Pernah tak semasa anda semua tengah memandu di jalan raya tiba tiba ada polis trafik datang dari belakang suruh anda ke tepi sebab ada 'orang besar' nak lalu? Kejadian ni baru berlaku semalam, tapi bukan pada FK tapi pada sebuah kereta lain.
Ceritanya begini, kami tengah berhenti di traffic light, then ada polis trafik ni datang suruh pemandu kereta tu jalan. Dan pemandu tu pon kelam kabutla sama ada nak jalan terus atau hanya menyusur didepan kereta lorong sebelah sebab masa tu kereta dari arah lain di traffic light tu banyak, kalau jalan tak pasal pasal accident kan.
Dan dengan kurang hajarnya polis tu marah marah kat pemandu tu sebab dia lambat sikit. Tu antara situasi yang FK tak gemar bila ada polis trafik mengiringi 'orang besar'. Satu lagi situasi ialah bila kita nak masuk simpang pastu datangla polis ni suh kita ke tepi sebab mereka nak lalu sedangkan kalau kita ke tepi, sah sah kita terlepas simpang tu dah jauh gila tempat nak pusing.
Persoalannya sekarang, apakah keperluannya 'orang orang besar' ni di iringi polis trafik. Sudah tentu untuk menjaga keselamatan mereka kononnya mereka ini kerabat diraja dan juga pemimpin negara.
Tapi kalau pemimpin pemimpin rakyat ni lalu dijalan raya sebegini, macam mana mereka nak tahu situasi sebenar jalan tersebut. Padanla jalan jalan kat malaysia ni banyak lubang lubang, traffic jam tak tentu arah, jalan teruk. Ni semua sebab pemimpin negara tak tahu keadaan sebenar jalan tu.
Contohnya, sangatla tidak logik perjalanan dari kuala pilah ke seremban yang hanya lebih kurang 40km mengambil masa lebih dari sejam sebelum jalan baru yang menggantikan jalan bikit putus siap dibina sedangkan seri menanti, bandar diraja negeri sembilan terletak di kuala pilah. Adakah semua kerabat diraja diiringi polis?
Lalu, FK nak cadangkan kepada pemimpin negara dan juga kerabat diraja untuk memandu sendiri dijalan raya di Malaysia untuk mereka tahu, bagaimana terseksanya pengguna jalan raya di Malaysia ni lebih lebih lagi di kawasan luar bandar.
Alah, bukan ada orang nak tembak pon kalau memandu sendiri kalau kita baik dan membuat perkara yang betul. Lainla kalau takut sebab asyik buat benda yang jahat dan menganiaya orang lain serta tamak barulah perlukan pengawasan polis.
psst: Buat apa mereka nak susah susah naik kereta kalau boleh naik helikopter.