aku.muzik.kamu


Sajak album aku.muzik.kamu nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai album terbaik anugerah industri muzik baru-baru ini belum sempat FK nak menghayati album penuh yang dikatakan mempunyai energi rock generasi baru.


Lalu sejak beberapa hari lalu, FK meluangkan masa yang tak berapa nak terluang ni untuk mendengar. Yes. memang betul tindakan juri memilih album ini sebagai album terbaik. FK setuju.


Album yang memuatkan 13 lagu ini dimulakan dengan mengajak pendengar untuk berrock-n-roll bersama faizal menerusi lagu Batu & Golek. Lagu yang sudah popular dimainkan dicorong-corong radio.


Kemudian, pendengar didendangkan dengan siri-siri lagu rock versi faizal tahir yang rancak mahupon slow rock. Antaranya Kerna Kamu, Aku Punya Kamu, Sempurna, dan juga Cuba (which is one of my fav song in this album) disamping lagu-lagu yang sudah menjadi siulan peminatnya antaranya Mahakarya Cinta, Sampai Syurga dan juga Gemuruh.


Faizal juga tampil dengan sebuah lagu bahasa inggeris yang bertajuk La Da Di Dum. Muziknya yang segar serta gaya penyampaian yang tersendiri berjaya mencuri perhatian FK untuk terus mendengar lagu ini berulang-ulang kali sambil menggoyang-goyangkan badan. Memang berkesan la..Tidak hairanlah lagu ini berjaya dicalonkan dalam top 5 susunan muzik terbaik dalam lagu bahasa inggeris semasa anugerah industri muzik yang lalu.


Apapon FK merasakan yang inilah dia album yang wajib untuk dimiliki. So, apa tunggu lagi, dapatkanlah album ini di kedai-kedai cd berhampiran dan belilah yang original. FK bagi 4.5/5 bintang untuk album ini.

Related Posts with Thumbnails