Duyung? Tertekannya..

FK baru saja menonton filem Duyung di pawagan tadi. Tertekannya FK bila mendapati cerita itu sangatlah bosan dan ntah apa-apa dan tiada motif. Benci. Sia-sia saja kami menunggu 4jam untuk menonton filem ni. Kami sampai di JJ pada pkl 5ptg dan terus ke pawagam untuk membeli tiket. Lalu kami dapati filem ini ditayangkan pada pkl 9.30malam. Dengan gigihnya kami menunggu walaupun dah separuh mati tunggu tak tau nak buat apa.

Sewaktu filem ini mula-mula dipromosikan FK memang tidak berminat langsung nak menonton sebab posternya yang buruk. Tetapi pada cuti yang lepas FK ada menonton muzik video mendua,hampir ke situ iaitu lagu tema untuk filem ini. Tidak dinafikan keindahan video klip itu sedikit sebanyak memupuk minat FK untuk menonton filem ni. Tetapi hasilnya..HAMPEH.


Apa yang FK tidak suka tentang filem ini? Banyak. Terutamanya jalan ceritanya yang tiada motif serta lawak stereotype Apek yang sudah biasa dan tidak menjadi serta lakonanan yang tergedik-gedik sebahagian daripada pelakonya. Sudahla begitu, muzik latarnya yang menjengkelkan memburukkan mood penonton. Promotion untuk DiGi yang ada gaya-gaya desperate kerana menjadikan perkataan Fu-yoh menjadi dialog utama Monyet Jimmy yang bergigi kuning lakonanan Yasin. Aduhai Yasin, sudah tiada job lain ke sampai kena melakonkan watak monyet bodoh itu. Ending cerita itu juga dirosakkan dengan promosi DiGi apabila tetiba muncul tiga orang gadis DiGi. Argh.


Nasib baik keindahan alam serta kecantikan semula jadi Maya Karin memujuk hati ini untuk terus menonton filem ini. Dari 5bintang FK bagi 1bintang untuk filem ini. Kepada sesiapa yang belum tengok, FK nasihatkan supaya jangan terfikir pon nak tengok.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails