Jangan Nakal - Alif OIAM


huh.. dah 2 entri FK tiru style ismal tulis tajuk.. takpela.. sekali sekala.. nak juga rating naik bila orang google lagu terbaru dari alif ni..

sampai sampai rumah je hari sabtu hari tu, FK pergi ke Tisya, adik FK tu. Kemudian berlakula dialog ini..

Tisya: Bad, Tisya nak kahwin dengan Akim.

FK: Ha. Akim mana? (sambil memikir mikir kemungkinan Tisya ada kawan baru)

Tisya: Ala, Akim la..

Mak FK: Akim AF tu.

FK: -pitam-

amboi, adik FK ni baru umur 3 tahun dah pikir nak kahwin. Dengan artist pulak tuh.

beberapa jam kemudian berlaku pula adegan ini..

radio: aku bosan dengan sikapmu aku rasa buang masa.. kau selalu mendustakan cintaku..

FK: eh Tisya, lagu Akim la..

Tisya: (tersipu sipu malu..)

FK: -pitam lagi-

adegan terakhir..

FK: Tisya, kenapa Tisya nak kahwin dengan Akim..

Tisya: Ye la, Akim baik.

FK: -nasib tak pitam-

Jadi kepada Akim ataupon peminat peminat Akim yang sedang membaca post ini sila sampaikan kepada Akim salam sayang dari Tisya..

FK: ok2, Tisya akil baligh je terus kahwinkan dia dengan Akim.. lol! sian adik FK..

Related Posts with Thumbnails