Apa khabar semua.. Kali ini secara tiba-tiba FK terfikir nak mengupas mengenai trend hiburan di Malaysia. Trend drama bersiri dan trend lagu. FK tak tau plak kalau pembaca blog FK ni perasan ke tidak tetapi dulu stesen TV kat Negara kita ni kalau boleh semua nak siarkan drama siri dari negara latin seperti cerita Rosalinda, La Usurpadora dan banyak lagi la yang mugkin FK sendiri tak ingat. Kemudian penonton-penonton lebih gemar pula menonton drama siri dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Sape yang tak kenal dengan Alya dan Siska dari drama siri Bawang Putih Bawang Merah yang penah menjadi fenomena dalam industri hiburan negara kita. Tidak ketinggalan juga Nabila dan Bunda Arini dalam drama siri Mutiara Hati. Dan akhir-akhir ini FK lihat penggemar drama tv di negara kita disajikan dengan drama siri melayu. Trend drama siri melayu ni dimulakan dengan drama siri Manjalara.. Kemudian penonton disajikan dengan watak Dafi, Qistina dan Rizman melalui drama SPA Q.. Habis saja siri itu hadir pula drama Bella dalam slot yang sama.
"Sukenye Manja dapat bemesra-mesra dengan Jofri..ahaks," bisik Manja girang.
"Alah tak heranla..Fernando Jose aku lagi kacak," kata Rosalinda sambil menjelingkan matanya.
"Ampunkan Nabila Ya Allah..Nabila telah berbuat dosa kepada Bunda.."
Itu baru saja dalam drama siri. Kehadiran lagu –lagu dari Indonesia satu masa dulu menjadi cakap-cakap orang dalam industri hiburan. Kemasukan lagu-lagu dari seberang memenuhi carta-carta lagu disetiap stesen radio. Malah konsert-konsert artis dari negara seberang yang datang ke nagara ini juga membunuh periuk nasi artis tempatan. Kini telah menjadi trend lagu-lagu dari band indipendent menjadi halwa telinga pendengar di Malaysia. Sehinggakan baru-baru ini lagu Itu Kamu telah menjadi juara lagu bagi tahun 2007.
Lagu- lagu dendangan Dewa bermaharajalela dicorong-corong radio satu ketika dulu..
Drama siri KAMI menonjolkan lagu-lagi dari band indie dengan ketara..
Bagi FK trend yang berlaku sekarang ini ialah persaingan yang sihat kerana karya dari anak seni tempatan telah berjaya mencuri hati peminat industri hiburan di malaysia. Sebenarnya, melalui pengamatan FK, trend drama siri dan lagu ini dibawa atau dipopularkan oleh stesen-stesen tv dan radio kerana kuasa penentu di tangan mereka. Sebagai contoh, TV3 telah menjadi pelopor dalam menyiarkan drama melayu melalui slot Akasia. Lalu trend menonton drama melayu telah mengambil alih perhatian rakyat negara ini dari menontn drama siri Indonesia. Siri KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun lepas yang menonjolkan lagu lagu dari band-band indie. Sejurus selepas itu lagu-lagu indie terus mencuri perhatian rakyat negara ini. 8TV dalam konsert-konsert bergeraknya juga turut menampilkan band-band indie di mata khalayak.
Apa pula trend drama siri dan lagu-lagu yang akan muncul pada tahun 2008 ini pula? FK pon tak sabar nak menunggu. Tapi bagi FK apa pon trend hiburan pada tahun ini yang pasti trend itu akan mengenengahkan karya karya tempatan. Usahlah dipuja karya dari negara seberang kerana tidak menguntungkan negara kita sedikit pon. Tetapi apa yang baik itu wajar kita contohi. Okla.. FK pon nak mengundurkan diri dulu. Ada rezeki FK akan tulis lagi komen-komen yang ikhlas dari jiwa FK. Bye.
0 comments:
Catat Ulasan