Aksi Bermain Bowling

Tronoh,4Mac - Pada hari ahad yang lepas telah berlangsungnya kejohanan tenpin boling bertempat di Ampang Superbowl Ipoh Perade, Ipoh yang menyaksikan pertembungan empat penjuru. Peserta yang terlibat ialah KA(Port Dickson), Ayam (Lembah Pantai), Wanzul (Selayang), dan FK (Batu Kikir). Kejohanan ini menjanjikan sundae cone yang ditaja oleh peserta yang mengutip bilangan jatuhan pin yang paling sedikit kepada setiap peserta. Dengan itu mari kita saksikan aksi-aksi menarik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga kejohanan ini akan dapat menarik lebih ramai peserta di masa-masa yang akan datang.
Aksi pemenang kejohanan ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 164. Walaupun sakit kaki (lihat peserta ini memegang kakinya), beliau tetap menjadi juara.

Resipi kejayaan:
Melontarkan bola boling dengan kaki terkangkang dan badan yang terhuyung hayang akibat bola boling yang beratnya separuh dari berat badan peserta ini.
Aksi peserta dari Selayang dengan balingan yang mantap.


Eh! Kenapa tiba-tiba peserta dari Selayang ni menonggekkan punggungnya?


Dengan gaya tersendiri, peserta dari Lembah Pantai mengepakkan kepaknya (seperti aksi Dayang Nurfaizah semasa membuat persembahan) semasa membuat balingan sesuai dengan namanya, AYAM.


Gaya peserta dari Batu Kikir seperti seorang pemain boling profesional. Walaupun kalah, markah gaya tu kena ada..

Gaya penaja hadiah buat para peserta. Pemenang ketogori gaya.


Related Posts with Thumbnails