ka-chewa


Ka-chewa? Mencari lagu-lagu yang sesuai dengan mood ka-chewa anda itu.. Mungkin lagu-lagu ini akan menambah kesedihan anda ataupun akan menjadikan anda seorang yang lebih kuat.. Terpulang kepada cara anda mengawal emosi.. Here is the list of ten most ka-chewa song that I think giving the most impact to the listener..
In random order..
One - Kasih Berubah by Ferhad
Lagu ni mengisarkan seorang lelaki yang jauh diperantauan penuh setia dengan aweknya. Tetapi bila dia pulang, awek itu sudah punya lelaki lain.. Lagu ini sesuai untuk cinta yang tidak kesampaian akibat kasih yang berubah..
Two - Drowning by Backstreet Boys
Drowning ni lagu tentang seorang lelaki yang tidak dapat hidup tanpa cinta dari kekasihnya. Mungkin lagu ini sesuai untuk orang yang baru putus cinta. Ala, cinta yang masih terasa bahang-bahang clash..
Three - Kerana by Misha Omar (Live Anugerah Skrin)
Gaya dan penyampaian Misha yang penuh perasaan tu menambah kesedihan yang sedia ada dalam lagu ini. Lagu ini adalah cerita tentang seorang wanita yang ka-chewa hatinya dan amat merindui belaian sang teruna.
Four - Hati Terluka by Billy Zukarnain
"hati terluka bila kusedar kau khianati cinta..jiwa meronta bila ternyata kau menduakan cinta..sungguh ku tak menyangka begini diakhirnya..kau tinggalkan kuhati terluka.."

Begitulah bait-bait lirik lagu ini hatinya terluka bila cintanya diduakan..sedih..sob sob..

Five - I Cry by Shayne Ward

Shayne Ward menangis sebab dia tak akan dapat lagi nafas cinta kekasihnya lagi. Dia mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan cintanya tapi apakan daya sudah tiada jodoh.. nak buat macam mana..sabar ye Shayne..

Six - Perpisahan Terasing by KRU

Lagu bunyinya macam lagu motivasi pon ada.. Perpisahan itu perkara normal.. Eh silap.. Cinta dan harapan itu terasing apabila berlakunya perpisahan. Maka kaburlah pandangan dan tersiksa jiwa.. Mengharap dan menanti walaupun sedar dia takkan kembali.. Walaupun perpisahan itu menyakitkan tetapi itu semua takdir dan ada hikmah disebaliknya.. Terimalah dengan redha..

Seven - Look What Have You Done by Jet

Lagu ini cakap jangan permainkan cinta.. You made fool of everyone.. Bagi sesiapa yang terkena main, lagu ini memang sangat sesuai untuk anda..

Eight - Hurt by Christina Aguilera

Lagu ni susah sikit FK nak paham.Tapi mengikut tafsiran FK, perempuan itu menyesal atas apa yang dia telah buat. Basicly macam dia menyesal sebab dah melukakan lelaki itu. So, bila lelaki itu dah tinggalkan dia, dia pula yang terluka. Pengajarannya before kita nak buat apa-apa dalam perhungungan fikir masak-masak dulu.

Nine - Jika Kau Rasa Getarnya by Slam

Lagu ni old school sket. Lagu rock dolu-dolu.. Hehe.. Memang tangkap feeling dan lentok la.. Jika kau rasa getarnya, debaran kasih cinta yang meronta.. Lagu ini nak menunjukkan betapa kasihnya mamat ni kat minah ni.. Minah ni lah yang menyerikan hidupnya, bila putus cinta sunyi sepila hidup mamat ni.

Ten - Teardrops On My Guitar by Taylor Swift

Lagu ni memang berjaya menggugurkan air mata FK apabila mendengarnya buat kali pertama. Music dan liriknya yang menyentuh kalbu menjadi kekuatannya. Nak tahu apa isinya, dengarla lagu ini dulu dan anda akan paham.

Lengkap sudah senarai lagu-lagu ka-chewa. Ini semua pada pendapat FK, kalau anda tak bersetuju boleh je komen dan bagi tahu kita semua apa pula pendapat anda. Selamat mendengar.


Related Posts with Thumbnails