakinya, Khaliff (lakonan Pierre Andre) terbunuh apabila ingin membantu mangsa buli jalanan. Dia yang juga seorang penulis puisi telah ditakdirkan bertemu dengan Ean (lakonan Hussein Ruffadge) yang berjaya membawanya keluar dari dunia khayalannya bersama Khaliff.
Ketiga-tiga watak ini dikaitan dengan satu kemalangan jalan raya yang akan merubah hidup mereka.
Komen
Bagi FK filem ini mempunyai elemen kejutan apabila terdapat babak-babak yang tidak dapat dijangka menambahlan lagi penghayatan penonton terhadap jalan cerita filem ini.
Pujian juga harus diberikan kepada team produksi terutamanya pengarah Khabir Bhatia kerana berjaya menonjolkan keindahan Kuala Lumpur dan juga kawasan sekitarnya. Beliau berjaya menjadikan lorong-lorong belakang taman perumahan bergitu cantik, taman-taman disebuah bangunan lama begitu indah dan berseni.
Lagu-lagu yang dimuatkan didalam filem ini juga sangat bersesuaian dengan mood penonton. Pastinya lagu-lagu ini akan menjadi hit di corong-corong radio.
Namun apa yang menyedihkan ialah kenapa filem yang sebegini baik tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari penonton? Adakah kesan dari kenaikan harga minyak yang telah mengajar sikap berjimat cermat di kalangan penontom filem tempatan. Atau penonton lebih tertarik untuk menonton filem antarabangsa yang ditayangkan serentak dengan filem Sepi seperti Wanted.
Apa pon FK rasakan inilah filem melayu yang paling hebat yang pernah FK tonton. Kalau diberi kesempatan FK ingin meninton filen ini sekali lagi. FK bagi 5/5 bintang untuk filem ini. Filem wajib tonton untuk tahun 2008.

Buntu

setelah sekian lama blog FK ni terbengkalai, FK buntu.. tidak ketahuan nak tulis apa.. tolonggg!!! ada sesapa punya idea nak tolong FK?

Related Posts with Thumbnails