One In a Million

Hai semua.. FK ni memang peminat rancangan realiti tv.. Sebut je Survivor,Amazing Race, The Apprentice.. Semua tu FK minat.. Tapi kali ni FK nak bagi pandangan FK tentang rancangan One In a Million yang akan sampai ke malam finale dua minggu lagi.. So, ini dia komen dan ramalan FK tentang siapa yang bakal beraksi di pentas finale nanti..


Siapakah yang bakal membawa pulang wang sebanyak RM 1, 000 000?


Nur Shahila Amir Hamzah.. I love u,Shila..
Shila ni memang favorate FK untuk menang pertandingan ni sebab suara dia memang sedap dan bila dia nyanyi tu memang sharp la sebutan dia. Minggu lepas Shila menyanyikan lagu Contigo en la Distancia (nyanyian asal oleh Cristina Aguilera) dan Shila adalah peserta terbaik pada malam itu dengan mendapat pujian daripada kedua-dua juri tetap program ni. GO SHILA GO..

NorAyu Damit.. Agaknya rupa macam ni la rupa Dayang Nurfaizah sebelum dia jadi artis dulu kan..
Ayu adalah pilihan kedua FK untuk beraksi di pentas finale selepas Shila.. Walaupon Ayu ni tidak mempunyai rupa paras yang cantik tapi kekuatan vokal dia yang mantap tu menarik perhatian penonton untuk tetap menyokong Ayu. Last week Ayu menyanyikan lagi dendangan asal Mariah Carey iaitu My All.. Walaupun Ayu dapat menyanyikan lagu ni dengan baik, kelemahan dia dalam sebutan bahasa inggerisnya mencacatkan persembahannya pada malam tu.. But anyway tahniah buat Ayu sebab berani mencuba..



Siti Sarah Raisudin.. Adakah statusnya sebagai seorang penyanyi profesional menarik hari pengundi untuk mengundi?


Sarah menyertai rancangan ini dengan nama sebagai seorang artis rakaman yang telah berjaya, jika di pentas finale nanti ada ruang untuk tiga peserta, FK rasa Sarah adalah salah seorang dari mereka. Tetapi jika pentas itu hanya muat untuk dua orang peserta, FK rasa Sarah bakal tersingkir setapak sebelum ke final.. Walaupon Sarah ada pengalaman sebagai penyanyi tetapi Fk dapat lihat yang kekuatan Sarah setanding dengan peserta-peserta lain. Minggu lalu Sarah mendendangkan lagu Turn To You (Christina Aguilera) Bagi FK persembahan Sarah pada malam itu biasa saja di samping mempunyai kelemahan pada nota-nota rendah.




Abraham Edwin Dungot.. Kemas-kemaskanlah beg anda..


Satu-satunya peserta lelaki yang tinggal ialah Ab. FK rasa dia akan disingkirkan selepas ini. Dengan perembahannya yang tidak konsisten pada setiap minggu melayakkannya untuk disingkirkan selepas ini. Menyanyikan lagu dendangan Westlife berjudul Swear It Again, persembahan Ab pada minggu lalu menghampakan. Pemilihan lagu yang terlalu selamat tidak menonjolkan kualiti vokal Ab yang tak seberapa itu. Minta maaf Ab you will be eliminate next.

FK tak sabar-sabar nak tunggu persembahan minggu ni.. Anyway sejak 8TV telah digantung hak untuk siarkan konsert secara langsung, FK rasa malam finale tu nanti akan disiarkan di tv lain kot.. Maybe TV3.. Takkan konsert akhir di jalankan secara rakaman kot.. Bosan gila..










Related Posts with Thumbnails