Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

Aku Homesick

Aku homesick. Sebab aku rindu giler kat Aina Batrisyia. Macam Aina Batrisyia rindu kat aku je. Ah, aku pasti Aina Batrisyia rindu kat aku.


Rindu kat rambut mengomang Aina Batrisyia tu.

Rindu nak cium pipi Aina Batrisyia.

Rindu nak peluk peluk dia.

Rindu nak bawak Aina Batrisyia pegi padang permainan.

Rindu nak pimpin tangan Aina Batrisyia bila dia nak langkah longkang kat padang permainan tu.

Rindu nak lari lari tinggalkan dia masa nak balik dari padang permainan.

Rindu nak teman Aina Batrisyia mandi kat luar rumah.

Rindu nak mandikan Aina Batrisyia walaupon dia tak suka mandi ngan aku sebab aku main simbah je dia.

Rindu nak basuh berak Aina Batrisyia. Heh, paling rindu ni.

Rindu nak basuh kereta dengan Aina Batrisyia walaupon dia menyebuk je lebih.

Rindu nak bawak Aina Batrisyia gi kedai.

Rindu nak tengok tv dengan dia sebelum tidur pastu kena bawak dia tidur dalam bilik dengan emak masa semua orang dah tidur tengah tengah malam buta tu.

Rindu nak tolak tolak Aina Batrisyia atas basikal.

Ah rindunya. Rindu rindu rindu.

Yang lain kat rumah tu tak ada la rindu sangat macam tengah rindu kat Aina Batrisyia ni.

Selamat Hari Jadi Amir

Hari ni, 26 April 2010 adalah hari jadi adik saya, Ame yang ke 15 tahun.. wooot wwooot.. dah 15 tahun.. huuu..

Ni Ame dulu. Masa sekolah rendah. Gemok. Dan comel.


Ni Ame sekarang, masa sekolah menengah. Dah tak gemok. Juga tak comel. haha


Jadi, HAPPY BIRTHDAY AME yang ke 15 tahun.

Sorry tak ada gambar lagi better sebab malas nak carik. =p

Jadual Exam Dah Keluar

Perhatian warga UTP sekalian, jadual exam 1st draft dah keluar. Walaupon dah keluar sejak jumaat hari tu, aku nak gak update arini kan.


Ni ha jadual exam aku. Tengok tu tengok tu.




Aku habes exam 2 june. Lepas tu bye bye UTP. Walaupon ni baru jadual 1st draft, namun harap harap final draft nanti tak ada yang berubah sangat.

Familiku


Pitam pitam pitam. Pitamla dah tulis panjang panjang tetiba terdelete plak. Pastu automatic save tu save yang blank page lepas terdelete tu. Sabar je la nak kena menaip semula. Gigih ni.

Ok. Aku jarang tulis pasal famili aku kan. Jadi hari ni teragak nak menulis, aku gagahkan la j gak kan walaupon dah terdelete tadi. haih. Memperkanalkan, ahli keluarga saya. Macam buku skrap kajian tempatan la pulak.

Aku. Wah gitu, kata nak kenalkan ahli keluarga, pastu tetap tulis pasal diri sendiri dulu ni. Semula semula. Aku, anak pertama dari 5 orang adik beradik. Ofcos dah tahu dah korang nak carut apa, yang paling buruk dan gemuk antara semua. Aku sedar tu. Harapan mak ayah serta keluarga. Kurang bercakap dengan keluarga kecuali Tisya. Kalau dengan Tisya rajin je aku melayan. Tapi bab bab memerintah dah menyuruh orang buat kerja tu aku la paling pandai.

Ayah. Seorang guru di SK Talang, Kuala Pilah. Berusia 48 tahun. Dulu kecik kecik garang tapi sekarang dah tak garang. Semua adik beradik aku macam tak rapat dengan ayah kecuali Tisya sebab Tisya kecik lagi. Kalau nak apa apa bisik bisik dengan mak dulu pastu mak baru bagi tahu ayah.

Emak. Seorang kerani di JKR Jempol. Berusia 50 tahun, namun masih rock dan cergas membuat kerja rumah. Selain tidur, masanya diluangkan membuat kerja rumah tak henti henti. Dari memasak, mengemas, membasuh baju, pinggan mangkuk, menyidai baju, kemudian memasak semula. Sebab adik beradik aku semua malas malas nak menolong. Kalau aku ada kat rumah, aku la yang paling boleh diharap untuk menyidai baju. Hari hari sebelum emak pergi kerja mesti pesan kat aku suh sidai baju, yang lain2 tu kang petang baru nak pegi sidai.

Akak. Anak kedua dari 5 beradik. Seorang pelajar politeknik di Kuantan. Walaupon seorang perempuan tetapi malasnya tu bukan main mengalahkan aku. Nak menolong mak aku kat dapur tu bukan main susah.

Atim. Lepasan SPM yang rasanya baru mendapat tawaran matrik johor. jauhnya lak ai. Pelajar yang pandai sebenarnya tapi sebab tak nak duk sekolah asrama,nak sangat sekolah kampung SPM pon dapat 5A je. Gila ah form 1 reject SMAP Kajang, form 4 reject SASER. Ini budak angin penuh satu badan ni.

Ame. Pelajar tingkatan tiga yang bakal mengambil PMR tahun ni. Aku rasa dia ni pandai dan berkeinginan nak sekolah bagus bagus, tapi sebab asyik main je belajar pon jadi malas. Harapan mak aku nak suruh pegi kedai ngan cabut uban. Urut urut sekali.

Tisya. Budak berumur 4 tahun tapi dah masuk pra sekolah. Sangat petah dan banyak bercakap. Comel dah berfikiran macam orang besar. Kalau tengok drama tu paham je kan. Tapi angin budak ni penuh satu badan ni woo.. tak boleh salah sket melenting bukan main. ada potensi jadi anak manja ni.

Walaupon masa mak aku mengandungkan Tisya, masa tu umur dah kira bahaya untuk mengandung sampai kena duduk ward berbulan bulan, tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan bagi aku, hikmah Tisya lahir kat dunia ni ialah untuk merapatkan hubungan keluarga aku. Aku rasa kalau tak ada Tisya rumah aku sunyi je la tak ada orang nak bercakap cakap sebab aku ngan adik adik aku tak rapat macam adik beradik orang lain. Jadi bila ada Tisya ada la penyeri.

Oh ya. Persamaan antara semua adik beradik aku adalah semuanya tak boleh ditegur. Bongih la lepas tu. Bongih tu marah. Aku rasa salah aku gak sbb dulu adik adik aku semua tak reti nak bongih bila kena marah ke kena tegur, tapi sejak aku lepas spm tu aku kalau kena marah terus nak melawan. Pastu sekarang adik adik aku semua dah terikut dah. Masalahnya sekarang aku pulak yang dah cool. haih.

Itu saja la pasal keluarga aku. Bukan best sangat pon macam keluarga orang lain, tapi bagi aku dah kira best la tuh. Buruk macam mana pon keluarga kita jugak kan.

Tabiat Tidur

Nak tahu? Dulu masa kecil-kecil, lawak pulak bila baca kecil kecil. Semula semula. Dulu masa kecik kecik, aku selalu tidur je bukak seluar. Bukan sebelum tidur tu bukak seluar pastu gantung. Masa nak tidur tu pakai seluar tapi dalam tak sedar masa tidur tu elok je bukak seluar sampai nampak kemaluan. Ah malu.

Tapi tabiat itu terjadi masa tidur malam je, kalau tidur siang siang tahu la pulak nak bersopan santun kan. Nasib masa masuk sekolah asrama masa form 1 tabiat ini tetiba terhapus. Kalau tak habisla jadi bahan bualan satu sekolah.

Sekarang pulak, tabiat tidur aku, aku bukan main susah nak tidur malam. Kena tunggu mata betul betul ngantuk baru aku pegi baring atas katil, kalau tak berlama-lamaan la aku baring atas katil tu. Pastu bila dah terlelap tu bukan lama, kejap je dah terjaga balik. Bila nak tidur balik tu yang payah tu.

Kadang kadang benda yang simple simple pon boleh buat aku terjaga balik, contohnya lampu dari mouse computer tu pon boleh buat aku terjaga dan susah nak tidur balik padahal bilik masa tu dah gelap gelita.

Kadang kadang sampai susah sangat nak tidur aku terpaksa bangun balik menghadap komputer, buatla apa apa seperti menulis blog macam sekarang ni.

Tapi bila agak agak dah subuh macam tu baru aku boleh tidur lena sampai la siang. Yang peliknya, kalau dah pagi tu aku tidur nyenyak dan lena. Tak pulak terganggu ganggu. Tu yang selalu terlepas kelas pagi tu. Sebab bangun2 je dah pukul 10,11.

Bila siang pulak, aku senang betul kalau nak tidur. Kalau weekend tu, walau baru lepas sejam dua bangun tidur, aku baring je terus tidur. Tak susah susah macam nak tidur malam. Lena. Waktu yang senang sekali buat aku ngantuk ialah waktu maghrib. Macam automatik, bila nak maghrib je mata ni bukan main la ngantuk yang amat, badan jadi penat. Kombinasinya semua cukup nak buat aku tertidur.

Teringat pulak masa zaman muda muda masa foundation, 1st year, 2nd year dulu. pukul 12 malam je aku dah siap siap nak tidur, memang tak ada la aku nak buang2 masa main tenet sampai pagi macam sekarang. beauty sleep orang kata. tapi tak beauty beauty gak kan. sampai orang dah tahu dah, pukul 12 je mesti aku dah tidur.

Mungkin sebab tabiat tidur ni dah jadi macam rutin kot, susah nak ubah, badan kita dah terautomatik disetkan macam tu. Tak pon sebab macam macam pikir dalam kepala otak ni, tu yang buat susah nak tidur.

Sebab apa ek?

Related Posts with Thumbnails