Paras Rupa
FK yakin pasti ramai diluar sana menginginkan pasangan yang kacak bergaya.. Yang cute dan ayu.. Mahupun berbadan tegap dan sasa tidak ketinggalan juga yang seksi dan menggoda.. Seperti kata teman FK yang bernama Alin, dia mahu pasangan yang hensem bergaya, tidak kisahla kalau pasangan itu bermulut busuk dan malas bekerja sebab dia kata kalau mulut busuk boleh gosok gigi dan kalau malas boleh suruh dia bekerja.. Katanya lagi yang penting paras rupa tidak boleh diubah tapi yang lain boleh diubah.. Gedik betul teman FK sorang ni..
Berharta
Bagi FK ciri ni yang paling penting sekali sebab dalam dunia ni semua benda kena bayar, tiada yang free. So tidak kisahla kalau orang kata FK ni nak tumpang senang dengan duit isteri, yang penting FK hidup senang.. Tidak kisahla pasangan kita tu teramatlah buruk sebab yang penting kita kikis duit dia dulu.. Haha..
Adakah setiap wanita mata duitan?
Perwatakan
Tapi perwatakan dan sifat peribadi pasangan kita juga sangat penting. Ini kerana kita pasti meginginkan pasangan yang dapat menemani kita disaat-saat kesusahan dan kesenangan. Suami yang hanya tahu memukul isteri atau pasangan yang tidak setia pasti bukan menjadi idaman setiap insan.
Tentunya mencari isteri yang pandai memasak menjadi pilihan utama setiap suami dan ibu mertua..
Pegangan agama
FK pasti bab ni la yang paling diambil berat oleh setiap orang terutamanya teman FK, KA.. FK rasa taste KA ialah seorang yang bertudung labuh dan dapat mendidik anak-anak dengan baik.. Maklumlah KA ni produk salah sebuah sekolah agama terkemuka di Negara kita.. Yang penting pasti semua nak membentuk keluarga bahagia dan yang dipupuk oleh nilai-nilai keislaman bukan keismalan..Huhu..
Suami yang soleh dan isteri yang solehah menjamin keluarga bahagia..
Pendidikan
Pendapat FK sendiri kalau nak cari pasangan lelaki pendidikan amat penting sebab lelaki la yang akan mencari nafkah. Kalau pasangan perempuan pula lebih baik yang tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi sebab mungkin mereka akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sebab terlalu asyik bekerjaya.. Tapi kalau isteri kita bekerjaya sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi sesebuah keluarga..
Seperti entry yang lepas, FK akan menyiarkan beberapa pendapat dan ciri-ciri teman-teman FK. Kita mulakan dengan Ashley sebab dia dapat memberi pendapat yang bernas pada entry sebelum ni…
Ashley
“haha.mesti la yg ble nyanyi/dgr lagu lelaki idaman..u will see his face..ehm..lelaki idaman..i got cite dlu n skrang..dlu of coz..i found the hottest one..i mean..klu tgk gaya pn..mmg hot la(yg original la)..tp ni laki muda..now..eh tp kire 2-3yrs ago..i met with dis guy..biasa je..x hot pon..but polite..nice..he looks nice,really2..cool(cm klu org nk cari pmpn la..tp ni kire cm lelaki melayu terakhir..haha)..but my agenda/persoalan..is dat lelaki idaman..is the 1 yg u nk get married..or tu juz suke2 je..
nk yg hottest or coolest 1..watever it's x kisah la dorg cmne..yg penting tu mmg dri dorg..bkn nye berlakon2 cm baik or wat..the main point is..dat's the only lelaki idaman kot..lps tu..even i jumpa yg lg hot/cool..nothing yg bleh disamakn dgn die..haha..
but tell u wat..org yg ade ciri2 lelaki/pmpn idaman ni..selalu nye dh berpunya..berpunya klu setakat couple tu ok lg..ni tunang/bakal suami org..”
Mr. HB
“dr segi dalaman,i nk yg memahami+percaya kt i,jujur ngan i,yg menjaga agama nye, tak mudah melatah kalo de pape yg berlaku..x suke yg manja2 sgt (biase2 je).. pastu nk yg bekerjaya,tp kerjaya yg x mengganggu masa rehat+bersama keluarga dan pandai urus rumah tngga..”
Mr. HB (bukan nama sebenar)
Owh, itu dia pendapat dua teman FK yang tidak mahu identity mereka didedahkan.. Adakah sebab sudah berpunya atau adakah mereka mahu merendah diri? Hanya mereka yang tahu jawapannya..
Pasti anda tertanya-tanya apa pula cirri-ciri pasangan idaman FK? Hehe..Malula FK nak cerita.. Tapi antara cirri yang FK cari ialah dia mesti gedik dan banyak cakap.. FK suka perempuan yang banyak cakap sebab FK akan sentiasa ada idea apabila berbual dengannya.. Dari segi rupa pula biarlah yang sempurna sifat dan kalau dapat yang cun tu kira bonus la tu.. Hehe.. Nak juga yang cun kan.. Erm, dan biarlah berbudi pekerti dan ayu.. Kira macam perempuan kampung la.. Cuba bayangkan seorang gadis kampung yang berdiri diatas sebuah batu di tepi pantai.. Pakai baju kurung, rambut hitam terlepas di tiup sang bayu.. Dapatkah anda bayangkan? Wah, tinggi cita-cita FK.. Tapi itu cuma idaman saja, belum tentu dapat pon..Hehe..
Anyway FK doakan kepada semua pembaca blog FK ni mendapat pasangan seperti yang diimpikan. Bye.