company kedekut


*post ini di tulis pada 2 january 2009, 7.11pm

selamat tahun baru sekali lagi FK ucapkan dan dalam tahun baru ni nampaknya kita dah ada blogger baru.. nama dia khairul azri jamaluddin.. tahniah la setelah berbulan-bulan dia canangkan yang dia akan ada blog, akhirnya impiannya untuk mempunyai blog cam FK tercapai juga.. tapi ingat, gunakan blog tu untuk tujuan yang betul.. ye tak?

sejak tahun baru ni banyak benda yang bermain2 dalam fikiran FK. macam macamlah tetapi yang pentingnya ia menjurus ke arah kematangan.. FK mula berfikir untuk masa hadapan FK.. antaranya FK ada terfikir untuk memperbaiki bacaan alquran FK dan juga mendalami ilmu agama.. ye la, sejak FK intern kat CT Mind yang mengamalkan membaca alquran dan bertazkirah setiap hari sedikit sebanyak telah membuka hati FK kearah itu..

FK juga ada terfikir setelah 21tahun usia FK ni (ye, FK masih lagi muda) apakah tujuan FK dalam hidup, selama ini FK hanya going with the flow dan tidak cuba untuk menjadi yang terbaik.. lalu FK terfikir,apakah salahnya selepas ini FK sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga yang FK ceburi.. dan FK juga nak try benda2 baru yang keluar dari comfort zone FK selama ni..

owh ye! berbalik kepada tajuk post FK hari ni.. tadi Fk baru je dapat cheque gaji pertama FK sebagai seorang intern.. FK dapat RM384.62 sahaja setelah dipotong gaji sehari sebab FK cuti hari tu.. dah la gaji dia rm400 je cuti pon takde.. so kalau cuti kena potong, so tinggal bape je la gaji yang FK dapat.. bukan tu je, dah la takde O.T pastu gaji masuk lambat plak tu, 2hb setiap bulan baru dapat.. buat penat je FK keje sampai pkl 7-8malam hari tu kalau cuti sehari pon nak berkira.. so hari ni, hari FK tidak hangat...

so lepas ni FK nak berkira sket la dengan company yang berkira dengan FK ni. FK nak guna internet dia sepuas-puasnya.. FK nak habiskan stok biskut dan milo yang ada kat pantry tu.. FK nak balik tepat pukul 6petang dan datang keje tepat pkl 9pagi.. tak nak lebih tak nak kurang.. FK nak main print je apa yang FK nak print kat pejabat tu.. dan kalau boleh nak membazirkan elektrik dan air, biar diorang kena bayar banyak.. dan juga kalau dapat claim, FK nak claim tersangatlah over sebab company ni memang sangat kedekut..

lalu FK terfikir, rupanya kita kerja susah payah dapa bayaran pon susah payah.. barulah tahu penat lelah orang bekerja.. so, kena la sayang-sayang duit lepas ni.. tak boleh nak membazir je..

hurm, dah jadi camni FK terfikir untuk berjimat cermat mulai hari ni, FK takleh lagi nak kuar setiap minggu pegi shopping dan hujung minggu nak memerap je kat rumah.. ye! sejak sebulan yang lalu, hujung-hujung minggu serta cuti am FK dipenuhi dengan jalan-jalan.. kalau tak kuar jalan-jalan pon FK balik rumah.. kalau tak pon balik keje je FK pegi meronggeng.. kena cancel la plan FK nak shopping2 kat sogo ngan hilal esok!!! kalau teman shopping tu boleh la..

nampaknya azam 2009 FK semakin bertambah..bukan sahaja nak solat 5 waktu cukup setiap hari, di tambah pula dengan azam-azam yang FK baru je taip kat atas ni.. semoga Allah membantu FK menguruskan kehidupan dan azam-azam FK ni dengan jayanya..

akhir kalam, marilah kita mendoakan kesejahteraan umat-umat Islam yang ditindasi diseluruh dunia terutama di Gaza, dan pada para pembaca yang senang, kalau boleh kita solat hajat untuk mereka..

Related Posts with Thumbnails