Anugerah Segala Blog (ASB)


Hai apa khabar semua. Maaf kerana sekarang ni FK jarang mengupdate blog. Bukan apa rasanya makin sukar untuk memikirkan idea kreatif untuk ditulis buat tatapan semua. Bagi FK setiap apa yang dicoretkan itu sedikit sebanyak dapat memberi faedah kepada khalayak.


Dengan tidak disangka-sangka blog FK ni yang tidak sampai setahun jagung pon telah dicalonkan dalam Anugerah Segala Blog (sila layari http://lelakiini.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut) Terima kasih kepada pihak penganjur yang FK sendiri tidak kenal dan hairan bagaimana blog FK ni boleh tersenarai. Anyway terima kasih kerana memberi ruang kepada FK untuk menjadi sebahagian daripada blogger ipt (anugerah ini adalah pertandingan antara ipt)


Oleh itu, FK memerlukan respons daripada anda pembaca-pembaca blog FK ni untuk memberi idea segar bagaimana FK dapat memeriahkan dan mengilmiahkan setiap post dalam blog FK ini. Dengan harapan FK-ZONE berjaya mengungguli malam anugerah itu nanti.


p/s: FK dah mula menempah pakaian untu malam anugerah itu nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails