Karaoke

Gua baru balik karaoke dengan dua lagi member gua. Fuhh memang layan habes la tadi kitorang melalak. Silap silap dah jadi konsert dah tadi. Semua jenis lagu kitorang layan.

Gua mula nyanyi pilih lagu Gadis Dan Bunga. Gua tengok muka member gua berdua tu pelik pelik je sebab gua pilih lagu ni. Tapi last last diorang pon ikut gua nyanyi. Matanya lirik lirik selalu, rupanya manis manis ayu..

Pastu gua feeling jadi band indie. Gua nyanyi lagu Yang Pernah. Macam nak pecah jugakla speaker tu gua terjerit jerit nota nota tinggi lagu ni. Tapi last last gua rasa tekak gua yang pecah. Lagu Sampai Syurga pon gua tak lepas kan.

Gua ada gak nyanyi lagu yang slow slow ni. Gua nyanyi lagu Man Bai, Kau Ilhamku. Lagu dangdut ada gak. Lagu Angkat Kaki. Lagu omputeh, My Love. Lagu lama, lagu Abang Beca dengan Seribu batu gua layan gak. Issabella yang rock tu pon jadi pilihan gua. Pendek kata gua memang versatil la. Silap silap boleh menang Akademi Fantasia kalau gua masuk.









Tapi last last gua nyanyi lagu Sayang Sayang. Lagu Aliff Aziz tu. Sweet jugak gua ni kan. Amacam?

Hilal 23


Hari ni hari jadi kawan gua merangkap rumate gua. Hilal namanya. Jadiknya dia sekarang dah berusia 23 tahun. Kiranya dah elok benarla kalau nak mempunyai cahaya mata sebab dia ni pon dah mimpi mengandung. Sapelah bapaknya ye! Apa pon selamat hari jadi lah ye gua ucapkan kepada encik hilal.

AJL 24

Semalam gua ada layan AJL. Gua tiap tiap tahun gua memang layan AJL ni. Bukan AJL je, semua anugerah hiburan gua layan. Nak buat macam mana, gua kan anak seni. Memang tak boleh lari dari semua ni.

Pendapat gua, AJL kali ni best la. Pengacara dia best kecuali Ally Iskandar. Gua tak suka dia sebab dia poyo lebih la. Dah la tak cantik nampak dalam tv sebab dia pendek. Tapi sebab dia asyik kena dengan Faizal Ismail tu memang gua suka la.

Tapi bukan semua persembahan best. Persembahan yang paling best gua rasa Yuna. Dia punya music arrangement memang lain la. Memang feel la lagu tuh. Lagu Bunkface, Black ngan Aizat Kau Aku tu pon best jugak.

Bab pemenang plak, gua memang tak sangkalah lagu Pergi tu boleh menang. Sebab persembahan Aizat tu sangat bosan. Gua rasa sebab dia bodek pakai konsep 1 Malaysia siap ada penghargaan kat tokoh tokoh negara tu yang boleh menang tu.

Masa persembahan kemenangan lagu Pergi tu gua nampak gadis india tu lebih confident dari persembahan mula mula tuh. Siap angkat angkat tangan. Ye la dah menang kan.









Gua rasa siaran tergendala tu sebab pakcik drummer lagu Jefridin tu dah tercungap cungap tak cukup nafas. Entah entah dia pengsan sebab tu yang tergendala tuh.

Gambar Bogel Zaquan Adha Selepas Mengaku Gay

Telefon bimbit gua sudah pulih. Jadi semua orang sudah boleh sms gua.







Btw tajuk entri ni hanya gimik semata.
Chow.

Skrin Putih

Telefon bimbit gua punya skrin jadi putih lepas gua terjatuhkannya masa gua tengah nak cepat pergi KFC Taman Maju yang servisnya macam cibai. Jadi sekarang ni gua tak dapat nak baca sms. Kalau orang call bolehla jawab tapi gua tak tau caller tu.









Tak bolehla gua nak baca sms yang dihantar gadis gadis untuk gua.

Pagi Hari Minggu

Sebelum tido tadi gua dah set jam pukul 10 pagi, cadangnya nak menonton cerita kegemaran gua di hari minggu. Ghost, Blogger Boy dan juga Melodi. Bukan apa, gua juga perlu tau tentang dunia hiburan ni. Gua kan artis.









Tapi gua bangun bangun je sudah pukul 1.30.. Melepas cerita kegemaran gua.

Cuti Cuti Malaysia

Member gua dari tadi meroyan ajak gua pergi cuti cuti Malaysia.. Eh bukan cuti cuti 1 Malaysia.. Katanya nak menenangkan fikiran.. Gua pon on aje tapi kena pilih location la dulu..

Member gua dengan excitednya pm gtalk gua. "FK, FK, 3 hari 2 malam dekat Langkawi RM12o je.." Cet apa barang guna FK. Tak ganas langsung. Guna Ehsan baru ganas. "Ehsan, Ehsan, 3 hari 2 malam dekat Langkawi RM120 je.."

Gua kata, "buat apa duk langkawi lama-lama.. belanja comfirm banyak punya.. lain lain.." Lalu gua hadir dengan satu cadangan yang agak bernas mengikut kotak fikiran gua, "kita pegi pangkor, dekat pon dekat.. boleh snorkelling, bosan bosan boleh mandi laut" cadangan gua dengan bangganya..

Tapi member gua ni membangkang, "Tak nak la tido tepi laut, panas. Kita pegi Cameron. Sejuk sikit, boleh tenangkan fikiran.."

Gua reply, "Alah, Cameron bukan ada apa pon.. Lagi pon kita baru je pegi hari tu.."

"Habes tu lu nak pegi mana?" Soal member gua. Jawab gua "Susah susah lu pegi tido je la dulu.. Sambil tu lu pikir nak pegi mana.. Esok lu bagi tau gua.."

Member gua sambung.. "Takpela takyah pegi mana mana.. Kita duduk bilik je la.."







Lalu gua pon tutup laman web cuti cuti malaysia, basuh kaki, tarik selimut. Tido.

Penyakit Susah Tidur

Gua kalau kepala banyak pikir memang susah gua nak tido. Penat macam mana pon kalau kepala tu asyik bepikir je memang susah gua nak tido.Tension betul. Entah apa benda yang gua fikir pon gua tak tahu. Yang gua tau dari tadi gua baring nak tido tak lelap lelap.






Agaknya, gua dah bosan tido sorang. Ada gadis buat peneman tido elok juga.

Tahun Baru

Tahun ni dah masuk tahun 2010. Dekad ke 2 dalam abad ke 21. Tahun ni juga tahun akhir gua sebagai seorang pelajar kejuruteraan elektrikal dan elektronik.

Dan juga genap umur gua 23 tahun ogos nanti. Bak kata orang, sudah elok benar kalau mahu berumahtangga. Kebetulan, masuk tahun baru ini hati gua sudah terbuka untuk seorang gadis.

Gadis tu tak perlu secantik dan sehot Fazura mahupun Taylor Swift. Cukup sekadar memahami gua dan juga menghormati famili gua.










Tapi sayang, mana ada gadis yang nak kan gua.

Tidak Bertajuk

Pernah tak semasa anda semua tengah memandu di jalan raya tiba tiba ada polis trafik datang dari belakang suruh anda ke tepi sebab ada 'orang besar' nak lalu? Kejadian ni baru berlaku semalam, tapi bukan pada FK tapi pada sebuah kereta lain.

Tepi tepi polis nak lalu.. tepiiiii

Ceritanya begini, kami tengah berhenti di traffic light, then ada polis trafik ni datang suruh pemandu kereta tu jalan. Dan pemandu tu pon kelam kabutla sama ada nak jalan terus atau hanya menyusur didepan kereta lorong sebelah sebab masa tu kereta dari arah lain di traffic light tu banyak, kalau jalan tak pasal pasal accident kan.

Dan dengan kurang hajarnya polis tu marah marah kat pemandu tu sebab dia lambat sikit. Tu antara situasi yang FK tak gemar bila ada polis trafik mengiringi 'orang besar'. Satu lagi situasi ialah bila kita nak masuk simpang pastu datangla polis ni suh kita ke tepi sebab mereka nak lalu sedangkan kalau kita ke tepi, sah sah kita terlepas simpang tu dah jauh gila tempat nak pusing.

Boleh tak sebelum jalan tu, tunjuk fuck kat polis tu?

Persoalannya sekarang, apakah keperluannya 'orang orang besar' ni di iringi polis trafik. Sudah tentu untuk menjaga keselamatan mereka kononnya mereka ini kerabat diraja dan juga pemimpin negara.

Tapi kalau pemimpin pemimpin rakyat ni lalu dijalan raya sebegini, macam mana mereka nak tahu situasi sebenar jalan tersebut. Padanla jalan jalan kat malaysia ni banyak lubang lubang, traffic jam tak tentu arah, jalan teruk. Ni semua sebab pemimpin negara tak tahu keadaan sebenar jalan tu.

Contohnya, sangatla tidak logik perjalanan dari kuala pilah ke seremban yang hanya lebih kurang 40km mengambil masa lebih dari sejam sebelum jalan baru yang menggantikan jalan bikit putus siap dibina sedangkan seri menanti, bandar diraja negeri sembilan terletak di kuala pilah. Adakah semua kerabat diraja diiringi polis?

Lalu, FK nak cadangkan kepada pemimpin negara dan juga kerabat diraja untuk memandu sendiri dijalan raya di Malaysia untuk mereka tahu, bagaimana terseksanya pengguna jalan raya di Malaysia ni lebih lebih lagi di kawasan luar bandar.

Alah, bukan ada orang nak tembak pon kalau memandu sendiri kalau kita baik dan membuat perkara yang betul. Lainla kalau takut sebab asyik buat benda yang jahat dan menganiaya orang lain serta tamak barulah perlukan pengawasan polis.

Buat apala I nak naik kereta, baik I naik flight, I kan Manohara.

psst: Buat apa mereka nak susah susah naik kereta kalau boleh naik helikopter.

Related Posts with Thumbnails