Potong Potong Potong

Aku baru je potong rambut siang tadi. Potong rambut style terkini. Angan angan aku sebenarnya nak simpan rambut biar panjang style jambu-yang-panjang-sampai-tutup-mata-sebelah-yang-bila-cakap-je-sibak-ke-tepi. Alah style rambut macam Zac Efron dan Noh Hujan tu. Terasa cool bukan.

Tapi masalahnya bila panjang je, satu, aku dah rasa rimas. Rasa panas je. Dua, rambut aku dah serupa rambut Sharizat Jalil tak pon Rosmah. Jadi terpaksalah aku potong spike. Style rambut yang cacak cacak tu. Pastu naikkan ke tengah. Tu je style yang selalu aku buat.

Jadi kali ni aku nak bagi 5 sebab potong rambut di kedai gunting rambut india lagi best dan 5 sebab potong rambut di salon lagi best.


5 sebab potong rambut di kedai gunting rambut india lagi best
  1. Potong rambut kat india ni cepat perkhidmatan dia. Amik gunting, mesin rambut tu. Tap tap tap, 10 minit siap. Cepat.
  2. Potong rambut kat sini ada perkhidmatan cukur misai, jambang dan janggut. So buat orang yang malas nak cukur macam aku ni, perkhidmatan yang macam ni memang satu keperluan.
  3. Lagi satu murah. Potong rambut dengan cukur sekali baru RM 8.
  4. Disertakan dengan servis urut2 kepala, picit picit serta telengkan kepala. Jadi dapatla lega sikit sakit2 kepala tu.
  5. Jangan terkejut, mereka juga dah pandai gunting rambut style2 ni. Dah pandai buat spike. Pergi kursus agaknya. Tak caya, pegi gunting rambut kat taman maju ni.


5 sebab potong rambut di salon lagi best

  1. Boleh mintak style2 rambut fesyen terkini. Kat sini macam macam boleh buat. Lebih dari spike. Memang expertise mereka kan.
  2. Ada shampoo rambut. Ni memang aku sangat suka. Rasa sejuk, nyaman je. Dia garu garu kepala, picit picit. Memang mengasyikkanla. Tambah tambah bila gadis shampoo ni tetiba je rapatkan dada kat belakang kita. Aduhhh, feel betul.
  3. Kondisi saloon yang selesa, ada aircon, ada majalah boleh baca, tempat menunggu selesa. Jadi kalau kena tunggu lama lama pon tak menjadi masalah.
  4. Mereka menggunakan produk rambut yang berkualiti tak macam kat kedai mamak yang stylekan rambut guna air je. Jadi berbaloi kalau bayar mahal pon.
  5. Yang paling penting, kat salon ni ramai gadis. Pelanggan gadis, yang cuci rambut gadis, yang gunting rambut gadis. Tapi tokeh kedai je bukan gadis. Mesti abang2 lembut ni.










Aku sebenarnya lebih suka potong rambut kat salon sebab aku suka bab shampoo rambut tu. Mengasyikkan. Tapi sejak malas nak cukur jambang sendiri, so pegi kedai mamak je la.

Related Posts with Thumbnails