Lama juga FK tak bersiaran sebab cuti midsem. But now i'm back. Hari ini FK nak siarkan satu cerita ringkas buat tatapan pembaca sekalian.
Aku pasti setiap insan mahukan kemewahan dan hidup yang bahagia. Begitu juga aku. Mungkin ada yang berkata aku insan yang tak bersyukur. Ya memang! Pada luaran memang aku kelihatan seperti insan biasa. Tetapi realitinya hidupku tidaklah sesenang yang disangka.
Teringat aku ketika itu aku masih ditahun satu ataupun dua. Aku bersekolah bersama bapaku seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di ibu kota. Tetapi dek desakan kos sara hidup yang tinggi bapaku terpaksa bekerja keras membawa teksi. Tambahan pula rumahku yang jauh dipinggir kota akibat sewa rumah yang tinggi di tempat bapaku mengajar. Ya, aku ingat lagi bagaimana setiap hari aku terpaksa mengikut bapaku membawa penumpang demi mencari rezeki. Lewat malam baru pulang. Dapatkah anda bayangkan kehidupan seorang budak sekolah rendah yang keluar rumah diawal pagi dan pulang semua hampir tengah malam. Boleh di katakan masa kecilku habis begitu saja.
Penah dulu aku terjatuh semasa pulang dari sekolah agama sesi pagi. Lututku habis berdarah. Dalam jugalah luka itu. Apa perasaan anda selaku seorang kanak-kanak yang rumahnya jauh apabila sampai disekolah tempat bapanya mengajar dicari-cari bapanya tiada kerana pergi membawa teksi. Alangkah sedih dan hopelessnya aku ketika itu keseorangan ditempat yang asing.
Ada lagi kisah sedih mengenai diriku. Pada sekolah agama sesi petang pula yang kelasnya habis selepas solat asar. Aku menunggu bapaku. Juga tak sampai-sampai. Di telefon tak dapat-dapat. Sudah hampir mahgrib tak muncul-muncul jua. To make thing worse masa tu bulan ramadhan. Sedih dan takutnya aku bukan kepalang sebab bapaku tak tiba-tiba. Sesudah azan maghrib berkumandang barulah bapaku sampai. Dia terlambat kerana pergi menghantar penumpang. Again, demi mencari rezeki.
Pada aku gaji sebagai seorang guru dan gaji ibuku selaku seorang pembantu tadbir rendah di ibu kota memang tidak mencukupi. Sebab itu bapaku terpaksa bekerja keras untuk mencari duit untuk kami.
Bapaku telah melakukan pelbagai kerja sampingan untuk mencari duit lebih. Dari seorang pemandu teksi, beralih pula kepada seorang penghantar beras. Ingat lagi aku kami kesekolah duduk atas beras, bapaku memikul beras menghantar kesetiap gerai di sekitar sekolahnya. Betapa peritnya hidup kami ketika itu.
Mungkin bagi anda makanan dirumah adalah yang paling sedap dan enak. Tapi tidak bagi ku. Kebanyakkan menu harian keluargaku kalau tidak telur, ikan bilis. Kalau tak soon dan kentang, telur. Begitu lah. Bagi aku, aku tetap bersyukur atas rezeki yang ada. Mujur ibuku pandai mempelbagaikan masakan, berselara juga la aku nak menelannya.
Disebabkan duit memang sentiasa tidak cukup, ibu bapa ku sering bertengkar. Ditambah pula dengan sifat bapaku yang panas baran ibuku sentiasa menjadi mangsa. Penah dulu sewaktu aku masih kecil, bapaku menetuk kepala ibuku dengan mangga kunci itu. Maka berdarahlah kepala ibuku.
Sebab itu bagi aku, duit sangat penting dalam kehidupan bekeluarga. Kerana duit, orang-orang susah saling bertengkar. Aku tidak mahu anak-anak ku terabai sebab aku terpaksa bekerja keras mencari duit. Sebab segala galanya didunia ini pakai duit. Tidak dinafikan orang kaya pon bertengkar dan anak-anak terabai, tetapi disebabkan memori silamku begitu, aku berpendapat duit amat penting. Bagiku jika diriku sendiri tidak dapat kutanggung, usah berfikir untuk bekeluarga.
Begitulah kisah sedih yang dipaparkan untuk entry kali ini. Mungkin lain kali FK akan menceritakan lebih banyak lagi kisah-kisah benar dalam masyarakat yang barangkali belum lagi diketahui ramai. Sekian dulu, babai.
5 comments:
sedih sngt PAT. but now u have better life kan. So u need more effort ubtuk balas jasa mereka k. plzz jgn kecewakan ur parent. k
dunia sekarang materialistik...
hidup biar berpegang pada paksi cinta, insyaAllah harta dunia bukan pemutus ikatan
:)
tanks guys..
adehs..sedihnye entry kali ni wahai rumetku...erm,xpe pat...bersabar je la k...balas jasa parent ko bile dh keje ngn petronas nnti yep..hehe..seperti ko family aku pon mcm ko gak...duit sgt penting skrg...disebabkan duit la byk bende atau masalah berlaku..xpe,sabar byk2..yg penting study rajin2 skrg ni k~ :)
betol ke cerita ko nih pat?? x penah cerite pn kt kitorg..
Catat Ulasan